Embrio Transfer (ET)
Hari yang ditungggu-tungu akhirnya tiba. Pagi
ini saya akan melalui prosedur ET atau lebih dikenali dengan nama Embrio
Transfer. Segala usaha telah kami lakukan. Sekarang kami letakkan sepenuh
pengharapan kepada Allah yang Maha Satu kerana tiada yang lebih berhak ke atas
sebarang kejadian melainkan Hak Mencipta ‘Kun Fa Ya Kun’. Tipu la kalau tak
rasa berdebarkan. Saya buang perasaan takut itu dengan senantiasa mengingati
Allah dan berfikiran positif. Pagi ini cuma saya je patient yang akan menjalani
ET di LPPKN. Lega rasanya ada privacy sikit. Untuk memastikan prosedur ini
berjaya, saya perlu menahan kencing selama lebih kurang satu jam sebelum
prosedur. Haa ambik kau menggelinjang gelinjut rasanya terpaksa menahan
kencing. Seawal pagi saya dah cek-in di Bilik Bedah Klinik Fertiliti LPPKN.
Saya diminta menukarkan pakaian pesakit dan perlu berehat di wad sementara
nurse, embriologist dan doctor melakukan persediaan. Sepanjang tempoh menunggu,
saya dan suami penuhi masa kami dengan membaca surah Yasin. Sebelum tu sempat
call Mak Ani mintak ampun segala dosa. Mana tau asbab lambat dapat anak sebab
banyak dosa dengan mak kan. Hehehe!!. Walaupun mak jauh tapi dia tetap
memberikan sokongan kepada saya. Siap bacakan Yasin lagi semasa saya di dewan
bedah. Terharu betul dengan kasih ibu nih. Jam 830 pagi saya diminta masuk ke
dalam chamber tempat di mana 2
ketul embabies saya dijaga dengan baik. Terima kasih embriologist sebab jaga
babies saya. Bak kata omputih…embriologist ini adalah babysitter pertama anak
kita sebelum dia lahir lagi. Doktor meminta saya melihat melalui mikroskop.
Sebaik sahaja mata saya melihat melalui mikroskop itu…jelas nampak 2 ketul
embabies kami. Allahurabbi terkedu sesaat. Rupa mereka sangat bulat dan
bercahaya seperti bulan mengambang penuh. Dalam bulatan telur iu saya nampak
ada 8 pecahan sel yang berkembang dengan elok. Saya pandang doktor Komathy and
she says “that’s your babies. Say hi to them!!”. Saya betul-betul speechless.
Saya pandang balik anak-anak saya dan bagi salam pada mereka berdua. Saya
sempat cakap ibu tak sabar nak jumpa anak-anak ibu nanti. Semoga membesar
dengan baik ye!!. Jauh dalam hati saya mengakui betapa besarnya kekuasaan Allah
menciptakan manusia dan betapa hebatnya akal manusia yang diberikan Allah SWT
sehingga mampu mencari jalan untuk membantu golongan-golongan seperti kami ni mendapat zuriat.
Bayangkan dengan kecanggihan sains dan teknologi, mereka mampu merealisasikan
impian pasangan yang ingin mempunyai cahayamata. Terima kasih team doctor
Komathy. Jasa kalian akan saya kenang sepanjang hayat. Prosedur ET berlangsung
dalam keadaan saya sedar tanpa diberikan bius. Nebes woii tapi bila terbayang
rupa embabies 2 ketul tu terus hilang rasa takut. Sebaik sahaja saya
dibaringkan, Doktor K menerangkan serba sedikit tentang bagaimana proses ET ini
akan berlaku. Melalui penerangan, beliau menunjukkan bentuk rahim saya di
screen monitor dan bagaimana embabies saya akan dimasukkan dengan menggunakan
satu caterer yang disuntik terus ke dalam uterus ibu.
