Posts

Showing posts from 2015

#day4&5inHK

Image
Shenzen 24 Disember 2014 (Rabu) Hari ke-4 kami meneruskan perjalanan ke Shenzen, China. Seriously Shenzen amat jauh berbeza dengan Hong Kong. Masyarakatnya berpakaian agak out-dated. Mereka tidak tahu berbahasa omputih langsung dan perlakuan mereka agak kasar terutamanya dengan pelancong seperti kami. Antara kenangan tak best yang terpaksa kami lalui adalah apabila masalah komunikasi menyebabkan kami anak beranak sukar mendapatkan makanan halal. Tak pernah2 saya tengok encik suami mengamuk...pertama kali dalam hidup tengok dia naik hantu. Faham. Grrrr...hahaha!!. 25 Disember 2014 (Khamis) Hari ke-5 di Shenzen, kami berkesempatan ke Window of the World yang terletak di wilayah Nanshan dengan menaiki train. Tempat ini merupakan lokasi wajib bagi semua pengunjung yang datang ke Shenzen. Seharian kami di sana ber'sightseeing dan posing. Walaupun Window of the World, Shenzen tidaklah sehebat HK Disneyland tapi kami tetap seronok dan penat. Ikutkan plan babah, kami perlu keluar

#day3inHK (WINTER TRIP)

Image
wishlist!! 23 Disember 2014 (Selasa) This is it. Disneyland...here we come!!!.  Masa untuk hari ke 3 kami di HK memang diperuntukkan semata-mata untuk berjimba di Disneyland. Tak tergambar dengan kata2 perasaan teruja tu. Baik saya, encik suami mahupun Farzana...boleh nampak riak muka masing-masing terlebih eksaited. Plan babah...kami perlu check-in di Disneyland seawal yang mungkin walaupun dah macam ada guni beras 10kg menempek kat mata masing-masing. early birdy gets the worm Hambek kau...Disneyland baru bukak pagar...kami dah siap terpacak pun. Kehkehkeh. Mood Disneyland tu makin membuak2 bilamana kami naik train transit ke Disneyland. OMG...train ke Disneyland pun dah penuh dengan dekorasi ciri2 Disney. Makin melompat la kami anak-beranak sakan dok posing. Dari jauh kami dah melompat2 gumbira sebaik sahaja nampak pintu gerbang Disneyland. Tuu belum masuk dalam lagi kau!!. Bayangkan sebaik sahaja masuk ke dalam Disneyland...kami disambut dengan alunan muzik Dis

Misi Bantuan Pasca Banjir ke Hulu Tembeling, Pahang : CSR XKresma

Image
Berat mata memandang...berat lagi bahu yang memikul.  Atas dasar kemanusiaan...kami team XKresma bersatu hati untuk memberikan bantuan kepada mangsa banjir yang terletak disekitar kawasan Sungai Hulu Tembeling, Jerantut, Pahang. Sasaran kami adalah penduduk kampung yang terjejas teruk akibat banjir. Antaranya penduduk Kampung Pagi, Kampung Kuala Sat, Kampung Bantal, Kampung Gusai dan Kampung Mat Daling. Objektif kami adalah membantu menghulurkan bantuan berupa makanan, minuman, keperluan harian, pakaian, telekung, sejadah dan juga barangan keperluan bayi. Team XKresma berkolaborasi dengan team Skuad Banjir Jerantut (SBJ) bagi memastikan misi kami tercapai. Disebabkan laluan darat untuk ke kawasan kampung ini hanya boleh diakses melalui kenderaan pacuan empat roda sahaja...maka hanya teammate yang mempunyai kenderaan 4X4 sahaja diberikan keutamaan untuk menyertai misi pada kali ini. Antara yang turut serta di dalam misi ini adalah encik hubby + saya, Asim + Hana, Shae + Mama + a