Posts

Showing posts from September, 2011

Sweet September

Image
Ramadhan dah berlalu...kini Syawal pulak menjelma. Kalau bulan lepas, kengkawan saya semuanya pose badan masing-masing sebab berjaya menguruskan badan...kali ni tiba masa untuk mereka men'top-upkan kembali berat badan melebihi berat badan asal gara-gara terlebih makan ketupat dan rendang demi memenuhi jemputan rumah terbuka. Hehehe. Nasib baik saya ni jenis yang metabolisme tinggi...makan banyak mana pun tetap slim-melim!!!. Sabtu lepas, Oja dengan sukahatinya telah membuat 'Open House' special untuk BFF (Tisshot, Ain & Kak Nash) sahaja. Menu : Soto Ayam, Baked Macaroni dan New York Cheese Cake. Walaupun berempat sahaja...tapi seronok dapat lepak dan makan sambil bergosip sama-sama. Lepas makan, kami semua layan movie 'The Break Up'. Huh..emo emo emo!!!.  Apapun, bukan senang kami nak berkumpul macam ni...maklum la semuanya bekerja line production. Sibuk mengalahkan menteri!!!.  Oja, Me & Ain Kak Nash smurfy!!! Bulan ni jugak...my adorab

Manis Manis Lebaran

Image
Salam Syawal 2011... Seperti lebaran yang lepas...tahun ini saya terpaksa melepaskan kemeriahan membuat persiapan menyambut raya bersama keluarga di Tapahville gara-gara term "Berkhidmat Untuk Negara'. Untuk 2 tahun berturut-turut saya terpaksa bertugas di Auditorium Perdana, Angkasapuri untuk menjayakan rancangan 'Raya Sama Sama' yang bersiaran secara langsung dari jam 10 malam - 1 pagi. Allah saja yang tahu perasaan saya masa tu...walaupun muka ni ceria je sepanjang masa bekerja dan melayan karenah artis-artis yang turut sama menjayakan rancangan...tapi dalam hati meronta-ronta nak balik kampung. Kejap-kejap pandang jam...kalau boleh nak putar je masa supaya cepat berlalu. Tak kira...closing credit habis je...saya nak terus pecut 'gegurl' balik Tapahville. Elok habis je program...terus bermaaf-maafan dengan semua kru dan artis yang terlibat...apalagi...terus tekan minyak 120km dengan harapan nak sampai cepat ke rumah walaupun masa tu jam dah pun dekat pukul