Ovum Pick Up (OPU)


27 APRIL 2017 (KHAMIS) - OPU

Hari ini saya akan melakukan prosedur OPU atau Ovum Pick Up. Kalau orang lain takut sangat nak jalani prosedur ini tapi berbeza pulak dengan saya yang sangat teruja. Selepas melakukan ujian imbasan telur dengan Dokor Komathy pada minggu lepas…saya memang sangat teruja dan tak sabar-sabar nak buat OPU. Walaupun banyak review negatif dari grup wassap IVF mengatakan proses OPU amat menyakitkan dan meninggalkan kesan trauma kepada pesakit tapi saya tetapkan hati dengan sentiasa berfikiran positif. Ada yang mengatakan pernah terjaga semasa prosedur OPU sedang berlangsung akibat kehabisan sedatif sehingga terpaksa menanggung kesakitan yang melampau. Ye la cuba bayangkan doctor tengah godek-godek ovari kita untuk sedut telur yang matang pastu tup2 kita tersedar. Padahal sebelum tu kita dah diberikan sedatif kerana untuk melakukan prosedur ini, pesakit akan dibius. Haa mau tak meraung!!. Ada jugak yang review lepas selesai prosedur OPU, pesakit mengalami muntah-muntah yang teruk dan sesak nafas sehingga terpaksa dimasukkan ke Emergency. Seriau jugak la dengarkan. Apapun alhamdulillah saya tak mengalami semua itu. OPU saya berjalan dengan lancar dan sangat baik.  Lebih kurang jam 845 pagi saya dibaringkan di atas katil pembedahan. Saya dah mula berserah segala-galanya kepada Allah SWT. Mulut tak henti-henti berzikir. Doktor mula mencari urat tangan saya untuk diberi sedatif. 2 kali doctor terpaksa cocok kat tempat yang berbeza. Adoiii sakit la weh. Kita kurus je kot takkan tu pun susah nak cari urat. Marah ni marah!!. Sebaik sahaja sedatif mula menunjukkan respon, saya mula tidak sedarkan diri. Rasa macam dalam mimpi je terawang-awang. Berbeza dengan ubat bius masa saya buat prosedur buang fibroid dulu. Sekali cocok je terus fade to black tak ingat apa. Sepanjang prosedur tu saya boleh mendengar dan rasa apa yang berlaku disekeliling saya. Mata je terpejam rapat macam berat nak bukak. Saya ingat lagi boleh dengar bilik pembedahan tu bising macam pasar pagi. Suara doctor K jerit “I got one egg already!!”. Pastu nurse pulak sambut “one egg coming!!”. Haa kelakor kot macam staff McD bz buat keje kat kaunter pulak rasanya. Prosedur harvest telur matang tamat lebih kurang jam 930 pagi. Sedar2 je saya dah ada di katil wad. Doktor bius panggil2 nama saya. Kita cuma mampu angkat jari tunjuk ok je sebab mata tu berat sangat nak bukak. Bestnya lalok!!. Setelah sedar dari kesan sedatif…doctor K menerangkan kepada kami bahawa mereka berjaya harvest 7 biji telur yang matang. Alhamdulillah. Dari 7 telur tersebut, embriologist kata hanya 5 sahaja yang betul-betul berkualiti bagus untuk disenyawakan. Saya dan suami optimis dan percaya dengan 5 biji telor tersebut. Maka bermula la episod penantian suatu penyiksaan bagi saya dan suami. Kami perlu menunggu selama satu hari untuk menunggu result samada 5 biji telur yang disenyawakan itu berjaya atau tidak untuk bertahan dan bercambah. Tak senang duduk saya satu hari Jumaat tu. Kejap-kejap tengok tepon takut termiss panggilan dari klinik. Akhirnya lebih kurang jam 11 pagi saya mendapat panggilan dari klinik LPPKN. Nurse memaklumkan hanya 2 sahaja telur yang berjaya disenyawakan out of 5. Alhamdulillah. Walaupun hanya 2 kami rasa sangat lega dan bersyukur. Kami masih menaruh harapan tinggi pada 2 telur yang berjaya itu. Dok K buat keputusan untuk implan 2 telur tersebut pada hari ahad (Day-3 Transfer). So Ahad nii kami akan lalui prosedur ET (Embrio Transfer) pulak. Tak sabarnya dan wish me luck!!

