|
Graduan Ijazah Sarjana Muda (K)
Sains Geomatik |
Yang sebenarnya...kesian kat adik saya sorang ni. Kalau diingat-ingatkan balik...sejak Azian menjejakkan kakinya ke MRSM masa form 1 lagi, keje budak sorang ni asyik belajar...belajar dan terus belajar. Dari MRSM...masuk UiTM for Diploma. Habis Diploma terus sambung Degree plak. Habis degree tak sempat kerja...dah sambung Master. Dengar citer...Master tak habis lagi, lecturer dia dah rekemen suruh sambung PHD plak. Yong rasa tak salah kalau kita mempunyai minat untuk belajar tapi my personal advise...try to gain some working experiences before you further up your study. Bukan apa. Dengan adanya pengalaman bekerja secara tak langsung dapat menambahkan lagi keyakinan kita untuk berdepan dengan pelbagai jenis orang dan ragam manusia. Lebih-lebih lagi kalau kita berminat untuk menjadi seorang tenaga pengajar muda. Lagi satu, kalau kita ada pengalaman bekerja...senang la sikit nak kelentong anak murid kita nanti. Hehehe. Kita kena ingat yang budak-budak zaman sekarang ni tak macam budak zaman dulu. Mereka cepat matang berbanding usia mereka kerana pelbagai faktor sekeliling dan jugak disebabkan oleh pengaruh teknologi. Sebab itu, akademik yang cemerlang tanpa pengalaman kerja akan menyukarkan sedikit diri kita untuk mendidik anak murid yang merasakan diri mereka 'terlebih pandai'.
|
'Masterian' |
|
Congrat's Sis!! |
Buat Azian...Yong harap kamu tahu apa yang terbaik untuk diri sendiri, agama dan masa depan.
Bagi Yong...mempunyai adik-adik yang berjaya di dunia dan tak melupakan akhirat sudah mampu membuatkan Yong tersenyum bangga. My rules is simple..."kesenangan korang adalah kesenangan buat Mak dan Ayah". Semoga terus sukses dan jangan lupa kita berdua masih menggalas tanggungjawab yang belum selesai...MASTER!!!. All the best sissy (^_^) v
|
Jom balik!!! |
Istiadat Konvokesyen UiTM ke-74 berlangsung dengan penuh gilang-gemilang bermula 12-20 Mei 2011. Tahniah buat adik saya, Nor Azian Nozmi sebab berjaya menggenggam segulung ijazah. Teringat 10 tahun lepas semasa saya menerima scroll ijazah aku di Dewan Seri Budiman. Dewan tu la yang banyak meninggalkan kenangan sepanjang saya bergelar siswazah. Dewan tu jugaklah tempat pertama kali saya mendaftar sebagai seorang siswa...kemudian dewan tu jugaklah tempat saya menunjukkan bakat sebagai seorang pengacara majlis konvokesyen. Itu dulu...sekarang ni, Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) bakal melakar sejarah tersendiri buat para graduan kerana UiTM telah membina sebuah bangunan yang sangat unik rekaannya dan bakal menjadi kebanggaan semua pelajarnya.
|
Comments
Post a Comment