Dalam setahun ada 12 bulan, 52 minggu, 365 hari, 8760 jam dan 525600 minit.
Namun dalam masa itu juga Tuhan telah merencanakan pelbagai perkara untuk kita.
Sebagai manusia...kita kena akur dengan segala ketentuanNya. Amin.

Sunday, July 2, 2017

Morning Sickness

Masa baru mula-mula tahu saya preggy...saya memang langsung takde tanda-tanda akan mengalami alahan. Siap eksyen dengan Doc Komathy lagi. Sampaikan kena carot dengan doktor "u jangan eksen...too early to say that. Tunggu nanti lama sikit mesti u dapat alahan!!". Skali memang betul masin mulut doktor iolls. Masuk je minggu ke 6 kehamilan, maka bermulalah sindrom Morning Sickness saya dalam bentuk loya dan pening untuk tempoh 3 bulan pertama kehamilan. Apa yang boleh saya simpulkan...my morning sickness is really making me sick. Untuk 3 bulan pertama saya terpaksa menggantung periuk kuali belanga. Tak boleh masuk dapur langsung. Orang tua-tua panggil ini alahan pada masakan. Mujor ada Mak Ani. Dia la yang bersusah payah jaga saya sepanjang saya menghabiskan cuti tanpa gaji selama 2 bulan di Tapah. Bukan tak cuba langsung nak ke dapur menolong mak tapi baru je masuk dapur, mula la tekak ni nak meloya. Tak boleh langsung tengok ayam dan ikan mentah. Mak Ani baru start nak kupas bawang pun saya dah mula meloya. Mak Ani baru nak tuang minyak menggoreng...saya dah berdesup lari keluar rumah sebab tak tahan dengan bau tumis dan minyak goreng. Kekadang kena jugak marah dengan mak. Katanya saya kena lawan perasaan loya tu. Hamboii  Mak Ani. Mentang-mentanglah dia tak pernah merasa loya sepanjang mengandungkan 6 orang anak...sesedap rasa dia je nak carotkan kita. Hahaha. Mak ingat Yong saja suka-suka nak layan loya ni. Ingat seronok ke dapat morning sickness. Sumpah tak best langsung mak!!. Hahaha. Sebab banyak sangat makanan yang buat saya loya...tekak saya ni cuma boleh makan makanan yang agak masam sahaja. Bila pergi timbang berat badan kat Klinik Kesihatan Shah Alam...nurse gelakkan aje sebab berat cuma naik 100gram. Kehkehkeh. Selain itu, saya juga turut mengalami alahan pada makanan. Kalau sebelum ini saya cukup suka dengan cekelat dan kek yang manis tapi sejak tahu preggy je makanan manis semuanya saya reject. Tekak ni dah tak boleh terima langsung sebarang makanan yang manis. Selain dari alahan makanan...asben pun turut terkena tempias gara-gara alahan saya terhadap bau perfurm. Kalau dulu saya cukup suka dengan bau perfurm Victorinox dan Swiss Army kepunyaan asben. Sekarang ni tercium sikit je perfum dia..terus mengamuk rasa nak marah. Pening kepala betul dengan bau-bauan nih. Rasa menusuk-nusuk kat lubang hidung pastu mula la saya rasa pening dan loya. Mujor jugak takde alahan pada bau suami. Kalau dapat alahan ni jawabnya kesianlah asben saya kena tido luar bilik. Hehehe.  Selain dari makanan...kulit saya juga turut mengalami perubahan mendadak. Kalau dulu kulit muka iolls peloles je putih gebu tanpa jerawat. Sekarang ni hambek kau. Bukan setakat jerawat. Pakej skali dengan alergi yang teruk di bahagian mulut dan dagu serta kulit muka yang semakin kusam. Jerawat juga mulai tumbuh di sekitar dada. Ngeri betul!!. Melalui pembacaan yang digugel, alahan ini dikatakan berpunca dari perubahan hormon yang berlaku terhadap badan ibu akibat mengandung. Rasa loya ini adalah tanda bahawa hormon kehamilan berada pada tahap yang cukup tinggi untuk meneruskan kehamilan. Dulu-dulu sebelum keguguran saya tak sempat nak merasa loya bagai ni. Skang haa hambek kau merasa la semua nii. Apapun saya sentiasa positif. Saya anggap morning sickness ini sebagai salah satu tanda yang baby F sedang membesar dengan sihat kat dalam tu. Takpe la ibu alahan teruk pun...janji anak ibu sempurna dan sihat. 

Orang kata tak sah jadi ibu mengandung kalau takde perasaan mengidam. Sepanjang preggy...cuma ada beberapa bende je yang saya teringin sangat nak makan. Antaranya jeruk buah sentol. Sampaikan sanggup print screen gambar jeruk sentul simpan dalam handphone. Pastu malam2 sebelum tido tenung gambar tu lama-lama sampai tertelan air lior. Hahaha. Jenuh la pujuk asben suh cari sebab teringin sangat nak makan. Masalahnya buah ni sangat rare. Kalau ada pun nun jauh kat Kelantan tuh. Kesian pulak nak suruh asben layan tekak kita ni kan. Nasib baik ada Azian yang selalu outstation ke Kelantan. Sanggup dia beli dan bawak balik buah tu naik flight semata-mata nak puaskan tekak kakak dia nih. Hehehe tenkiu yan. Selain dari tu...ada satu lagi perangai pelik masa saya tengah mabuk alahan. Saya cukup pantang dengar ada jemputan kenduri kawen. Terus je air liur saya ni drooling terbayangkan betapa sedapnya dapat makan lauk kenduri. Gigih ajak asben suh bawak p makan kenduri sebab teringin punya pasal. Rupa-rupanya perangai ni saya dapat dari Mak Ani. Mak cakap masa dia mengandungkan adik saya Azman pun dia cukup suka pegi makan lauk kenduri. Hehehe macam comey je rasa!!

Berikut adalah beberapa tips yang saya amalkan untuk mengurangkan alahan semasa hamil :


  • Pastikan perut tidak kosong sebaik sahaja bangun pagi. Minum susu dan makan apa sahaja makanan ringan untuk mengalas perut. 
  • Kerap makan dan minum dalam kuantiti yang kecil supaya perut kita sentiasa ada bekalan nutrien untuk baby.
  • Elakkan makanan yang berminyak dan bergoreng untuk mengelakkan loya berlaku.
  • Banyakkan memakan buah anggur atau oren kerana rasa masam manis buah ini akan membuatkan tekak anda berasa segar.
  • Dapatkan rehat yang secukupnya. Petang-petang boleh la berjalan keliling rumah sambil menghirup udara yang segar.

Thursday, May 4, 2017

Embrio Transfer (ET)




