Posts

Showing posts from 2017

PEMERGIAN YANG DIRINDUI

11 September 2016. Ahad. Hari wukuf di Arafah.  Hari yang penuh keberkatan di mana pada saat ini, umat islam bersungguh-sungguh mengungkap kalimah taubat kepada Allah SWT dan berazam untuk tidak mengulangi segala kesilapan lalu. Tinggal sehari saja lagi sebelum umat islam menyambut Hari Raya Qurban. Hari yang sentiasa kami adik beradik nantikan sebab memang telah menjadi rutin buat kami untuk berkumpul di kampung sambil menghirup sup tulang lembu qurban yang disembelih oleh ayah dan dimasak oleh mak. Hari ini juga...ayah telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Janji Allah itu pasti. Tiada sesaat pun tertangguh andai telah tertulis bahawa ajal kita telah tiba. Hari yang takkan mungkin kami sekeluarga lupakan sampai bila-bila. Sesungguhnya terlalu berat perasaan ini untuk digambarkan dengan kata-kata. Sejujurnya menangis itu lebih mudah. Terlalu banyak persoalan yang bermain difikiran. Kenapa ayah pergi terlalu awal. Kenapa ayah pergi dalam keadaan kami belum bersedi

His very first kick

Image
We are so proud to be your parent Saat yang paling indah dan bahagia dalam hidup saya sepanjang mengandung adalah apabila pertama kali saya dapat merasakan pergerakan dan tendangan baby F. Baby kick tu makin ketara bila saya mula masuk minggu ke 21. Ibu memang tertunggu-tunggu pun baby kick ni sebab nurse Klinik Kesihatan cakap apabila masuk je minggu ke 19...baby dah mula bergerak aktif dan mula menendang perut ibu. Haa...ibu cuak ye. Siang malam tak senang duduk sebab tak dapat-dapat rasa lagi awak kick kat perut ibu since 19 weeks. Hari-hari mengadu risau kat babah. Bila ibu bukak blog dan buat research sikit pasal baby's first kick...rupa-rupanya pengalaman baby kick untuk ibu yang baru pertama kali mengandung memang agak lambat. Normally bila masuk minggu ke 20 atau 21 baru la ibu dapat betul-betul merasakan tendangan baby. Adoiii adik...awak suka bikin ibu nervous kan. Babap montot tu baru tau!!. So on 26 Ogos 2017...babah dan ibu pun buat keputusan ke Sonovision Kelana

The moment we lay our eyes on you

Image
4 JULAI 2017 (SELASA) – ANTENATAL CHECK UP DI LPPKN Seawal subuh kami suami isteri telah bersiap-siap. Maklumlah perjalanan jauh dari Tapah nak ke LPPKN untuk appointment ANC (Antenatal Check Up). Berdebarnya la hai. Apa la agaknya yang akan muncul kat monitor screen klinik nanti. Seperti kebiasaaan kena lalui prosedur ambil darah, cek Bp serta timbang berat badan. Ok berat naik tapi 800gram sahaja. Kihkihkih. Kena gelak dengan nurse. Doc Komathy kelihatan sangat ceria hari ni. Sembang-sembang kejap pasal sambutan hari raya sebelum saya diminta untuk baring bagi melakukan ujian TVS 2D. Sebaik sahaja probe dimasukkan…nah kau!!. Nampak baby tengah berenang dalam perut ibu. Tangan dan kaki dia bergerak-gerak dengan laju sangat. Punya la ibu terkejut sampai tak sedar keluar ayat “eh…dia bergerak la doctor!!”. Hahaha mengekek-ngekek Doktor K gelakkan saya. Dalam hati terus cakap. Huh…sebijik macam babah dia ni suka main ayor!!. Teanjat ibu tengok gelagat awak adik oiii!!. Babah

Morning Sickness

Masa baru mula-mula tahu saya preggy...saya memang langsung takde tanda-tanda akan mengalami alahan. Siap eksyen dengan Doc Komathy lagi. Sampaikan kena carot dengan doktor "u jangan eksen...too early to say that. Tunggu nanti lama sikit mesti u dapat alahan!!". Skali memang betul masin mulut doktor iolls. Masuk je minggu ke 6 kehamilan, maka bermulalah sindrom Morning Sickness saya dalam bentuk loya dan pening untuk tempoh 3 bulan pertama kehamilan. Apa yang boleh saya simpulkan...my morning sickness is really making me sick. Untuk 3 bulan pertama saya terpaksa menggantung periuk kuali belanga. Tak boleh masuk dapur langsung. Orang tua-tua panggil ini alahan pada masakan. Mujor ada Mak Ani. Dia la yang bersusah payah jaga saya sepanjang saya menghabiskan cuti tanpa gaji selama 2 bulan di Tapah. Bukan tak cuba langsung nak ke dapur menolong mak tapi baru je masuk dapur, mula la tekak ni nak meloya. Tak boleh langsung tengok ayam dan ikan mentah. Mak Ani baru start nak kupas
Image
We've hoped and we've prayed. And now we're excited to say that our little miracle is on the way!! 12 Mei 2017 (12dp3dt) - Embrio d15 Seawal jam 5 pagi saya bangun dari tido dengan penuh semangat. Usai je solat tahajut...terus tak dan-dan buat ujian UPT. Hati berdebar-debar. Deep down memang berharap sangat 2 line tu muncul. Tapi mental dah di set supaya jangan terlalu mengharap. Arghhh tak suka dengan perasaan ini. Bukannya tak biasa tengok ujian UPT fail tiap-tiap bulan selama bertahun tapi mungkin sebab kali ni expectation kami tinggi so nervous dia lain macam sikit. Lama jugak berteleku dalam toilet cari kekuatan nak buat ujian UPT. Dah la encik suami jauh kat Shah Alam tuh. Huhuhu nangis sensorang la jawabnya kalau keputusan negatif. Setengah jam dalam toilet akhirnya baru berani nak buat ujian UPT. Fuhh kiri fuhh kanan...dengan lafaz bismillah sambil jari terketar-ketar akhirnya tercelup jugak testing strip tuh. Nak gugur jantung bila tengok urine tu bergera