Alhamdulillah prosedur berlangsung dengan
baik. Yang peliknya langsung tak rasa sakit. Rasa geli lagi ada la sampai saya
sempat tergelak. Kekadang je dada saya berombak kuat mungkin akibat rasa
berdebar yang amat. Paling menakjubkan dan buat hati saya terdetik adalah apabila terlihat satu lintasan cahaya yang laju di screen monitor semasa Doc K meletakkan embabies saya di dalam rahim. I was like "Eh...apa tu Doc. Apa yang bercahaya saya nampak tu Doc??". Doc K diam je. Maybe dia tengah fokus kot so dia malas nak layan soaklan saya. Cett!!. Sepanjang prosedur dilakukan mulut ni tak henti-henti berzikir
kepada Allah SWT semoga rawatan IVF ini berjaya. Selepas selesai prosedur ET...saya diminta berehat dan berbaring di katil wad untuk 3 jam berikutnya. Encik asben kelihatan tenang je sepanjang prosedur berlansung tapi saya tahu deep down...dia pun berdebar dan mengharapkan agar prosedur ini berjaya. Sayu pulak hati ni bila pandang muka encik suami. Takpe la abang...kita dah berusaha sejauh ini. Selebihnya kita berserah pada Yang Berkuasa. Apapun untuk pengetahuan...SOP bayi tabung uji di Malaysia membenarkan hanya maksimum 2 @ 3 good
quality embryos dimasukkan ke dalam rahim ibu. Ini bagi mengelakkan kehamilan
kembar yang berisiko terhadap ibu dan bayi. Sekiranya banyak telur yang berjaya
disedut, maka lebihan telur akan dibekukan (frozen) dan hanya disenyawakan bila
ibu dan bapa bersedia untuk melakukan lagi IVF. Hebatkan!!
Berikut saya share sikit tips penjagaan yang saya lakukan selepas prosedur ET (2 weeks wait) :
1) Selepas prosedur ET...maka bermula la tempoh penantian yang paling lama pernah berlaku dalam hidup setiap orang wanita yang melalui IVF. Tempoh menunggu ini dipanggil 2 weeks wait (2ww). Sebaik sahaja Doktor membenarkan kami pulang ke rumah...maka kami pun bersiap2 la nak balik. Asben sentiasa mengingatkan diri saya agar tidak berjalan terlalu laju. Dengan kata lain dia selalu pesan supaya saya berhati-hati. Jangan sampai tersadung atau terjatuh terpeleot. Bahaya sebab boleh menjejaskan embabies yang baru je belajar nak menempel kat rahim saya tu. Nak berjalan ke kereta pun encik asben tak benarkan. Sanggup dia minta saya tunggu di luar lobi sementara asben pegi ambil kereta. Dalam kereta...seat saya dah dialas dengan beberapa buah bantal kecil untuk memastikan saya selesa. Kerusi kereta tidak dijatuhkan sepenuhnya. Memadai direcline 120 degree. Nasihat saya jangan dibaringkan terus seat kereta tu sebab tak bagus untuk posture badan kita yang baru lepas buat pemindahan embabies. Sepanjang perjalanan...kalau boleh rancang perjalanan anda. Pilih perjalanan yang paling dekat dan selesa. Elakkan tempuh jalan yang jem dan mempunyai permukaan yang tidak rata. Seboleh-bolehnya kita nak elak berlaku sebarang hentakan semasa dalam perjalanan.
2) Sampai sahaja di rumah...kita hendaklah berehat selama 24-48 jam selepas ET. Disebabkan rumah saya adalah sejenis double storey house...maka saya tawakkal je masa nak panjat tangga tu. Sebenarnya...seelok-eleoknya elakkan penggunaan tangga. Doktor pun dah pesan banyak kali. Tapi sebab saya dah buat keputusan untuk terus berehat di dalam bilik tidor utama kami sepanjang 2ww...maka terpaksa la jugak. Siput babi pun lagi laju kot berjalan dari saya masa nak naik tangga tu. Hehehe. Kalau ikutkan boleh je nak berehat di ruang tamu tapi bila mengenangkan 2 ekor budak bulus yang super over excited kat rumah tu maka terpaksa la berkorban lepak je dalam bilik tidor. Mujor asben dah siapkan TV dan segala dvd untuk saya tonton sepanjang 2ww tu so takde la boring sangat. Kesian encik asben. Tiap-tiap hari dia terpaksa berkejaran balik time lunch hour untuk bagi saya makan. Breakfast dan lunch pun dia jugak yang siapkan. Mak goyang kaki je bedrest atas katil. Hehehe. Sebab kesiankan asben...saya mengambil keputusan untuk sambung rehat di kampong bersama Mak Ani. Kalau kat kampong lagi aman tenteram tak payah pikir umah tak vakum lagi...lantai tak mop lagi...kucing dah makan ke belum...baju tak bersidai lagi. Eh macam-macam la nak kena pikir. No...no...no. Stress is not good ye sepanjang 2ww tu.
