Posts

Showing posts from August, 2014

Syukur Syawal

Image
kami puan penerbit kad jemputan

Malaysia Berduka

Image
22 Ogos 2014. Mereka bukannya ahli keluarga terdekat mahupun kenalan saya tapi hati ini sayu dan bergetar mengenangkan mereka. Isteri kehilangan suami tercinta. Ibu dan bapa kehilangan anak dan cucu dalam sekelip mata. Suami pula kehilangan peneman sehidup semati. Kami rakyat Malaysia turut menangisi kehilangan mereka. Peristiwa tragis ini akan kekal terpahat dalam lipatan sejarah Malaysia mahupun dalam diri saya sendiri.  Sempena dengan hari Jumaat, penghulu bagi segala hari...saya berdoa semoga roh jenazah MH17 yang beragama islam ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan disayangi Allah SWT. InsyaAllah. 'KUN FA YAA KUN'

Rasa Sayang Aidilfitri 2014

Image
28 Julai 2014 jatuhnya 1 Syawal 1435. Raya paling sakan bagi diri saya sendiri. Kalau sebelum ini terpaksa bekerja pada malam raya...tahun ini kami sekeluarga bercuti selama seminggu di kampung halaman. Seronok betul dapat luangkan masa yang lebih lama bersama keluarga masing-masing. Ikutkan sistem giliran...raya pertama di Kuala Kangsar. Saya sentiasa teruja nak balik beraya di kampung suami. Kuala Kangsar sangat unik di mata dan dekat di hati saya (giteww tagline!!). Raya kali ini, pertama kali saya dan ipar duai berpeluang menyediakan ketupat palas. Terror jugaklah walaupun masing2 macam cuak takut tak menjadi. Mak Zainah pun sakan siap request anak-anak buatkan lemang. Perghhh terbaeklah!!. Pertama kali jugak saya dapat teman Mak Zainah bersembahyang raya. Dapat jugak saya berkenalan dengan kengkawan Mak Zainah. Kebetulan harijadi Pak Din jatuh pada hari raya pertama...kami anak beranak sepakat buat surprise party untuk ayah. Tersengeh-renyeh Pak Din celebrate besday siap main sua