ROAD TO TOKYO, JAPAN - DAY 1

"AUTUMN FOR KOYO - WATCHING THE AUTUMN LEAVES"


Sumida River Cruise
Ohaiyou Gozaimasu ~ Selamat Pagi

Setahun punya plan...akhirnya tiba jugak masa yang ditunggu-tunggu oleh kami sekeluarga. Bermula dari hari pertama hubby beli tiket flight AA, sejak dari hari tu sis gigih menyiapkan itinerary, buat bajet, study pakaian yang yang sesuai dengan suhu serta buat research berkenaan route dan juga pengangkutan di Tokyo, Jepun. ITI Jepun ni memang totally sis buat dari scratch. Nasib baik joined group 'Road To Japan'. Banyak info dan ilmu sis dapat menerusi pengalaman team member RTJ yang pernah ke Jepun. Selain dari tu...Pinterest dan blog2 pun banyak membantu memudahkan perjalanan kami. Almaklumlah...kami suami isteri kalau bercuti ke oversea tak pernah amik travel agent. Kami lagi suka backpack. Bak kata Tok RTJ 'Plan sendiri...bajet sendiri...pergi sendiri. Barulah kesilapan dipanggil kenangan'.








1 Nov 2019 (Jumaat)
Perjalanan kami ke Tokyo, Jepun dengan menaiki Air Asia dijadualkan berlepas pada jam 1440 hrs (2:40PM). Seawal jam 10.30 pagi lagi kami telah menuju ke Lapangan Terbang KLIA2. A big thanks to adik ipar sis aka Pak Uteh kesayangan Nael sebab sanggup hantar kami sekeluarga ke airport. Walaupun keluar rumah agak awal...nasib kami agak tak baik sebab tersangkut dalam kesesakan jalanraya. Kebetulan ada Moto GP Qualifying di Sepang...habis jalan jem. Huru hara jugak sebab kami tiba di KLIA 2 jam 11.45 pagi. 


Maceh Poiteh hantar Nael ke KLIA2
Sampai je di airport, encik hubby terus wrap luggage sebelum check in. Memandangkan trip kali ini ada Nael...maka luggage pun bertambah. 2 luggage besar kami bawak ke Jepun dengan total sebanyak 55kg (30kg + 25kg). Bila timbang je rupa-rupanya berat luggage kami hanya sekitar 16 - 17kg sahaja. Rugi je bayar mahal2 kat AA untuk berat beg. Lesson learned. Next time amik je 25kg maksimum untuk setiap satu luggage. Setel urusan check in luggage...encik hubby terus bawak kami ke Family Mart borong roti Gardenia dan makanan untuk bekalan anak-anak. Travel dengan anak-anak ni...bekalan makanan kudap kena ada. Lagi-lagi si Nael tu. Kompom buat perangai dalam kapal terbang nanti. Ibu is nervous!!. 


Kami dah ready to go!!
Masa ni bateri dia masih lagi penuh!!