3) Sepanjang 2ww tu jugak...doktor menasihatkan kami suami isteri agar berpantang dari melakukan hubungan intim sehinggalah keputusan IVF diketahui. Senyum kambing je la ye masing-masing. Hehehe. Actually...kami kena berpantang sampai la kandungan masuk usia 4 bulan. Haa lama kau. Kalah orang pantang beranak 100 hari. Nak anak punya pasal...you name it doctor. Kami sanggup buat apa saja!!. Sebenarnya tujuan utama hubungan intim perlu dielakkan untuk satu tempoh yang lama dalam rawatan IVF ini adalah kerana doktor bimbang ransangan akan menyebabkan rahim mengalami kontraksi sehingga menyebabkan embrio tidak berjaya menempel ataupun boleh menyebabkan keguguran. Alhamdulillah kami berjaya melalui tempoh yang penuh mencabar ini. Kehkehkeh!!
4) Selain dari itu, amalkan minum air zam-zam ataupun air beralkali seperti air Anugerah. Hasil melalui bacaan blog kengkawan yang pernah melalui rawatan IVF...saya dapati kebaikan air zam-zam ini adalah kerana ia dapat mengalkalikan rahim kita. Untuk memastikan rawatan IVF berjaya...rahim kita tidak boleh berada dalam keadaan berasid. Sebab itu saya memang elak minum air mineral. Berbalang-balang jugak la air zam-zam asben beli untuk bekalan saya di kampong. Sila minum air dengan banyak ye. Ulang alik pegi toilet pun takpe sebab eleman air tu memang baik untuk meningkatkan peratus kejayaan IVF. Kalau boleh minum air kosong sekurang-kurangnya 2L sehari. Air kafein seperti teh dan kopi jugak perlu dielakkan semasa 2ww.
5) Untuk pemakanan pula, saya banyak mengambil makanan berbentuk clean soup. Contohnya seperti sup sayur. Elakkan makanan yang berasaskan rempah ratus dan bersifat masam. Contohnya seperti kari dan tomyam. Lebihkan pengambilan ikan dan ayam. Ikan pula amik yang mempunyai isi berwarna putih sahaja. Kurangkan daging kerana daging lebih bersifat asid. Banyakkan pengambilan protein, makanan berserat, kekacang dan sayur-sayuran hijau. Seelok-eloknya kita jaga pemakanan seolah-olah kita telah pun kompom mengandung. Setiap pagi selepas subuh terus minum air kosong ataupun susu. Kena alas perut jangan sampai berlapar sebab embabies masih lagi belum menempel dengan baik. Jadi pada waktu ini mereka memang memerlukan nutrisi yang baik dari ibu untuk terus membesar. Sepanjang tempoh 2ww...buah nenas, tembikai, pisang dan betik harus dielakkan sama sekali kerana kandungan buah-buahan tersebut boleh menyebabkan rahim menjadi lembut dan berlakunya kontraksi. Keadaan ini tidak bagus untuk penempelan embabies. Malah buah delima juga terpaksa saya stop dulu pengambilannya sepanjang 2ww kerana melalui pembacaan blog, kandungan protein buah tersebut turut boleh menyebabkan berlaku kontraksi terhadap rahim. Kalau boring rasa nak mengunyah...seeloknya makan kurma dan kekacang seperti pistachio, raisin dan almond. Buah-buahan kering ini didapati sangat bagus untuk pertumbuhan embabies.
6) Jangan sesekali skip pengambilan ubat yang telah dibekalkan oleh doktor selepas ET. Doktor Komathy telah membekalkan saya asid folic, crinone dan juga duphastone untuk menguatkan rahim. Hari-hari kena makan ubat mengikut jadual yang telah ditetapkan. Antara faktor yang menyebabkan rawatan IVF saya berjaya mungkin akibat pengambilan ubat-ubat tersebut. Stop dulu sebarang pengambilan supplement yang kita consume sebelum rawatan IVF.
