Posts

Showing posts from August, 2011

Ho Chak!!!

Image
Mak Ani ngan Fahmie Cebokk je Fahmie ngan Tok Dad dan Nabila All White...muka2 yg kena keluor modal!!! bila sawan datang... adik-beradik Seperti tahun-tahun yang lepas...kami sekeluarga akan mengambil kesempatan sempena Ramadhan ni untuk berkumpul makan bersama-sama. Dah jadi tradisi keluarga Pak Nozmi...kami akan pilih mana-mana restoran untuk acara makan besor. Kalau tahun-tahun yang lepas...Seoul Garden Bulgogi di Menara Telekom, Rima Thai di Plaza Masalam, Restoran Tasik Raban, Ipoh akan menjadi port wajib kami tapi tahun ni...kami cuma sempat bertandang ke Restoran Ayam Penyet Wong Solo, Shah Alam je. Tu pun sebab ayah dan mak ada urusan untuk disetelkan...jadi sebab tak nak kelam kabut...kami cari tempat yang senang je. Seperti biasa untuk tahun-tahun yang lepas...Azman tak dapat nak join sebab dia masih lagi bertugas di Sibu, Sarawak. Tak dapat la nak merasa keriuhan dan sharing the happy moment dengan famili sempena Ramadhan. Rugi betul!!!. Kebetula

Ayat jampi takluki isteri degil!!!

Image
Hujung minggu saya kali ini dipenuhi dengan aktiviti membaca. Dari suratkhabar tempatan...membawa ke majalah dekorasi...hinggalah kepada bahan bacaan berbentuk motivasi...semuanya saya baca gara-gara perasaan malas nak membuat cookies!!!. Belek sana..belek sini...baca itu...baca ini...akhirnya satu artikel dari sebuah majalah berjaya mencuit hati saya yang dah sedia tercuit nih. Hehehe. Terima kasih kepada Dr. Hj. Juanda Hj. Jaya (Perunding Undang-Undang Keluarga Islam) kerana secara peribadi...saya bersetuju bahawa hampir 90% dari artikelnya ada keBENARannya. Tak payah susah-susah nak cari air jampi untuk takluk isteri...cukuplah doa dan akhlak terpuji suamilah yang paling berkesan untuk menawan hati isteri. Dare to face the truth!!!. So let it be...coz sharing is SEXY!!! Isteri keras hati, degil dan suka melawan kata suami?. Ada segelintir suami yang sanggup mencari bermacam-macam penawar untuk isteri yang keras hati supaya senang ditakluki. Apakah semudah itu mengubat isteri yang s

"BIAR TERSALAH AMPUN...JANGAN TERSALAH HUKUM"

Image
"BIAR TERSALAH AMPUN...JANGAN TERSALAH HUKUM" Kata-kata ini saya petik dari novelis thriller kegemaran saya...Ramlee Awang Murshid. Setiap insan di muka bumi ini tidak lepas dari melakukan kesalahan dan juga kesilapan. Dalam aspek kekeluargaan, seorang ibu dan juga bapa tak lepas dari melakukan kesalahan terhadap anak mereka sendiri walaupun secara mutlaknya...mereka mempunyai kuasa veto untuk menghukum anak-anak sendiri. Namun...hak eksklusif ini tidak layak untuk digunakan atau diaplikasikan oleh kita sebagai seorang anak kerana Allah SWT telah menetapkan bahawa syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu dan takkan putus hubungan seorang bapa dengan anaknya sampai bila-bila selagi mereka masih ber'bin atau ber'bintikan nama bapanya. Oleh sebab itu, anak-anak yang sering dimarahi, perlu dingatkan bahawa semua ini adalah tanda kasih sayang ibubapa dalam mendidik anak-anak mereka. Kita buang ego yang semakin menebal di dalam diri dan sentiasa bersangka baik terhada

POKOK - Meet Uncle Hussain Ft. Hazama

Image
Someone ask me...what so special about this song???. Jawapan saya...try to think out of the box... Ada 1001 cerita di sebalik lagu ini...tanya sama hati!!!

Ramadhan menjelma lagi...

Image
Alhamdulillah...masih diberi kesempatan olehNya untuk menyambut Ramadhan al-Mubarak. Semoga Ramadhan kali ini membawa sejuta rahmat dan keberkatan kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Rutin saya tetap sama...pergi kerja - balik kerja - masak - terawih - buat cookies. Apapun, saya masih mencari waktu yang sesuai untuk pulang ke Tapahville. Rasa macam tak sempurna sambut puasa kalau tak balik kampung dan berbuka puasa bersama Mak Ani dan Pak Nozmi. Terbayang-bayang betapa sedapnya gulai tempoyak Pak Nozmi dan ayam masak merah Mak Ani. Huhuhu...nak balik kampunggggg!!!!!.  Ramadhan Ini - Seventeen Dalam keghairahan kita menyambut Ramadhan...jangan dilupakan insan yang kurang berkemampuan. Sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan olehNya...dan sentiasa beringat bahawa terdapat rezeki insan lain yang berhak dalam setiap rezeki yang kita terima. Alhamdulillah.