Posts

Showing posts from December, 2017

PEMERGIAN YANG DIRINDUI

11 September 2016. Ahad. Hari wukuf di Arafah.  Hari yang penuh keberkatan di mana pada saat ini, umat islam bersungguh-sungguh mengungkap kalimah taubat kepada Allah SWT dan berazam untuk tidak mengulangi segala kesilapan lalu. Tinggal sehari saja lagi sebelum umat islam menyambut Hari Raya Qurban. Hari yang sentiasa kami adik beradik nantikan sebab memang telah menjadi rutin buat kami untuk berkumpul di kampung sambil menghirup sup tulang lembu qurban yang disembelih oleh ayah dan dimasak oleh mak. Hari ini juga...ayah telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Janji Allah itu pasti. Tiada sesaat pun tertangguh andai telah tertulis bahawa ajal kita telah tiba. Hari yang takkan mungkin kami sekeluarga lupakan sampai bila-bila. Sesungguhnya terlalu berat perasaan ini untuk digambarkan dengan kata-kata. Sejujurnya menangis itu lebih mudah. Terlalu banyak persoalan yang bermain difikiran. Kenapa ayah pergi terlalu awal. Kenapa ayah pergi dalam keadaan kami belum bersedi