30 APRIL 2017 (AHAD) - ET

Hari yang ditungggu-tungu akhirnya tiba. Pagi ini saya akan melalui prosedur ET atau lebih dikenali dengan nama Embrio Transfer. Segala usaha telah kami lakukan. Sekarang kami letakkan sepenuh pengharapan kepada Allah yang Maha Satu kerana tiada yang lebih berhak ke atas sebarang kejadian melainkan Hak Mencipta ‘Kun Fa Ya Kun’. Tipu la kalau tak rasa berdebarkan. Saya buang perasaan takut itu dengan senantiasa mengingati Allah dan berfikiran positif. Pagi ini cuma saya je patient yang akan menjalani ET di LPPKN. Lega rasanya ada privacy sikit. Untuk memastikan prosedur ini berjaya, saya perlu menahan kencing selama lebih kurang satu jam sebelum prosedur. Haa ambik kau menggelinjang gelinjut rasanya terpaksa menahan kencing. Seawal pagi saya dah cek-in di Bilik Bedah Klinik Fertiliti LPPKN. Saya diminta menukarkan pakaian pesakit dan perlu berehat di wad sementara nurse, embriologist dan doctor melakukan persediaan. Sepanjang tempoh menunggu, saya dan suami penuhi masa kami dengan membaca surah Yasin. Sebelum tu sempat call Mak Ani mintak ampun segala dosa. Mana tau asbab lambat dapat anak sebab banyak dosa dengan mak kan. Hehehe!!. Walaupun mak jauh tapi dia tetap memberikan sokongan kepada saya. Siap bacakan Yasin lagi semasa saya di dewan bedah. Terharu betul dengan kasih ibu nih. Jam 830 pagi saya diminta masuk ke dalam chamber tempat di mana  2 ketul embabies saya dijaga dengan baik. Terima kasih embriologist sebab jaga babies saya. Bak kata omputih…embriologist ini adalah babysitter pertama anak kita sebelum dia lahir lagi. Doktor meminta saya melihat melalui mikroskop. Sebaik sahaja mata saya melihat melalui mikroskop itu…jelas nampak 2 ketul embabies kami. Allahurabbi terkedu sesaat. Rupa mereka sangat bulat dan bercahaya seperti bulan mengambang penuh. Dalam bulatan telur iu saya nampak ada 8 pecahan sel yang berkembang dengan elok. Saya pandang doktor Komathy and she says “that’s your babies. Say hi to them!!”. Saya betul-betul speechless. Saya pandang balik anak-anak saya dan bagi salam pada mereka berdua. Saya sempat cakap ibu tak sabar nak jumpa anak-anak ibu nanti. Semoga membesar dengan baik ye!!. Jauh dalam hati saya mengakui betapa besarnya kekuasaan Allah menciptakan manusia dan betapa hebatnya akal manusia yang diberikan Allah SWT sehingga mampu mencari jalan untuk membantu golongan-golongan seperti kami ni mendapat zuriat. Bayangkan dengan kecanggihan sains dan teknologi, mereka mampu merealisasikan impian pasangan yang ingin mempunyai cahayamata. Terima kasih team doctor Komathy. Jasa kalian akan saya kenang sepanjang hayat. Prosedur ET berlangsung dalam keadaan saya sedar tanpa diberikan bius. Nebes woii tapi bila terbayang rupa embabies 2 ketul tu terus hilang rasa takut. Sebaik sahaja saya dibaringkan, Doktor K menerangkan serba sedikit tentang bagaimana proses ET ini akan berlaku. Melalui penerangan, beliau menunjukkan bentuk rahim saya di screen monitor dan bagaimana embabies saya akan dimasukkan dengan menggunakan satu caterer yang disuntik terus ke dalam uterus ibu.

Alhamdulillah prosedur berlangsung dengan baik. Yang peliknya langsung tak rasa sakit. Rasa geli lagi ada la sampai saya sempat tergelak. Kekadang je dada saya berombak kuat mungkin akibat rasa berdebar yang amat. Paling menakjubkan dan buat hati saya terdetik adalah apabila terlihat satu lintasan cahaya yang laju di screen monitor semasa Doc K meletakkan embabies saya di dalam rahim. I was like "Eh...apa tu Doc. Apa yang bercahaya saya nampak tu Doc??". Doc K diam je. Maybe dia tengah fokus kot so dia malas nak layan soaklan saya. Cett!!. Sepanjang prosedur dilakukan mulut ni tak henti-henti berzikir kepada Allah SWT semoga rawatan IVF ini berjaya. Selepas selesai prosedur ET...saya diminta berehat dan berbaring di katil wad untuk 3 jam berikutnya. Encik asben kelihatan tenang je sepanjang prosedur berlansung tapi saya tahu deep down...dia pun berdebar dan mengharapkan agar prosedur ini berjaya. Sayu pulak hati ni bila pandang muka encik suami. Takpe la abang...kita dah berusaha sejauh ini. Selebihnya kita berserah pada Yang Berkuasa. Apapun untuk pengetahuan...SOP bayi tabung uji di Malaysia membenarkan hanya maksimum 2 @ 3 good quality embryos dimasukkan ke dalam rahim ibu. Ini bagi mengelakkan kehamilan kembar yang berisiko terhadap ibu dan bayi. Sekiranya banyak telur yang berjaya disedut, maka lebihan telur akan dibekukan (frozen) dan hanya disenyawakan bila ibu dan bapa bersedia untuk melakukan lagi IVF. Hebatkan!!

Berikut saya share sikit tips penjagaan yang saya lakukan selepas prosedur ET (2 weeks wait) : 

1) Selepas prosedur ET...maka bermula la tempoh penantian yang paling lama pernah berlaku dalam hidup setiap orang wanita yang melalui IVF. Tempoh menunggu ini dipanggil 2 weeks wait (2ww). Sebaik sahaja Doktor membenarkan kami pulang ke rumah...maka kami pun bersiap2 la nak balik. Asben sentiasa mengingatkan diri saya agar tidak berjalan terlalu laju. Dengan kata lain dia selalu pesan supaya saya berhati-hati. Jangan sampai tersadung atau terjatuh terpeleot. Bahaya sebab boleh menjejaskan embabies yang baru je belajar nak menempel kat rahim saya tu. Nak berjalan ke kereta pun encik asben tak benarkan. Sanggup dia minta saya tunggu di luar lobi sementara asben pegi ambil kereta. Dalam kereta...seat saya dah dialas dengan beberapa buah bantal kecil untuk memastikan saya selesa. Kerusi kereta tidak dijatuhkan sepenuhnya. Memadai direcline 120 degree. Nasihat saya jangan dibaringkan terus seat kereta tu sebab tak bagus untuk posture badan kita yang baru lepas buat pemindahan embabies. Sepanjang perjalanan...kalau boleh rancang perjalanan anda. Pilih perjalanan yang paling dekat dan selesa. Elakkan tempuh jalan yang jem dan mempunyai permukaan yang tidak rata. Seboleh-bolehnya kita nak elak berlaku sebarang hentakan semasa dalam perjalanan. 

2) Sampai sahaja di rumah...kita hendaklah berehat selama 24-48 jam selepas ET. Disebabkan rumah saya adalah sejenis double storey house...maka saya tawakkal je masa nak panjat tangga tu. Sebenarnya...seelok-eleoknya elakkan penggunaan tangga. Doktor pun dah pesan banyak kali. Tapi sebab saya dah buat keputusan untuk terus berehat di dalam bilik tidor utama kami sepanjang 2ww...maka terpaksa la jugak. Siput babi pun lagi laju kot berjalan dari saya masa nak naik tangga tu. Hehehe. Kalau ikutkan boleh je nak berehat di ruang tamu tapi bila mengenangkan 2 ekor budak bulus yang super over excited kat rumah tu maka terpaksa la berkorban lepak je dalam bilik tidor. Mujor asben dah siapkan TV dan segala dvd untuk saya tonton sepanjang 2ww tu so takde la boring sangat. Kesian encik asben. Tiap-tiap hari dia terpaksa berkejaran balik time lunch hour untuk bagi saya makan. Breakfast dan lunch pun dia jugak yang siapkan. Mak goyang kaki je bedrest atas katil. Hehehe. Sebab kesiankan asben...saya mengambil keputusan untuk sambung rehat di kampong bersama Mak Ani. Kalau kat kampong lagi aman tenteram tak payah pikir umah tak vakum lagi...lantai tak mop lagi...kucing dah makan ke belum...baju tak bersidai lagi. Eh macam-macam la nak kena pikir. No...no...no. Stress is not good ye sepanjang 2ww tu.

3) Sepanjang 2ww tu jugak...doktor menasihatkan kami suami isteri agar berpantang dari melakukan hubungan intim sehinggalah keputusan IVF diketahui. Senyum kambing je la ye masing-masing. Hehehe. Actually...kami kena berpantang sampai la kandungan masuk usia 4 bulan. Haa lama kau. Kalah orang pantang  beranak 100 hari. Nak anak punya pasal...you name it doctor. Kami sanggup buat apa saja!!. Sebenarnya tujuan utama hubungan intim perlu dielakkan untuk satu tempoh yang lama dalam rawatan IVF ini adalah kerana doktor bimbang ransangan akan menyebabkan rahim mengalami kontraksi sehingga menyebabkan embrio tidak berjaya menempel ataupun boleh menyebabkan keguguran. Alhamdulillah kami berjaya melalui tempoh yang penuh mencabar ini. Kehkehkeh!!

4) Selain dari itu, amalkan minum air zam-zam ataupun air beralkali seperti air Anugerah. Hasil melalui bacaan blog kengkawan yang pernah melalui rawatan IVF...saya dapati kebaikan air zam-zam ini adalah kerana ia dapat mengalkalikan rahim kita. Untuk memastikan rawatan IVF berjaya...rahim kita tidak boleh berada dalam keadaan berasid. Sebab itu saya memang elak minum air mineral. Berbalang-balang jugak la air zam-zam asben beli untuk bekalan saya di kampong. Sila minum air dengan banyak ye. Ulang alik pegi toilet pun takpe sebab eleman air tu memang baik untuk meningkatkan peratus kejayaan IVF. Kalau boleh minum air kosong sekurang-kurangnya 2L sehari. Air kafein seperti teh dan kopi jugak perlu dielakkan semasa 2ww. 

