Posts

Showing posts from July, 2017

The moment we lay our eyes on you

Image
4 JULAI 2017 (SELASA) – ANTENATAL CHECK UP DI LPPKN Seawal subuh kami suami isteri telah bersiap-siap. Maklumlah perjalanan jauh dari Tapah nak ke LPPKN untuk appointment ANC (Antenatal Check Up). Berdebarnya la hai. Apa la agaknya yang akan muncul kat monitor screen klinik nanti. Seperti kebiasaaan kena lalui prosedur ambil darah, cek Bp serta timbang berat badan. Ok berat naik tapi 800gram sahaja. Kihkihkih. Kena gelak dengan nurse. Doc Komathy kelihatan sangat ceria hari ni. Sembang-sembang kejap pasal sambutan hari raya sebelum saya diminta untuk baring bagi melakukan ujian TVS 2D. Sebaik sahaja probe dimasukkan…nah kau!!. Nampak baby tengah berenang dalam perut ibu. Tangan dan kaki dia bergerak-gerak dengan laju sangat. Punya la ibu terkejut sampai tak sedar keluar ayat “eh…dia bergerak la doctor!!”. Hahaha mengekek-ngekek Doktor K gelakkan saya. Dalam hati terus cakap. Huh…sebijik macam babah dia ni suka main ayor!!. Teanjat ibu tengok gelagat awak adik oiii!!. Babah

Morning Sickness

Masa baru mula-mula tahu saya preggy...saya memang langsung takde tanda-tanda akan mengalami alahan. Siap eksyen dengan Doc Komathy lagi. Sampaikan kena carot dengan doktor "u jangan eksen...too early to say that. Tunggu nanti lama sikit mesti u dapat alahan!!". Skali memang betul masin mulut doktor iolls. Masuk je minggu ke 6 kehamilan, maka bermulalah sindrom Morning Sickness saya dalam bentuk loya dan pening untuk tempoh 3 bulan pertama kehamilan. Apa yang boleh saya simpulkan...my morning sickness is really making me sick. Untuk 3 bulan pertama saya terpaksa menggantung periuk kuali belanga. Tak boleh masuk dapur langsung. Orang tua-tua panggil ini alahan pada masakan. Mujor ada Mak Ani. Dia la yang bersusah payah jaga saya sepanjang saya menghabiskan cuti tanpa gaji selama 2 bulan di Tapah. Bukan tak cuba langsung nak ke dapur menolong mak tapi baru je masuk dapur, mula la tekak ni nak meloya. Tak boleh langsung tengok ayam dan ikan mentah. Mak Ani baru start nak kupas