Tips Keluarga Sakinah



UNTUK DIRI SENDIRI
Renunglah setiap hari dosa dan maksiatmu yang telah lalu. 
Perbanyakkanlah mengingati Allah SWT dengan beristghfar dan bersedekah.

UNTUK PARA ISTERI
Bagi seorang isteri janganlah diulangi kesalahan yang tidak disenangi oleh suami dan perkara yang beliau tidak suka melihatnya.

UNTUK PARA SUAMI
Sebagai suami ajaklah isteri bergurau senda. Berlaku lemah lembut kepadanya dan hiburkanlah isteri supaya hatinya sentiasa gembira.

UNTUK IBUBAPA
1. Janganlah mengeluarkan kata-kata yang mengandungi cemuhan, maki-hamun, laknat dan sumpah seranah kepada anak-anak 
kerana ia merupakan DOA yang mengundang kemusnahan hidup 
dan kehancuran masa depan anak-anak. 
2. Banyakkanlah berdoa dalam mendidik anak-anak. Sesungguhnya aqidah, akhlak dan ibadah anak-anak akan mudah dibentuk dengan kekuatan doa ibubapa.

UNTUK ANAK-ANAK
Sebagai anak berbaktilah kepada ibubapa meskipun keduanya bukan muslim. Ingatlah bahawa redha Allah sentiasa bersama redha ibubapa dan murka Allah bermula dengan murka keduanya.

AMALAN KELUARGA
1. Jadikanlah amalan keluarga dengan memberi sedekah kepada kanak-kanak, orang tua, janda, anak yatim dan orang miskin kerana ia merupakan kurnia kebahagiaan, ketenangan dan keharmonian hidup. 
2. Jauhilah dari mendatangi dukun/peramal/bomoh. Sesiapa yang mendatangi mereka tidak akan diterima solatnya selama 40 hari. 
3. Apabila rasa sedih datang mengurung dan dukacita tinggi menggunung, maka ucapkanlah 'Laa Ilaha Illallah'


p/s : sumber dari bahan bacaan bilik solat Petronas Bukit Beruntung.
       Sharing is caring...dan mari beramal.

Comments

Popular posts from this blog

Ovum Pick Up (OPU)

Embrio Transfer (ET)

My Journey to Baby Dust