Tido sebab penat sangat
main dalam kapal terbang
Penerbangan kami berlepas lewat 15 minit dari jadual asal. Dalam flight, kami diberikan borang daftar imigresen dan borang pengisytiharan kastam. Isi siap2 untuk memudahkan urusan. Dalam Borang Kastam, kami declare siap2 bahawa kami membawa makanan yang berasaskan daging dan ayam halal (Brahim food pack). Untuk pengetahuan semua, makanan berasaskan daging/ayam adalah dilarang sama sekali untuk memasuki Jepun. Anda boleh dikenakan denda yang tinggi sekiranya ditangkap melanggar peraturan yang telah ditetapkan. So jangan main2. Nak elak masalah...declare sahaja. Kalau kata kena tahan dan bekalan makanan dirampas...senyum je jangan membantah. Anggap je anda tidak bernasib baik sebab ada sesetengah orang bernasib baik dilepaskan macam tu aje. Hehehe kami le tuh. Alhamdulillah. Perjalanan dari KL ke Tokyo memakan masa selama 8 jam. Orang lain seronok layan mata tidur tapi kami suami isteri tak dapat nak lelap mata sangat sebab Nael. Budak kecik tu terlebih seronok sebab first time dapat naik kapal terbang. Ke depan ke belakang dia main lari-lari. Udah la laluan antara penumpang flight AA tu sempit. Jenuh ibu terpaksa mintak maaf dengan semua orang. Nasib baik ada 3 kerusi kosong di Hot Seat. Dengan muka kering ibu letak je Nael kat situ main-main. Again...lesson learned. Kalau ada anak kecik bawah 2 tahun sila la beli Hot Seat. Hot Seat ni selalunya terletak di bahagian hadapan sekali dan ada ruang kaki yang lebih luas untuk anak kecik bermain. Nael oh Nael. Terlebih aktif awak ni tau!! Lebih kurang jam 10.30 malam (Jepun awal sejam dari Malaysia - 9.30 malam)...akhirnya kami tiba di Haneda Airport. Alhamdulillah seronok tak terkata bila kaki jejak je tanah Jepun. Tanpa buang masa kami bergegas ke ruangan daftar masuk imigresen. Ramainya manusia weh. Berlapis-lapis barisan 'S kecik' tapi disebabkan negara Jepun ni sangat sistematik....urusan imigresen pun cepat dan mudah. Alhamdulillah bekalan Pak Brahim pun tak kena rampas. Hubby cuma cakap halal food for family and baby...senyum paling manis dia bagi dan greet sikit sebagai tanda mesra maka lepas la kami anak-beranak untuk masuk Jepun. Yeayyyyy bak kata Nael!! Usai selesai urusan pelepasan, kami terus bergegas mencari Airport Transfer Cherry Tomato yang kami beli pakej dari HIS di Matta Fair. Memandangkan kami tiba lewat malam...luggage pun banyak...ditambah belum familiar lagi dengan public transport di Tokyo...maka keputusan untuk amik pakej Airport Transfer adalah tepat. Actually di Haneda Airport memang telah disediakan satu ruang untuk pelancong beristirehat sekiranya mereka tiba lewat malam tapi suami kita prihatin dengan kebajikan isteri dan anak2. Takkan nak tido ala2 gelandangan di airport pulak. Kesiankan wife nak bertudung lama2 katanya. Nael pulak masih menyusu badan so aurat isteri nak kena jaga jugak. Pejam mata je la bayar Airport Transfer tu kan. Thanks hubbs!! Airport transfer kami datang dengan menaiki MPV. Selain kami ada beberapa orang penumpang lain yang turut sama. Sebaik sahaja MPV bergerak...maka bermula la episod perjalanan kami sekeluarga di bandaraya Tokyo. My first impression is 'Hergh. Tokyo macam KL je ke. Hekelehhhh!!'. Mana taknya. Benda pertama sis nampak kat tepi jalanraya derang adalah rumput lalang yang panjang terbiar sama sebijik macam lalang kat tepi highway kita. Serius rasa macam kat KL lagi. Selama ni kita sering membayangkan bandaraya Tokyo sangat bersih dan high end. So bila nampak lalang tu terus rasa meleset. Hahaha. Lebih kurang 15 minit perjalanan...baru la Bandaraya Tokyo mula menunjukkan wajahnya yang sebenar. Walaupun berstatus bandaraya tapi rasa tenang je melihat bangunan-bangunan yang ada. Lampu pun takde la neon sangat macam kat KL tuh. Tak nampak pulak kelibat manusia berkeliaran. Eh kemana manusia-manusia kota metropolitan ni pergi. Awal bebenor komer tidor ye!!. Kami tiba di Asakusa Apartment agak lewat dalam jam 12 malam memandangkan driver menghantar penumpang lain terlebih dahulu. Masa ni la bermulanya episod cerita mimpi ngeri kami anak beranak. Jeng...jeng...jeng...Bermula dengan insiden sesat  sampaikan 2 kali driver pusing tempat yang sama sebab tak jumpa penginapan kami. Sis boleh senyum lagi sebab anak2 dah tido. Baik derang tido daripada derang berjaga. Huru hara hidup sis kalau deme bangun nak2 si kecik tu. Akhirnya setelah puas pusing jumpa jugak dengan Asakusa Apartment tuh. OK lega boleh turunkan semua luggage. Tazzabar nak check in bilik sebab penat jet-lag. Bilik kami di bahagian atas so kena menapak naik tangga Jepun yang mencanak amat tu. Menurut encik suami...dia dah maklumkan pada tuan rumah yang kami akan tiba agak lewat. Ok la sis boleh senyum lagi sebab asben bagitau tuan rumah dah terima information tersebut. Tiba-tiba!! Encik asben turun gelabah ayam bagitau yang pintu bilik berkunci dengan padlock. Ahh sudah. Acaner nak masuk bilik kalau takde kunci. Owner pulak tak pick up phone. Selama ni komunikasi antara suami dan tuan rumah hanya melalui emel sahaja. Setengah jam jugak kami tercongok kat luar rumah. Masa ni sis dah tak mampu senyum. Kalau kat Malaysia memang sis lari cari masjid je. Tapi ni kat Tokyo weh. Jangan buat hal. Ada sis bakor apartment ni karang. Dah la suhu kat luar sejuk bedi sampai ke tulang. Sian anak2 dah kepenatan. Muka suami dah kusut. Kesian ada...nak marah pun ada. Perlahan2 sis tarik nafas hembus nafas. Berfikir dengan tenang cuba cari solusi. Pling idea datang. "Bak sini telefon abang tu sayang nak baca last conversation abang dengan tuan rumah!!". Rupa-rupanya suamiku ting tong!!. Dia tak baca next conversation yang tuan rumah hantar. Dalam tu dah bagi instruction dan information bila nak check in bilik. Tuan rumah dah letak kunci bilik dalam padlock pintu tu. Cuma perlu masukkan no password padlock yang tuan rumah bagi di dalam emel untuk keluarkan kunci bilik. Okeh sis marah tapi sis kontrol lagi sampai kembang kuncup lobang hidung sis. Pojie oh Pojie. Hang buat lawak tak kena masa weh!!. 

Pegi Jepun jangan buat peghak bila jumpa mendealah nih!!
Alhamdulillah akhirnya dapat jugak masuk bilik yang tak besar mana tuh. Kos untuk 8 malam adalah sebanyak 56800 yen (RM2162.86) + 212 yen (RM8) untuk kos cleaning. Antara fasiliti yang disediakan adalah sebuah katil Queen, futon, mini bar, microwave, dapur kecik, utensil, TV, aircond/heater dan vacum. Washing machine, bilik mandi dan bilik termenung terletak di bahagian luar dan sharing basis. Malam tu suhu sangat sejuk. Menggigil-gigil kami tidor. Tak tau pulak rupanya aircond di Jepun ni merangkap heater skali. Keesokannya baru tau fungsi yang sebenarnya. Hahaha bingai. Ok gudnite nak tido kroh krohhhh!!

Oyasumi Nasai - Selamat Malam


Comments

Popular posts from this blog

Ovum Pick Up (OPU)

Embrio Transfer (ET)

My Journey to Baby Dust