5) Untuk pemakanan pula, saya banyak mengambil makanan berbentuk clean soup. Contohnya seperti sup sayur. Elakkan makanan yang berasaskan rempah ratus dan bersifat masam. Contohnya seperti kari dan tomyam. Lebihkan pengambilan ikan dan ayam. Ikan pula amik yang mempunyai isi berwarna putih sahaja. Kurangkan daging kerana daging lebih bersifat asid. Banyakkan pengambilan protein, makanan berserat, kekacang dan sayur-sayuran hijau. Seelok-eloknya kita jaga pemakanan seolah-olah kita telah pun kompom mengandung. Setiap pagi selepas subuh terus minum air kosong ataupun susu. Kena alas perut jangan sampai berlapar sebab embabies masih lagi belum menempel dengan baik. Jadi pada waktu ini mereka memang memerlukan nutrisi yang baik dari ibu untuk terus membesar. Sepanjang tempoh 2ww...buah nenas, tembikai, pisang dan betik harus dielakkan sama sekali kerana kandungan buah-buahan tersebut boleh menyebabkan rahim menjadi lembut dan berlakunya kontraksi. Keadaan ini tidak bagus untuk penempelan embabies. Malah buah delima juga terpaksa saya stop dulu pengambilannya sepanjang 2ww kerana melalui pembacaan blog, kandungan protein buah tersebut turut boleh menyebabkan berlaku kontraksi terhadap rahim. Kalau boring rasa nak mengunyah...seeloknya makan kurma dan kekacang seperti pistachio, raisin dan almond. Buah-buahan kering ini didapati sangat bagus untuk pertumbuhan embabies. 

6) Jangan sesekali skip pengambilan ubat yang telah dibekalkan oleh doktor selepas ET. Doktor Komathy telah membekalkan saya asid folic, crinone dan juga duphastone untuk menguatkan rahim. Hari-hari kena makan ubat mengikut jadual yang telah ditetapkan. Antara faktor yang menyebabkan rawatan IVF saya berjaya mungkin akibat pengambilan ubat-ubat tersebut. Stop dulu sebarang pengambilan supplement yang kita consume sebelum rawatan IVF.


Crinone
Duphastone
7) Last but not least...sebagai umat Islam...sewajarnya kita percaya bahawa rezeki itu terletak di tangan Allah SWT. Saya memang mengamalkan solat tahajud setiap hari sebelum solat subuh. Di saat orang lain masih tido tu...tadah tangan dan berdoalah sesungguh hati memohon kepada Allah SWT agar memakbulkan doa kita. Menangis la kalau perlu sebab Allah suka pada hambaNya yang meminta. Setiap kali selesai solat wajib...paksa diri buat solat hajat. Minta dan terus meminta tanpa jemu. Kalau ada masa baca surah Yasin setiap hari. Amalkan juga solat dhuha agar Allah SWT memurahkan rezeki zuriat kepada kita suami isteri. Kalau tengah dok mengelamun atas katil tu sambil berangan kau akan dapat anak boy ke girl...anak kembar ke...ringankan lidah kita untuk berselawat dan berzikir sambil gosok perut. Niatkan dalam hati agar rahim kita kuat untuk menerima embabies yang bakal menempel tuu. Jangan lupa berdoa kalau tetiba hari tu hujan turun dengan lebat atau masa tu azan tengah berkumandang. Senang cerita...sentiasa meminta dengan Allah agar memakbulkan doa kita. Yakin dan percaya dengan ketentuanNya. 


  

Monday, May 1, 2017

Ovum Pick Up (OPU)


27 APRIL 2017 (KHAMIS) - OPU

Hari ini saya akan melakukan prosedur OPU atau Ovum Pick Up. Kalau orang lain takut sangat nak jalani prosedur ini tapi berbeza pulak dengan saya yang sangat teruja. Selepas melakukan ujian imbasan telur dengan Dokor Komathy pada minggu lepas…saya memang sangat teruja dan tak sabar-sabar nak buat OPU. Walaupun banyak review negatif dari grup wassap IVF mengatakan proses OPU amat menyakitkan dan meninggalkan kesan trauma kepada pesakit tapi saya tetapkan hati dengan sentiasa berfikiran positif. Ada yang mengatakan pernah terjaga semasa prosedur OPU sedang berlangsung akibat kehabisan sedatif sehingga terpaksa menanggung kesakitan yang melampau. Ye la cuba bayangkan doctor tengah godek-godek ovari kita untuk sedut telur yang matang pastu tup2 kita tersedar. Padahal sebelum tu kita dah diberikan sedatif kerana untuk melakukan prosedur ini, pesakit akan dibius. Haa mau tak meraung!!. Ada jugak yang review lepas selesai prosedur OPU, pesakit mengalami muntah-muntah yang teruk dan sesak nafas sehingga terpaksa dimasukkan ke Emergency. Seriau jugak la dengarkan. Apapun alhamdulillah saya tak mengalami semua itu. OPU saya berjalan dengan lancar dan sangat baik.  Lebih kurang jam 845 pagi saya dibaringkan di atas katil pembedahan. Saya dah mula berserah segala-galanya kepada Allah SWT. Mulut tak henti-henti berzikir. Doktor mula mencari urat tangan saya untuk diberi sedatif. 2 kali doctor terpaksa cocok kat tempat yang berbeza. Adoiii sakit la weh. Kita kurus je kot takkan tu pun susah nak cari urat. Marah ni marah!!. Sebaik sahaja sedatif mula menunjukkan respon, saya mula tidak sedarkan diri. Rasa macam dalam mimpi je terawang-awang. Berbeza dengan ubat bius masa saya buat prosedur buang fibroid dulu. Sekali cocok je terus fade to black tak ingat apa. Sepanjang prosedur tu saya boleh mendengar dan rasa apa yang berlaku disekeliling saya. Mata je terpejam rapat macam berat nak bukak. Saya ingat lagi boleh dengar bilik pembedahan tu bising macam pasar pagi. Suara doctor K jerit “I got one egg already!!”. Pastu nurse pulak sambut “one egg coming!!”. Haa kelakor kot macam staff McD bz buat keje kat kaunter pulak rasanya. Prosedur harvest telur matang tamat lebih kurang jam 930 pagi. Sedar2 je saya dah ada di katil wad. Doktor bius panggil2 nama saya. Kita cuma mampu angkat jari tunjuk ok je sebab mata tu berat sangat nak bukak. Bestnya lalok!!. Setelah sedar dari kesan sedatif…doctor K menerangkan kepada kami bahawa mereka berjaya harvest 7 biji telur yang matang. Alhamdulillah. Dari 7 telur tersebut, embriologist kata hanya 5 sahaja yang betul-betul berkualiti bagus untuk disenyawakan. Saya dan suami optimis dan percaya dengan 5 biji telor tersebut. Maka bermula la episod penantian suatu penyiksaan bagi saya dan suami. Kami perlu menunggu selama satu hari untuk menunggu result samada 5 biji telur yang disenyawakan itu berjaya atau tidak untuk bertahan dan bercambah. Tak senang duduk saya satu hari Jumaat tu. Kejap-kejap tengok tepon takut termiss panggilan dari klinik. Akhirnya lebih kurang jam 11 pagi saya mendapat panggilan dari klinik LPPKN. Nurse memaklumkan hanya 2 sahaja telur yang berjaya disenyawakan out of 5. Alhamdulillah. Walaupun hanya 2 kami rasa sangat lega dan bersyukur. Kami masih menaruh harapan tinggi pada 2 telur yang berjaya itu. Dok K buat keputusan untuk implan 2 telur tersebut pada hari ahad (Day-3 Transfer). So Ahad nii kami akan lalui prosedur ET (Embrio Transfer) pulak. Tak sabarnya dan wish me luck!!

Ini adalah serba ringkas apa yang berlaku di dalam makmal IVF sebaik sahaja telur berjaya disedut keluar :

1)    Sebaik sahaja ovum isteri disedut keluar melalui prosedur OPU, ovum isteri dan sperma suami akan terus disenyawakan di dalam tabung uji atau piring petri. Oleh kerana kami terpaksa melalui prosedur ICSI (Intra Cytoplasmatic Sperm Injection), proses persenyawaan dilakukan selepas 4 jam telur disedut keluar. Melalui prosedur ICSI, embriologist akan menggunakan sejenis alat untuk menyuntik masuk sperm suami ke dalam ovum isteri. Oleh sebab hanya 5 biji telur sahaja yang berkualiti baik maka 5 sperm yang paling baik akan disuntik ke dalam setiap satu telur yang matang. Prosedur ini berlainan daripada prosedur IVF di mana ovum dan sperma akan dicantumkan secara semulajadi di dalam tabung uji. Walaupun peratusan persenyawaan adalah lebih tinggi untuk ICSI, kami masih menyerahkan segala-galanya di tangan Allah SWT.


