Posts

Showing posts from December, 2010

Selamat Tahun Baru 2011

Image
Alhamdulillah.  Tibanya tahun baru bukan bermakna kita harus melupakan tahun-tahun sebelumnya kerana tanpa tahun-tahun terdahulu...tak mungkin kita akan menjadi seperti diri kita sekarang ini. Tibanya tahun baru jugak bermakna kita semakin dewasa dan pengalaman yang kita kutip sepanjang perjalanan hidup sebelum ini seharusnya menjadikan diri seorang yang lebih matang dalam menentukan arah tuju hidup sendiri. Saya selalu berpegang kepada kata-kata bahawa....hidup ini mesti diteruskan walau apa saja yang perlu kita tempuh kerana yang baik itu datangnya dari Allah...dan yang buruk itu datangnya dari diri kita sendiri. Semoga perjalanan hidup aku dipenuhi dengan warna warni.  Untuk Mak dan Ayah...Yong doakan semoga Allah panjangkan umur kalian berdua dan diberikan kesihatan serta ketenangan jiwa dalam melayari usia senja. Untuk Azman...semoga mendapat keberkatan dan keredhaan Allah dalam melayari hidup berumahtangga. Untuk Azlina...semoga tabah dan terus kuatkan semangat menjalani hidu

“ Manusia merancang...Allah menentukan.”

Image
Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Mungkin ini antara petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita. 1. Gunakan seluruh pancaindera Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, rohani dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama.  2. Bersahaja Si dia bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampa

Sarjana Komunikasi Massa - Class Of MC 770

Image
Ain Tisshot Oja Sabtu, 18 Disember 2010 Akhirnya saya bergelar  Student untuk Sarjana Komunikasi Massa (MC 770). Perjalanan untuk saya masih lagi jauh...walaupun cuma perlu bertahan untuk 2 tahun sahaja lagi. Kata-kata Prof. Dr. Aini Jaapar masih lagi terngiang-ngiang kat telinga ni.... 'betapa beratnya jari anda semua untuk menekan butang klik permohonan' . Sebetulnya keputusan untuk saya menyambung pengajian ni memerlukan pengorbanan...menuntut kesabaran...dan hati yang tekad. Hanya Allah yang tahu. Alhamdulillah, proses pendaftaran berjalan dengan lancar. Seharian saya, Oja dan Ain ditemani White berada di Dewan Seri Budiman. Teringat masa mula-mula menjejakkan kaki di Uitm. Masih lagi mentah dan tercangak-cangak. Sekarang, kami lebih berkeyakinan. Dah takde lagi rasa takut. Staff IPsis plak yang takut tengok kami. Hahaha. Biasa le...student Mass Comm mana pernah takut berdepan dengan orang!!!. Tak sangka kami kena menyanyikan lagi lagu UiTM Di Hatiku dan Wawa