We've hoped and we've prayed. And now we're excited to say that our little miracle is on the way!!
12 Mei 2017 (12dp3dt) - Embrio d15
Seawal jam 5 pagi saya bangun dari tido dengan penuh semangat. Usai je solat tahajut...terus tak dan-dan buat ujian UPT. Hati berdebar-debar. Deep down memang berharap sangat 2 line tu muncul. Tapi mental dah di set supaya jangan terlalu mengharap. Arghhh tak suka dengan perasaan ini. Bukannya tak biasa tengok ujian UPT fail tiap-tiap bulan selama bertahun tapi mungkin sebab kali ni expectation kami tinggi so nervous dia lain macam sikit. Lama jugak berteleku dalam toilet cari kekuatan nak buat ujian UPT. Dah la encik suami jauh kat Shah Alam tuh. Huhuhu nangis sensorang la jawabnya kalau keputusan negatif. Setengah jam dalam toilet akhirnya baru berani nak buat ujian UPT. Fuhh kiri fuhh kanan...dengan lafaz bismillah sambil jari terketar-ketar akhirnya tercelup jugak testing strip tuh. Nak gugur jantung bila tengok urine tu bergerak. Siap pejam mata sebelah lagi acah-acah takut. Akhirnya.....
Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.
Akhirnya Allah SWT mendengar jugak rintihan hati kami. Nak nangis...nak lompat bintang semua ada. Rasa macam nak terbang balik Shah Alam masa tu jugak. Allah...tak tau camana nak gambarkan perasaan gembira tak terkata. Hilang semua sakit penat lelah selama perjuangan menentang infertility. Yess!!. i beat inferterlity. Saya mengandung jugak akhirnya setelah hampir 13 tahun mencuba dengan alasan 'Unexplain Fertitlity'. Terima kasih Ya Allah. So snap picture UPT dengan harapan nak surprisekan encik asben sempena birthday dia pada 16 Mei 2017 nih. "Happy Birthday Abang...nah hadiah dari sayang untuk abang tapi bulan Januari 2018 baru boleh bukak hadiah ni ye!!" Gitu la lebih kurang ayat bunga-bunga cinta kita bagi kat suami dan suami kau pun jawab "Alhamdulillah". Haa tu je dia jawab ye!! Sabor je la!!. On 15/5/2017 kami perlu ke LPPKN untuk membuat ujian beta (BHCG) bagi memastikan samada saya benar-benar preggy atau tidak. Kita dah excited nih tapi doctor suka acah perasaan kita tau. Katanya kena datang balik untuk 2nd BHCG pada 18/5/2017. Eiii geramnya. Kan senang kalau bagitau je result tu terus. Boleh sawan tau nak tunggu 18hb tuh. Sebab tak menahan perasaan so kami ambil keputusan untuk buat ujian UPT sekali lagi. Kali ni beli Clear Blue sebab kata orang result lagi accurate kalau guna brand nih walaupun mahal. Yup result positif and i'm pregnant between 2 - 3 weeks. Yeayyy lompat bintang lagi. Cuma masih lagi menunggu-nunggu ujian beta sebab tak sabar nak tau samada saya preggy singleton atau twinnies. Haa nampak tak ada sedikit perasaan tamak di situ. Hehehe.
Life began to bloom |
Alhamdulillah. Tahniah awak. Saat saya baca ni, awak mesti dalam kandungan 7-8 bulan kan. Saya esok baru kali pertama jumpa DOc Komathy. Doakan saya jugak.
ReplyDeleteSemoga berjaya Norhayati Basri. baby saya dah nak masuk setahun dah pun. Alhamdulillah.
ReplyDelete