Prosedur ICSI
2)   Setelah persenyawaan berlaku, embriologist akan terus memantau keadaan embrio. Saat ini paling kritikal kerana menurut embriologist saya, sel-sel embrio perlu berpecah untuk memastikan persenyawaan itu berjaya. Rasa cuak jugak bila embriologist mintak kami berdoa bersungguh-sungguh supaya persenyawaan itu berjaya. Sekiranya persenyawaan berjaya, 2 pronuclei akan dapat dilihat. Secara saitifiknya, satu pronuclei mengandungi bahan genetik ibu...manakala pronuclei yang satu lagi mengandungi genetik babah. Gabungan 2 pronuclei ini akan membentuk embrio yang lengkap atau dengan bahasa mudahnya inilah asas kepada pembentukan anak kami berdua. MasyaAllah besarnya kuasa Allah SWT. Baby F...ingat tau. Takde babah dengan ibu...tak lahir la awak kat dunia ni tau. Hehehe!!


Pronuclei
3)    Kemudian bermula la episod mengeram telur-telur yang berjaya disenyawakan di dalam mesin inkubator. Lagi sekali...secara saintifiknya inkubator ini mengandungi persekitaran yang menyerupai rahim ibu di mana kandungan kandungan karbon dioksida, oksigen dan nutrien berada pada tahap pH yang bersesuaian agar embrio dapat membesar dengan sihat dan sempurna. Nampak tak betapa canggihnya teknologi rawatan IVF nii. Sebab itu kos nak membuatnya pun mahal!!. (p/s: Ibu nak claim balik RM10K dari baby F esok2. Hahaha!!)


Rumah pertama anak ibu...dalam Mesin Inkubator
4)  Menurut embriologist saya, oleh kerana doctor K memutuskan untuk melakukan ET pada Day 3 Transfer, maka embrio kami sepatutnya dalam keadaan sel berpecah kepada 8-12 sel. Lagi sekali, dia meminta kami berdoa agar sel embrio berpecah dengan baik mengikut hari yang telah ditetapkan. Apapun saya amat berterima kasih kepada pakar embriologist saya kerana telah menjaga embabbies saya dengan baik. Jujur saya sangat mengagumi kerjaya beliau sebagai seorang embriologist!!


Embrio Day 3



Sunday, March 26, 2017

My Journey to Baby Dust

"ALL IT TAKES IS FAITH, TRUST AND A LITTLE BIT OF PIXIE DUST"


Saya memulakan rawatan di LPPKN sejak dari Mei 2016 lagi. Gagal 2 kali cycle IUI tidak sama sekali mematahkan semangat saya untuk terus mendapatkan cahayamata. Asben pulak sangat supportive baik dari segi fizikal dan mental. Sejak membuat keputusan untuk melakukan rawatan kesuburan di LPPKN, saya telah membuat keputusan untuk menukar diet makan. Setiap hari saya amalkan pengambilan madu, lemon suam, buah delima segar, telur rebus ayam kampung (putih sahaja), ikan salmon grill, susu kambing, kurma dan juga supplement tambahan Surbex Multivitamins. Minuman kafein seperti kopi terpaksa saya tolak tepi. Kalau teringin sangat-sangat baru mintak izin asben nak minum. Hehehe. Kekadang tekak ni boleh tahan jahatnya!!. Selepas 2 kali cycle iui gagal...Doktor Komathy buat keputusan untuk saya mencuba rawatan IVF atas faktor usia yang semakin meningkat. (Huhuhu mak dah tua nokk walaupun nampak muda remaja!!). Walaupun kos untuk melakukan IVF sangat mahal antara 8 - 10K...kami suami isteri sepakat to go for it. Duit boleh cari, yang penting usaha dan jangan putus asa. Suami jugak sempat seloroh. Katanya kalau jadi anak ni memang kompom anak emas la sebab banyak duit keluar semata-mata nak dapatkan dia. (iolls tercries in tears and joy sebab touching!!).

21 Mac 2017 (Selasa) - SESSI KAUNSELING
Sessi kaunseling dengan doktor adalah pada day 13 (d13) untuk cycle period saya bagi bulan Mac. Suami dan isteri diwajibkan hadir untuk mendengar penerangan doktor mengenai rawatan IVF. Kali ini panjang lebar doktor bercerita. Ada yang saya paham. Ada yang buat-buat paham. Ada yang memang teman tak paham langsung. Apapun sessi ini memang amat saya nantikan. Bukan apa...senang saya nak plan cuti dan explain kat bos sebab sebaik saja saya on treatment IVF...saya memerlukan jasabaik bos untuk mereleasekan saya dari terlibat dengan mana-mana kerja production. Stress keje is not good ye!!. Usai sessi kaunseling, Doktor terus melakukan TVS (Transvaginal Scan) untuk melihat laluan rahim saya bagi memudahkan prosedur IVF dilakukan nanti. Alhamdulillah...menurut Doktor, rahim saya dalam keadaan baik dan sihat serta bebas dari fibroid. Cuma prosedur kali ni agak menyakitkan. Cramp dan sedikit bleeding sampai menggigil keluar airmata punya la tahan sakit. Selesai TVS...buat bayaran di kaunter dan amik ubat. Kos untuk rawatan dan ubat Busereline adalah RM 584.20. Maka lepas ni standby la encik suami untuk jadi doktor tak bertauliah saya tolong cucuk ubat Busereline kat area pusat untuk 15 hari berturut-turut. Hambik kau!!

4 April 2017 (Selasa) - SST/STD (BLOOD TEST)
Kali ini encik asben kena serah diri kat PLLKN pulak untuk buat screening darah, check HIV dan sperm count (SST dan STD). Melayang lagi duit RM 228.00. Nak jadi cerita...malam sebelum tu encik asben tereksiden jatuh motor semasa balik dari kerja. Nasib baik tak cedera teruk mana tapi sakit jugak la kepala lutut tu bengkak sebab terhentak jalan. Sian dia...

29 Mac - 12 April 2017 - HORMON INJECTION STIMULATION (BUSERELINE)
Rawatan IVF saya bermula dengan pengambilan suntikan Busereline selama 15 hari berturut-turut dari 29/3 - 12/4/2017. Tujuan suntikan hormon ini adalah bagi merangsang pengeluaran ovum. Kebiasaannya Busereline datang dalam bentuk botol. Kita kena belajar untuk mengeluarkan cecair tersebut dengan menggunakan syringe yang telah diberikan. Pernah jugak la tersilap handle jarum suntikan sampai tercocok jari sendiri. Adehhh pedih weh!!. Hari pertama suntikan dibuat adalah pada CD21 selepas period pertama dalam bulan tersebut. Setiap malam tepat jam 1015 saya perlu mengambil suntikan hormon ini. Jangan risau sebab nurse akan ajar kita camana nak jadi doktor tak bertauliah pasal cocok-mencocok nih. Mula-mula memang neves encik asben nak cocok. Dia pulak yang terlebih menjerit dari kita. Kelakar je Mohd Pojie nih!!.  Tapi lama-lama dia seronok pulak mencocok kita. Hamboiii!!. Nasihat saya lepas selesai cocok Busereline...seeloknya kita terus baring dan berehat. Jangan banyak bergerak. Kalau dah hari-hari kena cocok keliling pusat...memang kompom lebam la kawasan sekitar perut saya tu. Kekadang sedih je bila mengenangkan susah payah yang kami perlu tempuhi semata-mata untuk memiliki zuriat. Semasa sessi cocok-mencocok ini berlangsung...saya telah meminta pelepasan kerja dari bos supaya tidak terlibat dengan mana-mana job siaran langsung atau rakaman hingga lewat malam. Ye la kalau dah keje sapa nak cocokkan saya. Takkan nak suruh Prachuap yang tolong cocok kot. Aje giler dua-dua penakut!!. Nasib baik bos paham dengan keadaan saya so nama saya telah digugurkan dari terlibat dengan program Rentak Juara 2017 serta dikeluarkan terus dari senarai tugas rasmi. Kawan2 pun sangat memahami dengan situasi saya. Alhamdulillah...terima kasih geng. Dapat la saya fokus pada treatment IVF tanpa stress.


