Posts

Showing posts from January, 2014

Janji Babah

Image
Akhirnya, tertuntas juga janji babah nak bawa kami anak-beranak masuk ke Taman Tema Legoland. Alhamdulillah. Perasaannya sangat teruja sampaikan ibu dan anak dara sanggup berpeluh di JPO mencari kemeja sedondon dengan babah. Kemahin kembang lobang hidong babah bila kami semua ala-ala boria kampong pisang. Ngehahaha. Kali ini rasanya berbaloi-baloi masuk ke Legoland berbanding masuk Universal Studio Singapore sebab Farzana dah semakin besar. Semua permainan dia dapat main walaupun masih ada perasaan gugup. Dah nama anak Mohd Fauzi Zainuddin...jek ngan hadiah sikit je dia sanggup naik roller-coaster yang boleh buat jantung tercabut tuh!!. Ibu hanya mampu gelak je tengok korang terpekik terlolong kat atas tuh. Kalau tak mengenangkan sakit...dah lama ibu join korang semua. Next trip kami dah plan nak ke Taman Tema Hello Kitty pulak kalau ada rezeki (sambil berangan nak pakai baju sedondon pinko pulak!!). Hehehe babah sporting je pakai baju kaler pink.  InsyaAllah.  Cinta Hati S