Posts

Showing posts from January, 2013

Opening Year of 2013 = Our 1st Anniversary

Image
Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT kerana masih dipanjangkan usia ini untuk meniti hari-hari yang mendatang. Secara peribadi, tanggal 1 Januari 2013 adalah satu tarikh yang amat saya nantikan kerana pada tarikh yang sama tahun 2012...saya selamat diijabkabulkan dengan suami tersayang, Mohd Fauzi Zainuddin. Alhamdulillah...perkahwinan kami telah pun menginjak usia setahun. Masih baru...dan masih banyak yang perlu diperbaiki dalam hubungan kami sebagai suami isteri. Memang menjadi adat dalam sesebuah perkahwinan...ada pasang dan surutnya. Bak kata P. Ramlee...sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami dan isteri. Suka duka, tawa gurau senda dan gaduh bertekak adalah perkara biasa. Prinsip suami senang sahaja. Jangan dibiarkan pergaduhan itu berlanjutan lama dan yang paling penting, sebelum tidur kena saling memaafi. Tak rugi menjadi seorang suami yang pemaaf kerana syurga isteri itu di bawah tapak kaki suami dan redha Allah ada pada redha suami. InsyaAllah...semoga r