Rasa Sayang Aidilfitri 2014
28 Julai 2014 jatuhnya 1 Syawal 1435. Raya paling sakan bagi diri saya sendiri. Kalau sebelum ini terpaksa bekerja pada malam raya...tahun ini kami sekeluarga bercuti selama seminggu di kampung halaman. Seronok betul dapat luangkan masa yang lebih lama bersama keluarga masing-masing. Ikutkan sistem giliran...raya pertama di Kuala Kangsar. Saya sentiasa teruja nak balik beraya di kampung suami. Kuala Kangsar sangat unik di mata dan dekat di hati saya (giteww tagline!!). Raya kali ini, pertama kali saya dan ipar duai berpeluang menyediakan ketupat palas. Terror jugaklah walaupun masing2 macam cuak takut tak menjadi. Mak Zainah pun sakan siap request anak-anak buatkan lemang. Perghhh terbaeklah!!. Pertama kali jugak saya dapat teman Mak Zainah bersembahyang raya. Dapat jugak saya berkenalan dengan kengkawan Mak Zainah. Kebetulan harijadi Pak Din jatuh pada hari raya pertama...kami anak beranak sepakat buat surprise party untuk ayah. Tersengeh-renyeh Pak Din celebrate besday siap main suap2 kek dengan Mak Zainah giteww. Ahahaha!!. Nostalgia betul. Semoga Allah SWT kurniakan ayah dan mak kesihatan yang baik, umur yang panjang dan dimurahkan rezeki dengan kehadiran cucu yang semakin bertambah. Tahun ini jugak Farzana dah mula belajar puasa. Alhamdulillah anak babah ni kuat orangnya. Baru 6 tahun tapi semangatnya nak berpuasa penuh dah macam budak besar. 2 hari je ponteng puasa. Itupun sebab dia demam. Gud job Farzana!!
Thank you Allah for your blessing.
Thank you Allah for your blessing.
Profile pic kami |
Raya weh Raya!! |
Mak2 pun sakan nak posing seketul dua |
Gud job Farzana berjaya puasa hampir penuh!! |
Sorang anak babah...sorang lagi anak mak |
Selamat Harijadi Ayah |
ececehhhh |
sepupu sepapat |
keluarga besar kami |
anak buah...Mikael |
ziarah umah kakak ipar...kak nine |
kakak ipar saya nih!! |
kakak dan adik |
kosong-kosong |
homemade ketupat palas |
lemang in progress |
maceh kakak datang beraya ke rumah kami |
beraya rumah TNC Dato' Dollah |
uteh penat layan kehendak anak buah |
Comments
Post a Comment