Posts

Showing posts from 2014

MENITI HARI

Image
1. Sisa hidup semakin pendek.  Yang halal untuk kita makan...makanlah. Selagi tidak melanggar tuntutan agama untuk kita pakai...pakailah. Yang ingin kita beli...belilah. Kalau kita masih mampu memberi...berilah. Kalau masih mampu berbagi...bagilah. Kerana semua yang ada tidak boleh kita bawa ke kubur. Jangan khuatir dengan ahli waris. Allah SWT yang akan mengatur rezeki selagi mereka berusaha. Nikmatilah hidup ini dengan pasangan kita selagi masih ada. 2. Sehari berlalu...umur semakin kurang.  Bila kita lewati hari ini dengan berbahagia, kita sangat beruntung. Berbuat baiklah dan selalu mengucapkan syukur kerana kita tidak tahu bila kita akan dipanggil 'pergi'. 3. Waktu cepat berlalu.  Hidup itu sangat singkat dan susah. Dalam sekelip mata kita memasuki fasa tua dan itu PASTI!! 4. Bila membandingkan ke atas, kita akan selalu merasa kurang. Membandingkan ke bawah, kita akan merasa lebih. Tapi bila kita mampu merasa cukup dan mensyukuri apa yang kita ada,

Roadtrip to Krabi (Part IV)

Image
Day 5 16 Sep 2014 (Selasa) Koh Lanta Yai Elephant Ride Berkunjung ke Thailand...memang tak sah kalau tak naik gajahkan!!. Sebenarnya agenda ini lebih untuk anak-anak je. Mak bapak tumpang seronok sekaki. Nama gajah ni Chom. Gajah betina dan muda remaja lagi sebaya saya. Hahaha. Mula-mula dia ok tapi lama-kelamaan si Chom makin moody. Tak nak ikut arahan ketua. Suka hati dia je nak masuk hutan siap berhenti makan pelepah pokok. Mungkin dia penat melayan kami yang ramai ni kot. Hehehe. Apapun kami seronok. Mana nak dapat gajah yang sanggup petik buah petai untuk kami semua. Habis aktiviti bergajah...masa untuk shoot balik Malaysia terchenta. Rindu woi nak balik negara sendiri. Peace Yo!! Anak-anak dengar cakap cikgu besar ye. Beratur dulu sebelum kita naik gajah!! Babah ngan ibu nak selfie jap!! Awek Siam memang cun tapi manis lagi awek melayu ni. Ehek!! Mak bapak yang gigih demi anak-anak Geng gelang getah kaler tengah mesyuarat apa ntah!! Mommi

Roadtrip to Krabi (Part III)

Image
Day 4 & 5 14 - 15 Sept 2014 (Ahad & Isnin) Krabi - Koh Lanta Yai Bumi Krabi masih dilanda hujan tapi tetap tak dapat membataskan keinginan kami semua untuk shopping cenderamata untuk dibawa pulang ke Malaysia. Encik suami tunggu dalam kereta sementara puan isteri dan anak-anak dah berangan nak rembat souvenir untuk diri sendiri dan kengkawan. Sebelum turunkan kami cik puan isteri...tuan empunya kereta 07 roger melalui walkie-talkie 'amik maklum...masa untuk shopping setengah jam saja ye!!'. What the fishhhh!!. Setengah jam nak buat apa Asim oii. Ini boleh mendatangkan kemarahan buat kami para isteri. Udah nama berjalan naik kereta sendiri...dengan asben sendiri...so ada kami kesah. Hak menyopping adalah hak kami!!. Ngehahaha. Sudahnya terlajak sampai sejam lebih. Panas bontot bini-bini tak balik dari shopping...last-last geng bapak ni terpaksa turun dari kereta dan pergi jemput isteri masing-masing. Hahaha rasakan!! Orang pompuan kalau dah shopping mana nak ingat

Road To Krabi (Part II)

