Posts

Showing posts from May, 2011

You can't live with them...You can't live without them

Image
'Men vs Women' 'THE BREAK-UP' . Selalunya jarang-jarang saya nak layan cerita cintan-cintun ni kerana kebiasaannya saya jenis yang suka layan cerita berunsurkan sains fiksyen moden ataupun cerita fantasi tapi tajuk movie ni berjaya mencuri perhatian untuk menontonnya. PERHATIAN!!!. Cerita ini memang sesuai untuk pasangan yang serius dalam perhubungan dan boleh dijadikan iktibar agar kita lebih menghargai pasangan masing-masing. Seandainya perpisahan adalah yang terbaik untuk diri masing-masing...terimalah dengan hati yang terbuka. We never know what we will gain in the future...     Cerita ini mengisahkan tentang Grobowski Gary (Vince Vaughn) dan Brooke Meyers (Jennifer Anniston) yang bertemu di Wrigley Field semasa pertandingan bisbol Chicago Cubs berlangsung. Setelah menjalinkan hubungan serius, akhirnya mereka membeli sebuah kondominium bersama-sama. Gary merupakan seorang pemandu pelancong manakala Brooke berkerja di sebuah galeri seni. Perhubungan mereka b

Together we share the joy!!!

Image
Graduan Ijazah Sarjana Muda (K) Sains Geomatik Yang sebenarnya...kesian kat adik saya sorang ni. Kalau diingat-ingatkan balik...sejak Azian menjejakkan kakinya ke MRSM masa form 1 lagi, keje budak sorang ni asyik belajar...belajar dan terus belajar. Dari MRSM...masuk UiTM for Diploma. Habis Diploma terus sambung Degree plak. Habis degree tak sempat kerja...dah sambung Master. Dengar citer...Master tak habis lagi, lecturer dia dah rekemen suruh sambung PHD plak. Yong rasa tak salah kalau kita mempunyai minat untuk belajar tapi my personal advise...try to gain some working experiences before you further up your study. Bukan apa. Dengan adanya pengalaman bekerja secara tak langsung dapat menambahkan lagi keyakinan kita untuk berdepan dengan pelbagai jenis orang dan ragam manusia. Lebih-lebih lagi kalau kita berminat untuk menjadi seorang tenaga pengajar muda. Lagi satu, kalau kita ada pengalaman bekerja...senang la sikit nak kelentong anak murid kita nanti. Hehehe. Kita kena ingat

Merdeka...Merdeka...Merdeka!!!

Image
Jom Kibarkan Jalur Gemilang 31 Ogos 2010...genaplah 53 tahun negara kita Malaysia menyambut kemerdekaan. Mana2 pergi mesti ada je orang gantung bendera tak kira la kat umah ke...kat opis ke...kat pokok ke...kat keta pun ada. Cakap pasal gantung bendera kat keta ni...saya antara orang yang paling tak berkenan nak gantung bendera kat keta. Bukannya takde semangat patriotik dalam diri cuma tak berkenan sikit. Sebabnya dah banyak kali dah terkena...bendera yang dilekatkan kat keta org depan kita atas jalan tetiba terpelanting dan kena cermin keta kita. Adoiii....hangin satu badan. Dah la kena keta kita satu hal...bendera yang jatuh tu kena lenyek2 plak dan terbiar je atas jalan. Lagi la hangin. Sebab tu saya amik keputusan cukup la sekadar gantung di rumah sahaja. Rasa megah apa bila tengok Jalur Gemilang kita berkibar. Bila masuk je bulan kemerdekaan...perkara pertama terlintas lam kepala saya...MAK. Sebabnya, mak Ani lahir pada tahun 1957. Anak merdeka...so semangat patriotik dia

this is a story about her...

Image
'Me with Mak Ani' MAK ANI. What can i say about her...suprisingly...too many things!!!. Nama penuhnya NORLIAN BT NORDIN tapi nama glamornya Kak Ani sebabnya masa kecik2 dulu dengor citer nama tu macam tak serasi ngan mak. Takpe yang pasti jarang2 nak jumpa orang dengan nama seunik nama mak saya nih. Mak Ani ni merupakan kakak besar kepada 11 orang adik beradik. (Perghhh...patut la Mak Ani ni sangat tegas orangnya). Kebetulan pulak arwah Tokwan Din tu Polis pencen. Disebabkan dah terbiasa dengan suasana berek polis dan diterapkan dengan nilai kepolisian sejak kecik...no wonder la Mak Ani ni terlebih sifat Polis berbanding Pak Nozmi yang dah sah-sah berjawatan Polis tuh. Kalau masuk bab investigate kegiatan anak-anak...Pak Nozmi pun kalah. Huhuhu.  Teringat masa kecik-kecik duduk kat quaters polis dulu...sapa tak kenal Kak Ani yang garang giler tuh. Sekali dia mengamuk marahkan anak...satu balai boleh dengor. Hahaha. Selalunya yang jadik mangsa marah Mak Ani...sapa lagi ka