Posts

Showing posts from 2018

Kesayangan Ibu

Image
MUHAMMAD FARISH NAEL  Ada yang tanya ibu...mana dapat nama Nael tuu. Ibu jawab inspired by nama anak sulung Rizalman Ibrahim...designer terkenal Malaysia. 9 bulan ibu dok pikir nama yang sesuai untuk anak ibu nih. Berpuluh-puluh list nama berserta maksud ada dalam simpanan. Yang pasti babah dah beri syarat kena ada Huruf F. Ewah ewahhh bapak hang pon kekadang meminta tau!! Nama Farish ni Opah yang bagi suggestion. Kebetulan ibu pun terpikirkan bende yang sama. So when 2 heads agreed on one thing...maka kita shortlist terus nama tuh. Huruf F dah ada. Tinggal nak cari huruf N pulak. Eh mana aci tak letak huruf N kat nama anak ibu. Ibu pun ada share jugak masa buat awak kat lab LPPKN. Hehehe. Mencari nama bermula huruf N ni agak mencabar sebenarnya. Seboleh2nya ibu nak nama yang terdiri dari 4 huruf sahaja. Tak nak panjang2 berjela. Zaman sekarang nama Muhammad tu pun nak kena eja penuh2. Part tu aje dah berjela nama kau. Belum masuk gabungan nama lain lagi. Haa tepuk!! Ntah cam

9 Januari 2018

Image
Subhanallah... Alhamdulillah... Allahuakbar... 9 Januari 2018. Selasa. Jam 10:39 pagi. 3.1kg. HKL. Tarikh keramat lahirnya permata hati yang kami nantikan selama ini.  Mengenang kembali saat-saat nak melahirkan baby boleh membuatkan ibu tersenyum. Ibu perlu check in hospital sehari awal memandangkan doktor telah pun membuat keputusan untuk melakukan pembedahan secara czer buat kami berdua. Anak ibu seronok sangat dok kat dalam tu tak nak keluar-keluar ye. Dah masuk minggu ke 39 pun baby relax je tak bagi tanda-tanda kontraksi. So pada 8 Jan 2018 (Isnin), lebih kurang dalam jam 10 pagi babah dan ibu dah sampai HKL. Segala persediaan telah kami buat. Macam-macam beg ibu bawak tau. Macam nak pegi berperang pulak rasa!!. Ibu tengok babah relax je masa nak buat pendaftaran. Bab pendaftaran pun ada cerita yang sebenarnya. Kalau ikutkan kelayakan babah Pegawai Gred 44, ibu boleh masuk bilik kelas 2 dan 1. Memandangkan HKL ni hospital gomen...maka kena la ibu masuk wad kelas 3 d

Diari Berpantang Mak Nael

Image
Baby Nael one months old Dilema mak pak bekerjaya dan menetap di kota metropolitan adalah apabila isteri selamat melahirkan anak...pastu amik keputusan hantar isteri berpantang kat kampong sebab suami terkejar2 nak uruskan hal kerja dan juga hal sekolah anak. Dah sampai masa Kerajaan ubah polisi untuk menambah cuti bersalin selama seminggu buat para suami kepada cuti sebulan bergaji. Setakat seminggu apa la sangat boleh dibuat. Ikutkan hati nak je amik pakej berpantang kat Shah Alam tapi bila mengenangkan hege pakej yang mencecah ribu riban tu...sis hanya mampu menangis di bucu katil sahaja. Dah la buat IVF habis puluh ribu...lepas beranak takkan nak berabis lagi. Adehhhh memang anak emas betul si Farish Nael nih. Seminggu selepas selamat melahirkan Nael...ibu amik keputusan untuk pulang berpantang di Tapah. Seronok sebab ada Opah tolong jagakan nael nanti. Sedih sebab ayah takde. Hmm...sedih sangat sebab dok terbayang2 kelibat ayah kat rumah Tapah!! Mak Ani dah siapkan segalanya