Busereline Injection Set



13 April 2017 (Khamis) - HORMON INJECTION STIMULATION (GONAL F)
Setelah selesai 15 hari sessi cucuk dengan Busereline saya perlu ke LPPKN untuk melihat sejauh mana hormon saya telah bertindakbalas dengan ubat. Tujuan pengambilan Gonal F ini adalah untuk meransang hormon folikel  (FSH) menghasilkan telur. Hormon inilah yang bertanggungjawab untuk meransang perkembangan folikel yang mengandungi telur pada wanita. Senang citer...tujuan ambil ubat ini adalah untuk menghasilkan sejumlah ovum yang banyak sebelum prosedur IVF boleh diteruskan. Doktor memberikan saya dos suntikan Gonal F sebanyak 225iu selama 7 hari berturut-turut mulai 14 -20 April pada setiap jam 10 malam. Agak tinggi jugak dos yang doktor berikan untuk saya. Kenapa dos tinggi saya sendiri pun tak pasti. Lupa nak tanya doktor. Senang je nak handle suntikan Gonal F ni sebab kita diberikan jarum suntikan dalam bentuk pen. Set aje siap-siap tetapan dos di pen tersebut. Pastu dah boleh inject kat area pusat. Seriau jangan cerita la sebab dah nama pun jarumkan. Mujor asben dah expert so selamba badak je la dia inject kita. Total duit yang kena keluar untuk Gonal F ni saja adalah sebanyak RM 3723.20. Mahal Ya Ampun harga ubat-ubat untuk stimulate hormon nih ye. Menggigil kepala lutut nak membayar!!. Pada 21 April saya perlu ke LPPKN sebab doktor nak buat ultrasound untuk melihat respon ubat terhadap telor saya. Okeh part ni i is very the nervous!!


Gonal F Injection
25 April 2017 (Selasa) - TVS 

Lawatan ke klinik LPPKN kali ini adalah untuk melihat samada telur-telur saya berjaya membesar mengikut saiz yang diperlukan atau tidak melalui imbasan ultrabunyi vagina (TVS). Melalui imbasan ini Doktor akan merekod bilangan dan saiz folikel telur, ketebalan lapisan rahim dan mencari sebarang abnormality di dalam rahim seperti fibroid atau cyst sekiranya ada. Seriously memang saya nervous giler. Tak lena tido nak malam. Tak putus-putus berdoa semoga folikel telur saya membesar dengan jayanya. Doktor Komathy dah cakap if telur saya tak membesar mengikut saiz yang diperlukan...prosedur IVF terpaksa dihentikan dan saya perlu berehat untuk memulakan balik rawatan. Oh no itu yang paling kita tak nak ye. Mana nak cekau duit lagi woii!!. Sebaik sahaja probe dimasukkan...jelas terpampang dekat screen bergugus-gugus folikel telur saya. Masa ni dah cakap dalam hati please please please la telur saya membesar dengan jaya!!. Bila tengok nurse dan doktor senyum...saya pasti ada berita gembira buat kami. Alhamdulillah. Doktor K bagitau ada beberapa folikel yang telah berjaya mencapai saiz matang antara 18 - 30 mm. Kalau tak silap masa tu Doktor K cakap dalam 13 bijik. Lega tak tau nak cakap apa!!. Setelah selesai sesi perbincangan mengenai step seterusnya...Doktor memberikan saya satu lagi injection iaitu Pregnyl sebelum prosedur Ovum Pick Up (OPU) boleh dilakukan pada 27 April ini. Entry berkenaan OPU kena tunggu ye sebab panjang lebar sikit nak citer pasal experience OPU nih. Hehehe. Nampaknya perjalanan IVF saya semakin sampai ke penghujung. Tak sabar betul rasanya. Please keep positif mind sepanjang masa ye Tasha. You can do it!!. Total bayaran untuk servis hari ni ialah sebanyak RM 84.10. Fuhhh sib baik sikit je pakai duit kali nii!!


my presious follicles


Tuesday, March 14, 2017

Peng An Vietnam

Tan Son Nhat Airport, Ho Chi Minh City

Tahun 2017 ni encik asben baik hati bawak isteri dia jenjalan sampai ke Vietnam. Planning memang dah lama dari hujung tahun 2016 lagi. Kebetulan staff Pusat Sukan buat trip ke Vietnam...so kami pun tumpang sekaki. Kami diam-diam je malas nak citer kat orang. Sebab paling utama...kita jenis malas nak layan order orang terutamanya yang suka kirim pakai air lior nih. Satu lagi jangan disuruh kita belikan kain cotton atau kain ela vietnam tu. Tak sior teman nak hangkut kain bagai ni. 16/2/2017 kami bertolak ke Vietnam. Flight kami lewat petang dalam jam 6:45 petang depart kat KLIA2. Kami asben and wife dah plan nak bawak beg galas kecik satu sorang je. Sebab dah tau kat sana nanti beg luggage memang murah. Naik heran staff encik asben tengok kami bawak beg galas je. Tapi itu kami laa. Jangan jadi cam 2 orang budak Pusat Sukan si Faezah dan Sue. Belum depart lagi luggage dah overweight. Hahaha. Korang bawak batu ke apa woii. Perjalanan dengan menaiki AirAsia dari Malaysia ke Vietnam mengambil masa lebih kurang 2 jam. Kami suami isteri dah super excited bila flight touch down je kat Lapangan Terbang Tan Sonh Nhat. Rombongan Cik Kiah kami seramai 10 orang disambut oleh tour guide kami yang bernama Tomok. Ku ingatkan dia ni orang melayu...rupanya mamat Vietnam. Patutlah kulit dia peloles semacam. Kalau lelaki melayu jarang nak jumpa kulit camtu. Kebanyakkannya berkerak la sikit. Hekhekhek. Dengan menaiki shuttle bas...kami di bawa ke hotel masing-masing yang berada di sekitar Ben Thanh Market, District 1. Huntong laa Faezah dan Sue. Hotel deme betul-betul kat Malaysian Street (tempat orang Malaysia shopping sakan!!). Julor je kaki keluar hotel terus shopping. Hotel kami iaitu Bali B Hotel memang berada di District 1 tapi rupanya jauh sikit kena berjalan lebih kurang 1km untuk ke Ben Thanh Market. Mujor la kami asben and wife ni jenis yang larat nak berjalan. Anggap je exercise. Disebabkan hari dah malam dan kami tak berani nak amik risiko berjalan kaki sebab tak familiar dengan kawasan sekitar....maka ku paksa Si Tomok hantar kami ke hotel. Kita pun happy la bila Tomok kata boleh hantar. Rupanya...dia paksa kami naik motor kapcai bertiga. Memang Vietnam betul!!. "Kakak jangan takut. Kakak naik je saya hantar ke hotel!!". Itu antara ayat-ayat memujuk si Tomok. Memang le iolls tak takut tapi ate kalau kat KL buat keje camni memang lama dah ko kena kejar dengan Polis weh. Bandar Ho Chi Minh agak besar membangun dan banyak kenderaan di jalanraya terutamanya motorsikal. Pening la jugak kepala tak tahan dengan bunyi bising kenderaan yang tak putus-putus. Berbalik pada cerita kami bertiga naik satu motor ke hotel tuu...alhamdulillah perjalanan yang diselangi dengan jeritan dan hilai ketawa kami suami isteri selamat juga akhirnya. Mana la kita tak jerit kalau Tomok tu boleh sesuka hati buat stunt amik u-turn kat simpang 4 yang besar. Udoh le bas dan kereta laju. Selamba badak dia je langgar lampu isyarat. Adoiii!!

