Posts

Showing posts from September, 2014

1943.1km Roadtrip to Krabi (Part I)

Image
DAY 1  12 Sept 2014 (Jumaat) Shah Alam - Perlis Alhamdulillah. Angan-angan nak berkonvoi sesama geng XKresma akhirnya tercapai. Bermula dengan cakap-cakap kosong...akhirnya impian menjadi kenyataan. 8 buah keluarga XKresma bersetuju untuk mengikuti ekspedisi ke Krabi, Thailand. Kereta kami bernombor 05. Seperti diduga...dengan bebudak Kresma ni jangan plan macam-macam. Kalau plan je mesti menjadi. Kami memulakan perjalanan agak lewat petang. Nak setelkan kerje lagi...nak siapkan barang-barang lagi...nak hantar kucing boarding lagi...memang masa agak terhad dan terkejar-kejar. Apapun jam 4.30 petang...tayar 4X4 Frontier kami dah bergerak. Seronoknya!!. Kami dan keluarga Asim bergerak sama-sama. Checkpoint pertama...di Kampong Jejawi, Perlis. Sebelum tu sempat singgah makan malam mee udang femes di Sg. Dua. Memang terbaiklah mee udang depa nih. Saya yang bukan penggemar mee rebus pun rasa macam nak tambah lagi semangkuk. Mee banyak...udang laut pulak besar gedabak. Perggh!!. Ka