7) Last but not least...sebagai umat Islam...sewajarnya kita percaya bahawa rezeki itu terletak di tangan Allah SWT. Saya memang mengamalkan solat tahajud setiap hari sebelum solat subuh. Di saat orang lain masih tido tu...tadah tangan dan berdoalah sesungguh hati memohon kepada Allah SWT agar memakbulkan doa kita. Menangis la kalau perlu sebab Allah suka pada hambaNya yang meminta. Setiap kali selesai solat wajib...paksa diri buat solat hajat. Minta dan terus meminta tanpa jemu. Kalau ada masa baca surah Yasin setiap hari. Amalkan juga solat dhuha agar Allah SWT memurahkan rezeki zuriat kepada kita suami isteri. Kalau tengah dok mengelamun atas katil tu sambil berangan kau akan dapat anak boy ke girl...anak kembar ke...ringankan lidah kita untuk berselawat dan berzikir sambil gosok perut. Niatkan dalam hati agar rahim kita kuat untuk menerima embabies yang bakal menempel tuu. Jangan lupa berdoa kalau tetiba hari tu hujan turun dengan lebat atau masa tu azan tengah berkumandang. Senang cerita...sentiasa meminta dengan Allah agar memakbulkan doa kita. Yakin dan percaya dengan ketentuanNya.
Berikut saya share sikit tips penjagaan yang saya lakukan selepas prosedur ET (2 weeks wait) :
1) Selepas prosedur ET...maka bermula la tempoh penantian yang paling lama pernah berlaku dalam hidup setiap orang wanita yang melalui IVF. Tempoh menunggu ini dipanggil 2 weeks wait (2ww). Sebaik sahaja Doktor membenarkan kami pulang ke rumah...maka kami pun bersiap2 la nak balik. Asben sentiasa mengingatkan diri saya agar tidak berjalan terlalu laju. Dengan kata lain dia selalu pesan supaya saya berhati-hati. Jangan sampai tersadung atau terjatuh terpeleot. Bahaya sebab boleh menjejaskan embabies yang baru je belajar nak menempel kat rahim saya tu. Nak berjalan ke kereta pun encik asben tak benarkan. Sanggup dia minta saya tunggu di luar lobi sementara asben pegi ambil kereta. Dalam kereta...seat saya dah dialas dengan beberapa buah bantal kecil untuk memastikan saya selesa. Kerusi kereta tidak dijatuhkan sepenuhnya. Memadai direcline 120 degree. Nasihat saya jangan dibaringkan terus seat kereta tu sebab tak bagus untuk posture badan kita yang baru lepas buat pemindahan embabies. Sepanjang perjalanan...kalau boleh rancang perjalanan anda. Pilih perjalanan yang paling dekat dan selesa. Elakkan tempuh jalan yang jem dan mempunyai permukaan yang tidak rata. Seboleh-bolehnya kita nak elak berlaku sebarang hentakan semasa dalam perjalanan.
2) Sampai sahaja di rumah...kita hendaklah berehat selama 24-48 jam selepas ET. Disebabkan rumah saya adalah sejenis double storey house...maka saya tawakkal je masa nak panjat tangga tu. Sebenarnya...seelok-eleoknya elakkan penggunaan tangga. Doktor pun dah pesan banyak kali. Tapi sebab saya dah buat keputusan untuk terus berehat di dalam bilik tidor utama kami sepanjang 2ww...maka terpaksa la jugak. Siput babi pun lagi laju kot berjalan dari saya masa nak naik tangga tu. Hehehe. Kalau ikutkan boleh je nak berehat di ruang tamu tapi bila mengenangkan 2 ekor budak bulus yang super over excited kat rumah tu maka terpaksa la berkorban lepak je dalam bilik tidor. Mujor asben dah siapkan TV dan segala dvd untuk saya tonton sepanjang 2ww tu so takde la boring sangat. Kesian encik asben. Tiap-tiap hari dia terpaksa berkejaran balik time lunch hour untuk bagi saya makan. Breakfast dan lunch pun dia jugak yang siapkan. Mak goyang kaki je bedrest atas katil. Hehehe. Sebab kesiankan asben...saya mengambil keputusan untuk sambung rehat di kampong bersama Mak Ani. Kalau kat kampong lagi aman tenteram tak payah pikir umah tak vakum lagi...lantai tak mop lagi...kucing dah makan ke belum...baju tak bersidai lagi. Eh macam-macam la nak kena pikir. No...no...no. Stress is not good ye sepanjang 2ww tu.