Pengalaman kami di Vietnam selama 5 hari 4 malam memang best. Apa yang boleh disimpulkan Vietnam adalah syurga membeli belah. Sekiranya anda seorang penggemar kain ela...Ben Thanh Market adalah tempat yang harus dituju. Vietnam Silk, Cotton Vietnam, Vietnam Lace, Pucci Vietnam...(eh banyak lagi la nak menyebutnya!!) sila pastikan luggage anda cukup besar untuk menampung kain yang bakal diborong nanti. Tu belum masuk pelbagai tudung seperti Nealofar, Ariani dan jugak telekung solat yang jauh lebih murah jika dibandingkan dengan harga di Malaysia. Bagi saya dan suami...kami lebih teruja memborong beg galas dan haversack serta beberapa barangan sukan. Orang lain hangkut bawak balik kain...kami laki bini hangkut beg aje dah 6 bijik. Oiii rambang mata tengok design haversack Jack Wolfskin, Deuter, Superdry dan The North Face. Pakej memang kami rembat semua bawak balik Malaysia. Dikesempatan itu, saya jugak sempat memborong tudung Bokkita untuk dijual kat Malaysia nanti. Memang sold out ye. Tak semena-mena saya pun dah teraddicted dengan Bokkita. Anda boleh shopping dengan senang hati di Vietnam sebab urusan masih boleh berlaku dengan menggunakan matawang Ringgit. Diorang lagi suka kot sebab duit kita masih lagi tinggi nilainya berbanding dengan matawang Dong. Kami cuma tukar 1 juta Dong = RM 200 seorang standby untuk duit makan sahaja. Tu pun tak sempat habis!! Untuk habuan shopping pulak,  terpulang pada diri masing-masing nak bawak berapa hengget. Hehehe. Makanan halal tak sukar untuk dicari. Malaysia Street tu bersepah dengan restoran masyarakat islam Melayu Champa. Boleh makan tanpa was-was. Antara makanan kegemaran kami adalah Pho (sebutannya adalah Fuhhh) atau sup daging vietnam dan jugak Kebab Vietnam. Kebab Vietnam is the best!!. Kat sana memang bersepah di kaki lima jalan penjaja menjual roti baguette untuk dibuat kebab. Jangan pelik sangat sebab kalau kita kaji balik sejarah Vietnam, negara mereka pernah dijajah oleh pihak Perancis. Jadi tak heran la kalau pengaruh Perancis tu masih kuat dalam kehidupan mereka. Kelas kau makan roti baguette Perancis kat tepi jalan je!!. 
be humble...be hungry 

Kopi Vietnam pulak is a must try drink sekiranya anda ke sana. Memang tak tido malam kalau minum kopi tu. Kaw habis!! Selain dari shopping, kami juga berkesempatan membuat lawatan ke Mekong River. Dulu-dulu time belajar sekolah menengah...selalu ingat Sungai Mekong adalah merupakan sungai yang terpanjang di Asia. Geography happened to be my favorite subject. Sebab tu bila dapat tengok dan merasai sendiri pengalaman melusuri sungai Mekong....perasaannya seperti "Wow...dulu aku baca je dalam buku...sekarang Mekong ada depan mata aku weh!!". Gituuu!!. Selain dari itu, kami juga berkesempatan melawat The National Vietnam War Museum yang terletak di District 3. Orang lain tak seteruja kami bila sebut nak ke sana. Mungkin derang suka shopping je kot (memang pun...) berbanding kami yang lebih suka sight-seeing melihat budaya masyarakat setempat. Masuk tempat bersejarah seperti ini memang mengundang perasaan stress. Melihat bukti-bukti gelap peninggalan sejarah perang Vietnam buat saya rasa nak muntah kat situ jugak. Saya dan suami bersependapat...war is a disaster!!. Takde satu kebaikan pun yang kita jumpa melainkan pembunuhan dengan kejam semata-mata. Kerajaan Vietnam memang berani menunjukkan pada dunia betapa kejamnya tentera US pada masa itu. Sepanjang 5 hari di Saigon City...apa yang menarik perhatian saya adalah masyarakat Vietnam suka bersidai di tepi kaki lima jalan berhadapan kedai mahupun rumah mereka. Akan ada kerusi dan meja kecil untuk mereka lepak sambil makan dan minum. Mungkin itu adalah satu cara untuk mereka bersosial. Lama-lama baru saya perasan...rata-rata mereka mempunyai ruang rumah yang kecil dan terhad. Dalam satu rumah cuma ada satu ruang kecil untuk ruang tamu. Kat situ la tido...kat situ jugaklah masak. Mungkin itu antara sebab mereka menggunakan ruang hadapan rumah sebagai tempat makan dan bersosial. Tapi gaya makan derang memang nauzubillah. Kalau kat Malaysia...ko makan sambil duduk mencangkong depan makanan...kompom makan penendang opah kau!!. Majoriti masyarakat Vietnam suka menaiki motor sebagai pengangkutan utama. Penggunaan topi keledar, mask hidung, sarong tangan dan skirt motor adalah satu keperluan yang wajib. Walaupun bandar Ho Chi Minh very the bz dengan kenderaan...tak pernah sekali saya nampak berlakunya accident. Lampu isyarat kat bandar tu hanya perhiasan semata-mata sebab mereka tak pernah ikut pun undang-undang jalanraya. Part ni memang kelakar sampaikan tiap kali nak melintas jalanraya kami jadi fobia. Huhuhu. One good thing...walaupun tak ikut undang-undang...mereka sangat tolerate antara satu sama lain. Senang cerita...kot suka kau la nak langgar lampu insyarat atau apa skali pun janji ko tak langgar aku sudah!!. Sekarang baru saya paham kenapa kadar kemalangan jalanraya di Malaysia tinggi. Masyarakat kita kurang bertoleransi antara satu sama lain dan suka pentingkan diri sendiri bila berada di atas jalanraya. Pegang stering je kita nak tunjuk eksyen kononnya keta aku gah...ko yang naik kapcai je sila ke tepi bagi laluan. Choiii!!

Apapun kat sini hakak rasa terpanggil nak share beberapa tips sepanjang berada di Ho Chi Minh, Vietnam :

  1. Kenalpasti tujuan anda ke Vietnam. Shopping atau sight-seeing. Kalau shopping pastikan anda menyediakan RM yang banyak. Berdasarkan pada pengalaman sis, RM1K tak cukup ye untuk shopping. Kalau setakat nak berjalan-jalan melihat negara orang...memadailah dengan menukar kepada Dong sahaja.
  2. Kalau tujuan ke Vietnam adalah untuk shopping, adalah lebih baik anda membawa sebijik luggage kosong yang besar untuk membawa pulang semua hasil tangkapan. Kalau tak cukup jugak luggage tersebut, sila la ke Ben Thanh Market untuk mendapatkan luggage baru. Hishhh tak mahei pun rege beg!!
  3. Kalau tak cukup cash, jangan risau sebab depan Ben Thanh Market ada ATM machine. Anda boleh membuat pengeluaran duit pada bila-bila masa TAPI dengan syarat. Sebelum anda masuk ke dalam perut kapal terbang...silalah update debit kad anda untuk transaksi antarabangsa. Kalau tak memang nganga je la ye bila tak cukup cash kat sana. Jangan risau...caj yang bank kenakan untuk setiap transaksi antarabangsa lebih kurang dalam RM10++ je. 
  4. Sila la book hotel yang paling dekat dengan Ben Thanh Market. Antaranya seperti An Thamh Hotel. Bukan apa...kalau jauh takut anda penat berjalan. Maklum la nak shopping perlukan tenaga yang banyak. Hehehe. Pagi sampai ke petang melontar peluru kat Ben Thanh Market. Malam sambung lagi shopping kat Night Market depan Ben Thanh. Senang citer memang siang membawa ke malam memang aktiviti korang adalah shopping dan shopping. 
  5. Paling enjoy shopping kat Ben Thanh Market adalah adegan tawar menawar antara buyer dan seller. Trick  nak shopping kat sini adalah jiwa kena KENTAL. Jangan gatal2 mulut nak bertanya harga barang kalau anda tak berhajat nak membeli. Silap haribulan kena baling dengan culculator!! (Hahaha. Iolls tak paham camana la si Sue boleh kena baling dengan culculator kat Pasar Ben Thanh). Sekiranya anda memang berhajatkan sesuatu bende tu...terus tanya harga. Sebaik sahaja seller bagitau harga...masa ni la anda kena mula buat muka kental. Jangan teragak-agak mintak separuh dari harga yang diletakkan. Lagi kental kalau anda mintak rendah dari separuh harga. Otomatik seller akan buat lakonan sinetron kekonon dia tak agree dengan harga tu. Masa ni anda jangan pikir 2x. Terus paling muka dan blah. Tetapkan dalam hati 'Ko tak bagi aku herga yang aku nak takpe...banyak lagi kedai lain aku boleh try!!'. Percayalah cakap saya, baru 5 tapak kaki anda melangkah...berkejor macam anak ayam hilang mak seller tu tarik anda masuk balik kedai dia!!. Ingat. The power of money is in your hand. Selagi tak dapat harga yang anda inginkan...jangan beli. Walaubagaimanapun, jangan sesekali kurang hajar dengan mereka. Mulut kena sentiasa manis bila hendak bargain. Kalau derang pandai memujuk...kita kena 20x lagi pandai memujuk dari mereka. Semua ini hanya aktiviti biasa dalam proses tawar menawar. Alhamdulillah, semua bende yang saya idamkan berjaya saya dapat dengan harga yang sangat murah. 
  6. Harga barang di Night Market adalah jauh lebih murah berbanding di Ben Thanh Market. Mereka adalah peniaga yang sama kerana Ben Thanh market tutup pada jam 630 petang. Sebaik sahaja ditutup, peniaga ini akan terus set-up gerai di Night Market. Semakin dekat tengah malam...semakin rancak orang bershopping sebab masa nii peniaga akan buat jualan lelong!!. 
  7. Omputih cakap "early birds cathes the healthy worm". Kalau nak dapatkan harga yang murah untuk barang yang diidamkan...seeloknya anda shopping seawal pagi. Masa tuu...peniaga akan menganggap customer terawal sebagai laluan pembuka rezeki bagi mereka. Kalau anda mintak murah giler pun derang akan pastikan anda membeli. Sebab kalau anda tak beli...ia akan dianggap suwei!!. Elakkan membeli lewat petang semasa derang nak tutup kedai. Masa tu memang kompom derang takkan layan anda!! #kamidahterkenasekali
'In life, it's not where you go. It's who you travel with'