Image
Day 3 13 Sept 2014 (Ahad) Krabi, Thailand berangan nak ada buaian macam ni kat balkoni rumah!! Selesai solat subuh berjemaah bersama suami tercinta, perkara pertama saya buat adalah bukak sliding door dan lepak di buaian ala-ala siam di balkoni sambil menghirup udara segar Thailand. Bau air laut memang menusuk kalbu betul walhal dahku memang tak suka air laut!!. Sementara encik suami keluar menyiapkan sarapan pagi untuk ahli konvoi...saya dan Farzana bersiap apa yang patut sebab aktiviti kami untuk pagi ini adalah Island Hoping to 4 Islands!! Pakej yang kami dapat sangat murah dan berbaloi. Kami hanya perlu membayar RM93 untuk 2 dewasa dan 1 kanak-kanak. Tu yang bagusnya bila bawak gengster yang terror part tawar-menawar nih. Kehkehkeh!!. 4 pulau yang kami pergi adalah Tup Island, Chicken Island, Phranang Beach dan Poda Island. Dah siap sarong personal life jacket yang dibelikan special oleh asben...kami anak beranak makan alas perut dulu. Almaklumlah nak naik lo

1943.1km Roadtrip to Krabi (Part I)

Image
DAY 1  12 Sept 2014 (Jumaat) Shah Alam - Perlis Alhamdulillah. Angan-angan nak berkonvoi sesama geng XKresma akhirnya tercapai. Bermula dengan cakap-cakap kosong...akhirnya impian menjadi kenyataan. 8 buah keluarga XKresma bersetuju untuk mengikuti ekspedisi ke Krabi, Thailand. Kereta kami bernombor 05. Seperti diduga...dengan bebudak Kresma ni jangan plan macam-macam. Kalau plan je mesti menjadi. Kami memulakan perjalanan agak lewat petang. Nak setelkan kerje lagi...nak siapkan barang-barang lagi...nak hantar kucing boarding lagi...memang masa agak terhad dan terkejar-kejar. Apapun jam 4.30 petang...tayar 4X4 Frontier kami dah bergerak. Seronoknya!!. Kami dan keluarga Asim bergerak sama-sama. Checkpoint pertama...di Kampong Jejawi, Perlis. Sebelum tu sempat singgah makan malam mee udang femes di Sg. Dua. Memang terbaiklah mee udang depa nih. Saya yang bukan penggemar mee rebus pun rasa macam nak tambah lagi semangkuk. Mee banyak...udang laut pulak besar gedabak. Perggh!!. Ka

Syukur Syawal

Image
kami puan penerbit kad jemputan

Malaysia Berduka

Image
22 Ogos 2014. Mereka bukannya ahli keluarga terdekat mahupun kenalan saya tapi hati ini sayu dan bergetar mengenangkan mereka. Isteri kehilangan suami tercinta. Ibu dan bapa kehilangan anak dan cucu dalam sekelip mata. Suami pula kehilangan peneman sehidup semati. Kami rakyat Malaysia turut menangisi kehilangan mereka. Peristiwa tragis ini akan kekal terpahat dalam lipatan sejarah Malaysia mahupun dalam diri saya sendiri.  Sempena dengan hari Jumaat, penghulu bagi segala hari...saya berdoa semoga roh jenazah MH17 yang beragama islam ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan disayangi Allah SWT. InsyaAllah. 'KUN FA YAA KUN'

Rasa Sayang Aidilfitri 2014

Image
28 Julai 2014 jatuhnya 1 Syawal 1435. Raya paling sakan bagi diri saya sendiri. Kalau sebelum ini terpaksa bekerja pada malam raya...tahun ini kami sekeluarga bercuti selama seminggu di kampung halaman. Seronok betul dapat luangkan masa yang lebih lama bersama keluarga masing-masing. Ikutkan sistem giliran...raya pertama di Kuala Kangsar. Saya sentiasa teruja nak balik beraya di kampung suami. Kuala Kangsar sangat unik di mata dan dekat di hati saya (giteww tagline!!). Raya kali ini, pertama kali saya dan ipar duai berpeluang menyediakan ketupat palas. Terror jugaklah walaupun masing2 macam cuak takut tak menjadi. Mak Zainah pun sakan siap request anak-anak buatkan lemang. Perghhh terbaeklah!!. Pertama kali jugak saya dapat teman Mak Zainah bersembahyang raya. Dapat jugak saya berkenalan dengan kengkawan Mak Zainah. Kebetulan harijadi Pak Din jatuh pada hari raya pertama...kami anak beranak sepakat buat surprise party untuk ayah. Tersengeh-renyeh Pak Din celebrate besday siap main sua