Ini adalah serba ringkas apa yang berlaku di dalam makmal IVF sebaik sahaja telur berjaya disedut keluar :

1)    Sebaik sahaja ovum isteri disedut keluar melalui prosedur OPU, ovum isteri dan sperma suami akan terus disenyawakan di dalam tabung uji atau piring petri. Oleh kerana kami terpaksa melalui prosedur ICSI (Intra Cytoplasmatic Sperm Injection), proses persenyawaan dilakukan selepas 4 jam telur disedut keluar. Melalui prosedur ICSI, embriologist akan menggunakan sejenis alat untuk menyuntik masuk sperm suami ke dalam ovum isteri. Oleh sebab hanya 5 biji telur sahaja yang berkualiti baik maka 5 sperm yang paling baik akan disuntik ke dalam setiap satu telur yang matang. Prosedur ini berlainan daripada prosedur IVF di mana ovum dan sperma akan dicantumkan secara semulajadi di dalam tabung uji. Walaupun peratusan persenyawaan adalah lebih tinggi untuk ICSI, kami masih menyerahkan segala-galanya di tangan Allah SWT.


Prosedur ICSI
2)   Setelah persenyawaan berlaku, embriologist akan terus memantau keadaan embrio. Saat ini paling kritikal kerana menurut embriologist saya, sel-sel embrio perlu berpecah untuk memastikan persenyawaan itu berjaya. Rasa cuak jugak bila embriologist mintak kami berdoa bersungguh-sungguh supaya persenyawaan itu berjaya. Sekiranya persenyawaan berjaya, 2 pronuclei akan dapat dilihat. Secara saitifiknya, satu pronuclei mengandungi bahan genetik ibu...manakala pronuclei yang satu lagi mengandungi genetik babah. Gabungan 2 pronuclei ini akan membentuk embrio yang lengkap atau dengan bahasa mudahnya inilah asas kepada pembentukan anak kami berdua. MasyaAllah besarnya kuasa Allah SWT. Baby F...ingat tau. Takde babah dengan ibu...tak lahir la awak kat dunia ni tau. Hehehe!!


Pronuclei
3)    Kemudian bermula la episod mengeram telur-telur yang berjaya disenyawakan di dalam mesin inkubator. Lagi sekali...secara saintifiknya inkubator ini mengandungi persekitaran yang menyerupai rahim ibu di mana kandungan kandungan karbon dioksida, oksigen dan nutrien berada pada tahap pH yang bersesuaian agar embrio dapat membesar dengan sihat dan sempurna. Nampak tak betapa canggihnya teknologi rawatan IVF nii. Sebab itu kos nak membuatnya pun mahal!!. (p/s: Ibu nak claim balik RM10K dari baby F esok2. Hahaha!!)


Rumah pertama anak ibu...dalam Mesin Inkubator
4)  Menurut embriologist saya, oleh kerana doctor K memutuskan untuk melakukan ET pada Day 3 Transfer, maka embrio kami sepatutnya dalam keadaan sel berpecah kepada 8-12 sel. Lagi sekali, dia meminta kami berdoa agar sel embrio berpecah dengan baik mengikut hari yang telah ditetapkan. Apapun saya amat berterima kasih kepada pakar embriologist saya kerana telah menjaga embabbies saya dengan baik. Jujur saya sangat mengagumi kerjaya beliau sebagai seorang embriologist!!


Embrio Day 3



Comments

  1. Assalam... Sy br 4 hari lps OPU di hukm. Alhamdulillah... Dpt 10 telur n harini doktor bgtau 2 telur bjaya disenyawakan. Alhamdulillah juga... Mohon puan kongsi jarak antara OPU dan FET yg puan jalani? Berapa lama embrio disimpan sblum FET ye!? Tunggu bpe lama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. OPU dan FET saya tak jauh sebab saya buat FET on day 3 selepas OPU. Da[at collect banyak jugak tapi last2 2 bijik je yang berjaya survived. Alhamdulillah dapat la jugak seketul anak.

      Delete
  2. Slm sis. Sy pun aritu masa opu dpt 13 biji telur. Dp senyawa 7 biji. Tp yg aktif 3 ja. Seminggu lpas opu Dr terus decide nak ET terus.. Dpt 3 ja yg ET tu. Sy berharap sgt ketiga2 menjadi.. Sy dah ada anak sorang dah 10 tahun. Yg tu normal belaka. Pastu ektopik, buang selbelah,pastu abortion sekali last Dr ckp yg sebelah lagi tu block. Terpaksa buat IVF. Kuasa Allah.. Hrp ketiga2 dpt menjadi. Berdebar tunggu 30hb 4 ni result

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry lambat reply. So how. Berjaya tak ivf u. Anak ivf saya dah umur 2 tahun pun tahun ni. Alhamdulillah.

      Delete
  3. Hari ni hari ke 10 transfer embrio.. Tetiba kluar cecair coklat cmpur darah.. Ia mmg perkara biasa or perkara yang x ptt brlaku?

    ReplyDelete
  4. Hello...sy bru lps opu smlm...dpt 6 tlur..tp ada 4 yang matang..tp ptg td dktr col sy mengatakan tlur mcm x bersenyawa..apa kah pada hr k 3-6 akan ada peningkatan y baij..atau mcm mn..sy kcwa

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Embrio Transfer (ET)

My Journey to Baby Dust