Tuesday, March 10, 2015

#day4&5inHK

Shenzen

Hari ke-4 kami meneruskan perjalanan ke Shenzen, China. Seriously Shenzen amat jauh berbeza dengan Hong Kong. Masyarakatnya berpakaian agak out-dated. Mereka tidak tahu berbahasa omputih langsung dan perlakuan mereka agak kasar terutamanya dengan pelancong seperti kami. Antara kenangan tak best yang terpaksa kami lalui adalah apabila masalah komunikasi menyebabkan kami anak beranak sukar mendapatkan makanan halal. Tak pernah2 saya tengok encik suami mengamuk...pertama kali dalam hidup tengok dia naik hantu. Faham. Grrrr...hahaha!!.

Hari ke-5 di Shenzen, kami berkesempatan ke Window of the World yang terletak di wilayah Nanshan dengan menaiki train. Tempat ini merupakan lokasi wajib bagi semua pengunjung yang datang ke Shenzen. Seharian kami di sana ber'sightseeing dan posing. Walaupun Window of the World, Shenzen tidaklah sehebat HK Disneyland tapi kami tetap seronok dan penat. Ikutkan plan babah, kami perlu keluar dari Window of the World sebelum maghrib bagi mengelakkan masalah mencari restoran makanan halal berulang seperti hari sebelumnya. Kalau diikutkan bukannya susah sangat pun nak cari makanan halal di sini. Mujor kali ini kami terjumpa dengan seorang pemandu teksi yang tahu serba sedikit bertutur dalam bahasa omputih. Walaupun terpaksa bercakap seperti ayam dan itik, akhir pemandu teksi itu berjaya membawa kami ke destinasi yang diingini. Dapat jugak kami anak-beranak makan di restoran halal. Harga yang ditawarkan murah dan juga sedap. Alhamdulillah. Bagi pengunjung yang gemar bershopping, Shenzen sememangnya syurga membeli-belah. Sessi tawar-menawar sangat mudah. Sekali kita tanya harga barang yang diidamkan...peniaga akan pastikan kita membeli jugak barang mereka. Boleh mintak murah sampai 70%. Mana tak sawan menyopping oii!!. Orang perempuan macam saya ni kompom la menggila nak borong tudung dan pakaian musim sejuk yang harganya jauh lebih murah jika dibeli di Malaysia. Almaklum la nature kerja saya kena duduk berejam sambil call-shot dalam panel yang amat sejok maka pemakaian sweater semestinya satu kemestian. Jadi sebelum kami balik semula ke HK...kita shopping dulu!!

Shenzen, China
mujor la rendah...
semua kemudahan dapat free!!
tingginya...
3 stooges
miniature land
lapor rupanya!!


Hiyarkkk Maui!!

muka dah penat dan kesejukan
luas betul Window of the World nih









sempat ke Paris 
Shenzen...shopping paradise
ish...ish...ish...baby tua!!
Jom balik HK

Monday, March 9, 2015

#day3inHK (WINTER TRIP)

wishlist!!
This is it. Disneyland...here we come!!!. 
Masa untuk hari ke 3 kami di HK memang diperuntukkan semata-mata untuk berjimba di Disneyland. Tak tergambar dengan kata2 perasaan teruja tu. Baik saya, encik suami mahupun Farzana...boleh nampak riak muka masing-masing terlebih eksaited. Plan babah...kami perlu check-in di Disneyland seawal yang mungkin walaupun dah macam ada guni beras 10kg menempek kat mata masing-masing.

early birdy gets the worm


Hambek kau...Disneyland baru bukak pagar...kami dah siap terpacak pun. Kehkehkeh. Mood Disneyland tu makin membuak2 bilamana kami naik train transit ke Disneyland. OMG...train ke Disneyland pun dah penuh dengan dekorasi ciri2 Disney. Makin melompat la kami anak-beranak sakan dok posing. Dari jauh kami dah melompat2 gumbira sebaik sahaja nampak pintu gerbang Disneyland. Tuu belum masuk dalam lagi kau!!. Bayangkan sebaik sahaja masuk ke dalam Disneyland...kami disambut dengan alunan muzik Disney. Alunan lagu2 yang biasa saya dengar sejak kecik lagi. Mata terus terpaku pada keindahan Sleeping Beauty Castle yang cantik dan tersergam indah. Kagum betul dengan manusia yang berjaya mencipta tempat ni. Memang terasa magisnya. Bayangkan...burung2 kecik yang sama sebijik macam dalam cerita Snow White terbang bebas ke sana sini. Manja dan tak takut dengan orang ramai pulak tu. Tak tipu. I dont know how's Farzana feel tapi secara peribadi...terasa diri ini melayang balik ke zaman kanak-kanak dahulukala. Kecik2 dulu kami adik beradik memang sentiasa disajikan dengan cerita2 Disneyland nih. Ayah memang suka belikan videotape cerita Mickey Mouse, Pluto, Donald Duck, Goofy, Cinderella dan macam2 lagi untuk tontonan kami adik beradik. Tak pernah jemu dok ulang pasang cerita yang sama. Sebab tuu bila asben bagi idea nak ke Hong Kong...saya dah senyum rapat sampai ke telinga. Ngehngehngeh. 


#HKsejok
Sleeping Beauty Castle
Sleeping Beauty tengah makan apple. 
Me pulak feels like Little Red Riding Hood. 
Babah macam Robin Hood!!
Selesai urusan tiket dan rembat maps...kami tak buang masa terus bergegas book tiket untuk berjumpa dengan watak Frozen. Sapa lagi kalau bukan Princess Elsa dan Princess Anna. Kalau lambat book tiket jawabnya memang melepas laa. Oh no no no!! Farzana memang peminat setia cerita Frozen. Siang malam tuu dok sebut tak sabar nak jumpa Elsa. Nasib baik la kami cepat. Kalau tak mesti melepas. Kelakar jugak bila diingatkan. Tengah kami dok Q tu tetiba Princess Elsa lalu kat sebelah kami. Apalagi menjerit la Farzana seronok sangat dapat jumpa face to face dengan puteri Elsa. 'Eiii Elsa la ibu...ibu...tengok tu Elsa!!!'. Jerit Farzana. Melihat gelagat anak-anak yang tak sabar nak berjumpa secara in-person dengan 2 watak figura Frozen ni membuatkan saya ketawa. Kalau nak diikutkan...watak ni asalnya hanya rekaan dan kartun semata2 tapi budak2 kecik ni menganggap mereka benar-benar wujud. Ada beberapa orang budak kecik tu siap menjerit2 nama Elsa macam nak pengsan. Hahaha. Tergelak besar kami suami isteri. Tunggu punya tunggu akhirnya sampai jugak giliran sendiri. Kami biarkan Farzana bersendirian dengan Elsa dan Anna. Ye ye aje Farzana menyembang dengan diorang tu. Dalam hati terdetik jugak "eh pandai pulak dia cakap omputih!!. Antara perbualan yang sempat saya dengar. Princess Elsa : what is your name dear?? Farzana jawab dengan kompiden : Nur Farzana Mohd Fauzi. Ok good bagus takde la malu sangat ibu ngan babah. Princess Anna pulak tanya : How old are you dear?? Farzana jawab dengan lebih kompiden sambil sengeh-sengeh : 6 tahun. Foingggg babah ngan ibu pengsan!!. Terkebil2 minah mat saleh tu tak paham apa yang Farzana cakap. Kahkahkah. Takpe la Farzana. Yang penting dia happy dan as a parents, apa yang kami nak tengok adalah level of confident dia bila berhadapan dengan orang ramai. Good job dear!!