Embrio Transfer (ET)

Image
30 APRIL 2017 (AHAD) - ET Hari yang ditungggu-tungu akhirnya tiba. Pagi ini saya akan melalui prosedur ET atau lebih dikenali dengan nama Embrio Transfer. Segala usaha telah kami lakukan. Sekarang kami letakkan sepenuh pengharapan kepada Allah yang Maha Satu kerana tiada yang lebih berhak ke atas sebarang kejadian melainkan Hak Mencipta ‘Kun Fa Ya Kun’. Tipu la kalau tak rasa berdebarkan. Saya buang perasaan takut itu dengan senantiasa mengingati Allah dan berfikiran positif. Pagi ini cuma saya je patient yang akan menjalani ET di LPPKN. Lega rasanya ada privacy sikit. Untuk memastikan prosedur ini berjaya, saya perlu menahan kencing selama lebih kurang satu jam sebelum prosedur. Haa ambik kau menggelinjang gelinjut rasanya terpaksa menahan kencing. Seawal pagi saya dah cek-in di Bilik Bedah Klinik Fertiliti LPPKN. Saya diminta menukarkan pakaian pesakit dan perlu berehat di wad sementara nurse, embriologist dan doctor melakukan persediaan. Sepanjang tempoh menunggu,

Ovum Pick Up (OPU)

Image
27 APRIL 2017 (KHAMIS) - OPU Hari ini saya akan melakukan prosedur OPU atau Ovum Pick Up. Kalau orang lain takut sangat nak jalani prosedur ini tapi berbeza pulak dengan saya yang sangat teruja. Selepas melakukan ujian imbasan telur dengan Dokor Komathy pada minggu lepas…saya memang sangat teruja dan tak sabar-sabar nak buat OPU. Walaupun banyak review negatif dari grup wassap IVF mengatakan proses OPU amat menyakitkan dan meninggalkan kesan trauma kepada pesakit tapi saya tetapkan hati dengan sentiasa berfikiran positif. Ada yang mengatakan pernah terjaga semasa prosedur OPU sedang berlangsung akibat kehabisan sedatif sehingga terpaksa menanggung kesakitan yang melampau. Ye la cuba bayangkan doctor tengah godek-godek ovari kita untuk sedut telur yang matang pastu tup2 kita tersedar. Padahal sebelum tu kita dah diberikan sedatif kerana untuk melakukan prosedur ini, pesakit akan dibius. Haa mau tak meraung!!. Ada jugak yang review lepas selesai prosedur OPU, pesakit mengal

My Journey to Baby Dust

Image
"ALL IT TAKES IS FAITH, TRUST AND A LITTLE BIT OF PIXIE DUST" Saya memulakan rawatan di LPPKN sejak dari Mei 2016 lagi. Gagal 2 kali cycle IUI tidak sama sekali mematahkan semangat saya untuk terus mendapatkan cahayamata. Asben pulak sangat supportive baik dari segi fizikal dan mental. Sejak membuat keputusan untuk melakukan rawatan kesuburan di LPPKN, saya telah membuat keputusan untuk menukar diet makan. Setiap hari saya amalkan pengambilan madu, lemon suam, buah delima segar, telur rebus ayam kampung (putih sahaja), ikan salmon grill, susu kambing, kurma dan juga supplement tambahan Surbex Multivitamins. Minuman kafein seperti kopi terpaksa saya tolak tepi. Kalau teringin sangat-sangat baru mintak izin asben nak minum. Hehehe. Kekadang tekak ni boleh tahan jahatnya!!. Selepas 2 kali cycle iui gagal...Doktor Komathy buat keputusan untuk saya mencuba rawatan IVF atas faktor usia yang semakin meningkat. (Huhuhu mak dah tua nokk walaupun nampak muda remaja!!). Walaupun

Peng An Vietnam

Image
Tan Son Nhat Airport, Ho Chi Minh City Tahun 2017 ni encik asben baik hati bawak isteri dia jenjalan sampai ke Vietnam. Planning memang dah lama dari hujung tahun 2016 lagi. Kebetulan staff Pusat Sukan buat trip ke Vietnam...so kami pun tumpang sekaki. Kami diam-diam je malas nak citer kat orang. Sebab paling utama...kita jenis malas nak layan order orang terutamanya yang suka kirim pakai air lior nih. Satu lagi jangan disuruh kita belikan kain cotton atau kain ela vietnam tu. Tak sior teman nak hangkut kain bagai ni. 16/2/2017 kami bertolak ke Vietnam. Flight kami lewat petang dalam jam 6:45 petang depart kat KLIA2. Kami asben and wife dah plan nak bawak beg galas kecik satu sorang je. Sebab dah tau kat sana nanti beg luggage memang murah. Naik heran staff encik asben tengok kami bawak beg galas je. Tapi itu kami laa. Jangan jadi cam 2 orang budak Pusat Sukan si Faezah dan Sue. Belum depart lagi luggage dah overweight. Hahaha. Korang bawak batu ke apa woii. Perjalanan dengan men