3) Sepanjang 2ww tu jugak...doktor menasihatkan kami suami isteri agar berpantang dari melakukan hubungan intim sehinggalah keputusan IVF diketahui. Senyum kambing je la ye masing-masing. Hehehe. Actually...kami kena berpantang sampai la kandungan masuk usia 4 bulan. Haa lama kau. Kalah orang pantang beranak 100 hari. Nak anak punya pasal...you name it doctor. Kami sanggup buat apa saja!!. Sebenarnya tujuan utama hubungan intim perlu dielakkan untuk satu tempoh yang lama dalam rawatan IVF ini adalah kerana doktor bimbang ransangan akan menyebabkan rahim mengalami kontraksi sehingga menyebabkan embrio tidak berjaya menempel ataupun boleh menyebabkan keguguran. Alhamdulillah kami berjaya melalui tempoh yang penuh mencabar ini. Kehkehkeh!!
4) Selain dari itu, amalkan minum air zam-zam ataupun air beralkali seperti air Anugerah. Hasil melalui bacaan blog kengkawan yang pernah melalui rawatan IVF...saya dapati kebaikan air zam-zam ini adalah kerana ia dapat mengalkalikan rahim kita. Untuk memastikan rawatan IVF berjaya...rahim kita tidak boleh berada dalam keadaan berasid. Sebab itu saya memang elak minum air mineral. Berbalang-balang jugak la air zam-zam asben beli untuk bekalan saya di kampong. Sila minum air dengan banyak ye. Ulang alik pegi toilet pun takpe sebab eleman air tu memang baik untuk meningkatkan peratus kejayaan IVF. Kalau boleh minum air kosong sekurang-kurangnya 2L sehari. Air kafein seperti teh dan kopi jugak perlu dielakkan semasa 2ww.
5) Untuk pemakanan pula, saya banyak mengambil makanan berbentuk clean soup. Contohnya seperti sup sayur. Elakkan makanan yang berasaskan rempah ratus dan bersifat masam. Contohnya seperti kari dan tomyam. Lebihkan pengambilan ikan dan ayam. Ikan pula amik yang mempunyai isi berwarna putih sahaja. Kurangkan daging kerana daging lebih bersifat asid. Banyakkan pengambilan protein, makanan berserat, kekacang dan sayur-sayuran hijau. Seelok-eloknya kita jaga pemakanan seolah-olah kita telah pun kompom mengandung. Setiap pagi selepas subuh terus minum air kosong ataupun susu. Kena alas perut jangan sampai berlapar sebab embabies masih lagi belum menempel dengan baik. Jadi pada waktu ini mereka memang memerlukan nutrisi yang baik dari ibu untuk terus membesar. Sepanjang tempoh 2ww...buah nenas, tembikai, pisang dan betik harus dielakkan sama sekali kerana kandungan buah-buahan tersebut boleh menyebabkan rahim menjadi lembut dan berlakunya kontraksi. Keadaan ini tidak bagus untuk penempelan embabies. Malah buah delima juga terpaksa saya stop dulu pengambilannya sepanjang 2ww kerana melalui pembacaan blog, kandungan protein buah tersebut turut boleh menyebabkan berlaku kontraksi terhadap rahim. Kalau boring rasa nak mengunyah...seeloknya makan kurma dan kekacang seperti pistachio, raisin dan almond. Buah-buahan kering ini didapati sangat bagus untuk pertumbuhan embabies.
6) Jangan sesekali skip pengambilan ubat yang telah dibekalkan oleh doktor selepas ET. Doktor Komathy telah membekalkan saya asid folic, crinone dan juga duphastone untuk menguatkan rahim. Hari-hari kena makan ubat mengikut jadual yang telah ditetapkan. Antara faktor yang menyebabkan rawatan IVF saya berjaya mungkin akibat pengambilan ubat-ubat tersebut. Stop dulu sebarang pengambilan supplement yang kita consume sebelum rawatan IVF.
Crinone |
Duphastone |
Assalamualaikum..bole sy tnye ad ape2 symptoms x dlm mse 2 mggu lepas fet cm cramps ke.utk solat mmg solat cm biase ke atau solat dduk.
ReplyDeleteAda rasa cramp dan sakit pinggang mcm nk period. Bleeding sikit.
DeleteAda kluar darah x hari ke 10 sis
ReplyDeleteAssalamualaikum... Boleh Saya tahu doa apa ni... Nak carik di YouTube.. Mekasih
ReplyDelete