Frozen time
dah tercapai salah satu impian

babah layankan aje
Setel aje pasal Frozen...kami sempat menonton Disney character on Parade. Kiranya ala-ala welcoming party untuk pengunjung yang datang. OMG. Berebut-rebut manusia nak dapatkan tempat duduk paling hadapan. Selit punya selit dapat la jugak menempek dekat anak cina. Babah dah hilang tah ke mana. Rupanya dia cari angle lain nak dapatkan best shot katanya. Menonton parade pun dah rasa seronok. Mana taknya...semua karakter Disney ada di situ. Menarik betul persembahan mereka. Kalau nak dibandingkan dengan Universal Studio Singapore...saya lebih suka Disneyland. 


Disney Character on Parade yang sangat ohsem!!
nampak tak muka kanak2 sedang gumbira tuh
Habis je pertunjukan parade..kami terus bergegas ke Tomorrowland. Dapatlah naik spaceship pusing2 sampai pening kepala di Orbitron. Kami anak-beranak sempat jugak naik rollercoaster ala-ala roket di Space Mountain. Personally, game ini memang tak direkemenkan sebab boleh buat kita pening lalat. Bukan tak biasa naik rollercoaster tapi kalau dah berpusing turun naik terhentak dalam gelap kekonon nak explore galaksi alam semesta memang saja cari penyakit namanya!!. Sampaikan asben terpaksa duduk kejap nak hilangkan pening. Huh not enjoying at all!! Hilang je pening terus gigih Q di Autopia. Game tak berapa hardcore sangat sebab kita dapat naik kereta dan pusing2 taman melihat superhighway rekaan futuristik. Kalau nak diikutkan ada beberapa lagi game di Tomorrowland yang tak sempat kami main. Terpaksa pilih permainan yang paling best kerana kami tak nak buang masa. Menurut Deeno, satu hari suntuk di Disneyland pun belum tentu kita dapat nak main semua games yang ada. Ohhoiiii!!. Mana taknya...terpaksa Q lebih dari setengah jam untuk setiap satu permainan. Mana-mana taman tema sama je. Banyak masa dibuangkan hanya untuk Q. 

main kereta di Autopia
UFO Zone
Selesai Tomorrowland...kami bergegas ke Fantasyland. Farzana suka la. Nama pun fantasy...memang sesuai untuk budak yang kuat berangan. Di Cinderella Carousal budak2 boleh naik carousal horse atau dalam bahasa mudahnya naik kuda pusing. Sementara Farzana main sensorang...kami asben and wife ni dok feefeling romantika d'amor sambil tengok gelagat orang ramai. Ngehahaha. Best rupanya pergi oversea masa musim sejuk ni. Hawa yang dingin membuatkan kita tak cepat penat dan berpeluh. Mood pun takde nak swing sangat. Habis main kuda...melayan kehendak Farzana di kedai cenderamata Fantasyland. Banyak betul cenderamata yang cantik2 terutamanya pakaian untuk watak2 puteri dalam cerita Disney. Jangan harap la babah nak belikan baju princess tu Farzana oii. Mahal satu hal...pastu bila masanya awak nak pakai. So kita posing-posing je la ye. Kekadang ibu pun reti meminta jugak ye. Siap request ajak pegi Fantasy garden sebab nak bergambar dengan watak-watak ikonik Disney. Sanggup buang masa setengah jam semata-mata nak bergambar dengan Mickey Mouse. Kiranya nak lepaskan hajat masa zaman kecik la nih. Farzana pun pandai request. Nak main cawan pusing katanya. Ok fine jom naik Mad Hatter Tea Cup sebab babah memang tak kan join game yang berpusing-pusing ni. Pening katanya. Fantasyland merupakan taman yang paling besar dalam Disneyland. Agak terkilan jugak sebab kami tak punya masa yang cukup untuk explore ke semua game yang ada. Bak kata babah...kalau dia punya banyak duit...kena masuk Disneyland 2 hari baru betul-betul berbaloi. Takpela babah...bawak kami jenjalan sampai ke Hong Kong pun dah rasa bersyukur amat. 


hidup kena ceria...jangan tua sebelum usia!!
hamboii senyum sampai ke telinga
ada je yang photoboom kat belakang tuh
tak habeh2 berangan nak jadi princess




Mickey Mouse in Fantasy Garden
Keputusan kami ke HK semata-mata nak merasai keseronokan bermain di taman tema Disneyland memang tepat. Kenapa?? Sebab Disneyland HK sangat mengutamakan pengunjung yang terdiri dari kalangan orang muslim. Tak payah susah-susah nak pening kepala memikirkan  pasal makanan kerana mereka menyediakan cafe yang menyajikan masakan yang mempunyai sijil halal (Halal Cuisine). Terlepas satu beban bila kita tahu tempat yang kita kunjungi menitikberatkan hal-hal sedemikian. Siap ada cafe yang menyajikan Malaysian cuisine. Hohhh bila dah hari-hari tekak ni pekena bukhara sampai nak muntah...opcoz la nasik ayam yang menjadi idaman. Nomnomnom. Malah pihak pengurusan Disneyland turut menyediakan satu ruang khas untuk mengerjakan solat. Alhamdulillah. Staf Disneland jugak sangat profesional dan sangat-sangat membantu malah sangat friendly. Senang cerita...nothing to complain about them. Seronok sangat berjimba sampai tak sedar hari dah makin gelap. Pernah terfikir tak kenapa masyarakat cina kat Malaysia suka makan awal. Sebabnya kat sini (HK dan tanah Besar)...pukul 6 petang dah pun gelap dan masa ini mereka akan mula makan malam. Mungkin dah jadi cara hidup masyarakat cina sejak dari zaman dulukala...maka budaya tu terus mereka  amalkan walaupun dah berhijrah ke Tanah Melayu. So lepas ni jangan pelik lagi kenapa orang cina di Malaysia suka makan awal ye!!. Kami yang masih tak puas bergumbira ni tak buang masa terus ke theaterette untuk menyaksikan "Festival of the Lion King". Perghhh memang terbaik pertunjukan Lion King ni. Kostum, effek bunyian dan lampu, props dan lagu yang dipersembahkan membuatkan kami anak-beranak terlopong 5 second. Kihkihkih. Tak rugi beratur lama dan berebut seat. Habis tengok show kami ke Tarzan's Tree House nak naik raft pulak. Tak kurang hebat jugak rafting ni sebab kita boleh jumpa macam2 binatang air yang nampak real. Menjerit jugak la Farzana bila tetiba hippo kuar dari dalam air. Disebabkan nak mengejar pertunjukan bunga api...kami terpaksa skip banyak game. Last park kami singgah di Toyland. Bawak Farzana naik Slinky Dog Spin. Dapat la jugak dia berkawan dengan anak mat salih. Babah pulak  hilang pegi main Toy soldier Parachute Drop. Errr takutlah nak naik parachute ni. Pertunjukan bunga api yang diberi nama 'Disney in Stars Firework memang sangat2 ohsem. Penutup tirai yang sangat mampu membuatkan mulut Farzana tak habeh2 cakap wowwww!!. Penuh sesak jalan di amusement park ni dengan selautan manusia. Sakit hati pun ada. Dah tahu bunga api tu tembak tinggi...yang korang pegi bangun semata2 nak capture gambar atau video dah kenapa. Kalau duduk boleh je dapat pun. Memang kena sound la jawabnya. Eh..eh...ingat anak dia je yang nak tengok!! Kan tak pasal2 makbapak yang vogue ni bertukar jadi Incredible Hulk. Sakitnya tuh di sini!! Apapun...pengalaman di Disneyland HK memang takkan kami lupakan sampai bila2. Antara kenangan manis buat kami sekeluarga. Malah sampai sekarang pun Farzana masih dok sebut2 pasal Disneyland. Rindu nak pegi lagi katanya. Hamboiii ingat babah tu keje cop duit. Hekhekhek. Thank you to my dearly husband sebab sanggup susah payah bawak anak isteri jenjalan. Memang layak dipanggil Ayah Terbaik Di Dunia!! (Ini bukan bodek tapi realiti).

Festival of the Lion King show
makin gelap...makin sejok HK oii!!
Slinky Dog Spin @ Toyland
mencari souvenir itu wajib!!

cantik nau2 

Dah penat...jom balik
Maceh babah. Lap u 80 juta kali!!