Posts

Showing posts from October, 2010

QUOTE

"Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi...jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu."

AKON...not lonely anymore!!!

Image
Pernah dengar nama Musang Pandan tak atau dalam bahasa omputihnyer... Palm Civet.  Selama ini saya sendiri pun tak pernah kesah dengan kewujudan binatang eksotik ni until Selasa lepas semasa aku tengah shooting untuk Diari Bintang P. Ramlee di Galeri Finas, Jalan Pahang Kecil. Semasa saya dan kru sedang tekun bershooting, tetiba kami diganggu oleh bunyi yang agak pelik dari dalam aircond. Bunyinya seakan-akan anak burung tapi makin lama makin kuat seperti anak kucing plak. Tak pasal-pasal saya suruh kru alih tempat shooting coz bunyi yang semakin kuat itu mengganggu kerja dahku. Bila dah beralih tempat ingatkan diam le bunyi tu...alih-alih makin kuat plak jadinya. So salah sorang kru saya pun panggil la pak guard kat galeri tu untuk maklumkan tentang bunyi tuh. Bila je pak guard tu bukak aircond...rupanya ada sekor anak musang pandan tersepit kat dalam tuh. Kesiannya dok melalak sebab takut agaknya. Saya ni plak jenis yang memang pencinta haiwan..apalagi terus amik dan dokon

KENALI TAHAP BAHAYA DALAM PERKAHWINAN

Image
Tetiba artikel ni berjaya menarik perhatian saya untuk terus membaca. Seseorang pernah berkata... tak semestinya perkahwinan yang dibina atas dasar cinta boleh menjamin kebahagiaan selamanya.  Sebabnya, kehancuran sesebuah perkahwinan tidak terjadi dalam masa satu hari sahaja tetapi perlu melalui beberapa fasa sebelum sampai ke tahap perpisahan. TAHAP 1 : TIMBUL RASA TAK PUASHATI Suami atau isteri memendam rasa tidak puas hati atau kecewa semata-mata untuk menghindari konflik. Contohnya seperti tindakan suami yang lebih mengutamakan kerja berbanding anak-anak dan isteri. Semestinya si isteri akan menjeruk rasa dengan perbuatan suami dan merasakan suami mereka mengambil mudah segala urusan keluarga. Contohnya :  Anda mula rasa sensitif dengan sikap dan kata-kata pasangan anda.  Anda enggan mengungkap rasa kesal atau tidak puashati kepada pasangan anda.  Anda mula berkata dalam hati..."isu kecik pun nak diperbesarkan!!!" TAHAP 2 : WUJUD RASA MARAH Kebiasaannya, w

Stress

Image
Rasanya dah agak lama saya tak mengemaskini blog. Kebelakangan ini pun saya agak sibuk dengan urusan kerja di pejabat yang tak pernah habis. Tapi bila difikir-fikirkan ada bagusnya jugak saya kurang meng update blog...Talk about work, Festival Filem Malaysia ke 23 pun akan berlangsung tak lama je lagi. Tinggal lagi beberapa hari sahaja untuk saya selesaikan semua perkara. Masih ada beberapa orang artis yang perlu di hubungi untuk confirmation gara-gara last minute cancellation...tiba-tiba pula ada masalah timbul tentang tajaan pakaian compare...bahan-bahan footages dari pihak FINAS pun masih dalam proses pembikinan...bila dah makin dekat dengan date line ni...makin tak cukup la kaki tangan saya ni nak buat kerje. Masa 24 jam yang ada pun rasa macam sekejap je berlalu. Nasib baik la kerje dalam line production ni melibatkan kerjasama satu pasukan...so bila dah saya agih-agihkan kerje tu pada production team...dapat la bernafas sikit. Dalam dok sibuk dengan Festival Filem Malaysia..

If You're Not The One

Image
IF YOU'RE NOT THE ONE If you’re not the one then why does my soul feel glad today? If you’re not the one then why does my hand fit yours this way? If you are not mine then why does your heart return my call If you are not mine would I have the strength to stand at all I’ll never know what the future brings  But I know you’re here with me now We’ll make it through  And I hope you are the one I share my life with I don’t want to run away but I can’t take it, I don’t understand If I’m not made for you then why does my heart tell me that I am? Is there any way that I can stay in your arms? If I don’t need you then why am I crying on my bed? If I don’t need you then why does your name resound in my head? If you’re not for me then why does this distance maim my life? If you’re not for me then why do I dream of you as my life? I don’t know why you’re so far away  But I know that this much is true We’ll make it through  And I hope you are

Kita Hanya Manusia Biasa

Image
Saya selalu percaya bahawa hidup ini tidak ubah seperti putaran roda...ada kala kita di atas...ada kalanya kita di bawah. Kejap kita tinggi di awan...kejap kita jatuh tersungkur di tanah. Tiada seorang pun yang terlepas dari rasa duka lara biarpun hanya seketika. Setiap yang dinamakan makhluk pasti akan merasa perasaan ini dalam sepanjang laluan kehidupannya. Sekejap atau lama, hanya itu yang membezakan antara kita. Apapun, semua perkara yang terjadi dalam hidup kita ada hikmahnya. Sebagai manusia biasa kita kena belajar untuk memahami semua yang telah terjadi  dan bersyukur dengan setiap pengalaman yang telah kita kutip sepanjang hidup ini. Ibarat kata pepatah...pengalaman mendewasakan kita!!!. Tak kira samada pengalaman itu manis mahupun pahit. Sedar atau tidak...pengalaman yang berlaku ke atas diri kita juga, secara tidak langsung, tempiasnya turut terkena pada orang lain di sekeliling kita juga kerana apabila kita duduk di roda kehidupan yang terendah...ramai yang mungkin meras

TAK BANYAK YANG SAYA MINTA DARI SUAMI CUMA....

Image
Sebagai seorang isteri, tiada yang lebih membahagiakan dirinya selain dari memiliki seorang suami. Malah tidak salah sekiranya isteri mengidamkan seorang suami yang mempunyai ciri-ciri "Suami Idaman". Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tidak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan. Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberi kepada seseorang yang bergelar suami, yang perlu ada dalam dirinya.... Kuat agamanya-  Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara kerana sembahyang itu tiang agama. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Bersyukurnya si isteri sekiranya memiliki suami yang jujur membimbing dan memelihara iman anda. Baik akhlaknya -  Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua keta
Image
CIRI-CIRI SUAMI YANG BAIK Memegang dan memahami peranan sebagai ketua keluarga sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah SWT. Menunaikan kewajipan  atau tanggungjawab sebagai suami. Isteri dianggap sebagai jiwanya dalam menempuh kehidupan. Cinta kasih terhadap isteri mestilah dibina dgn penuh kasih sayang, ikhlas, jujur serta dijelmakan dalam sikap dan perbuatannya. Setiap perkara hendaklah dibincang bersama terutama soal-soal urusan rumahtangga. Jangan bertindak kasar. Berilah kesempatan untuk memperbaiki kesilapan. Membantu meringankan beban isteri, baik secara langsung atau tidak langsung. Berlaku jujur dan ingatlah bahawa Allah Maha mengetahui. Memahami kedudukan isteri sebagai seorang wanita yg tidak sama tarafnya. Selesaikan segala sengketa dgn bijaksana, buang nafsu amarah dgn segera, ingat ajaran Allah dan Rasul. Tidak takut menyatakan kesalahan, segera memaafkan jika terdapat kesilapan. Ingatlah bahawa isteri dan anak adalah amanat Allah yang akan dipertanggungjawabk