ROAD TO TOKYO, JAPAN - DAY 2

Hari2 lalu Komagata-Bashi Bridge nih!!
2 NOVEMBER 2019 
SABTU
ASAKUSA

Oooomanggaihhhh. 6 pagi dah terang-benderang rupanya kat Jepun nih. Bak kata asben...terasa macam kat Sabah la pulak. Patutlah Jepun dikenali sebagai negara Matahari Terbit. Memanchor-manchor cahaya masuk melalui tingkap bilik kami. Memandangkan hari ini adalah hari pertama kami akan memulakan pengembaraan...mak hang punya semangat toksah cerita la. Pagi2 sis dah memekik kat anak-anak paksa bangun tido. Berpisat-pisat mata memasing ye. Baik si kakak...baik si adik. Sejuk sangat sedap melingkar dalam selimut. Bangun sebelum mak kau bertukar jadi hejau!!. Sementara encik suami menyiapkan anak-anak...sis pulun siapkan breakfast untuk mereka. Stok makanan banyak so makan la dulu apa yang ada. Lagipun kami tak tau apa yang bakal kami tempuh untuk hari ni. Sebelum bergerak...kami akan bukak apps Weather dari iphone. Alhamdulillah cuaca hari ini dijangka cerah dengan suhu sekitar 14° - 19° celcius. Boleh tahan sejuk so semua orang diwajibkan memakai baju sejuk masing2. Sebaik sahaja kami keluar dari pintu apartment...perghhh sejuk weh angin Jepun menyapa muka kami. Excited pulak sebab Nael buat muka pelik. Hahaha. Budak kecik ni spesis kulit buaya. Sejuk macamana pun kalau ibu selimutkan dia mesti dia akan tendang balik selimut tu jauh2. So kita tengok berapa lama dia boleh tahan  dengan angin sejuk Jepun. 


Unik betul design besi mainhole di Jepun
Sebelum memulakan perjalanan...dah pesan kat encik suami supaya bukak Google Map untuk check route subway di Tokyo. Destinasi pertama kami pada pagi ini adalah ronda-ronda tempat menarik sekitar Shinjuku District.  Untuk makluman ye...selagi ada apps Google Map dalam telefon anda...InsyaAllah anda takkan tersesat di Bandaraya Tokyo. Punya la efisyen sistem pengangkutan awam mereka. Kagum sis!! AMARAN. Yang efisyen tu sistem pengangkutan awam Jepun ye bukannya asben you. Hahaha gelak dulu. Pagi2 bikin sis meradang dengan Mohd Pojie ni. Dah la insiden malam tadi tak hilang dari ingatan...pagi ni dia buat hal lagi. Memula dia kata belok kanan. Kami pun macam anak ayam follow la ikut kanan. Baru 3 tapak berjalan eh ancik asben kata silap2...belok kiri. Ok fine kita belok kiri. Baru 3 tapak eh silap patah balik jalan tadi. Haa sis terus stop sambil ketap bibir mata kecik. Hangin pulak sis dengan Pojie dan Pakcik Gugel nih. Pakcik Jepun yang jaga lalulintas tempat construction dah pandang2 kami anak beranak. Adoiii Pojie oh Pojie!!. Ikutkan pada ITI yang telah sis sediakan...destinasi pertama Shinjuku District adalah SHINJUKU GYOEN NATIONAL GARDEN

Tetap nak vogue sambil tunggu
train walaupun tengah hangin!!
Menurut Google Map...ada 2 station Subway yang berhampiran dengan kami. Samada melalui Asakusa Station ataupun Kuramae Station. Jarak perjalanan dari Asakusa Apartment ke Subway Station kurang 10 minit berjalan kaki. 10 minit terasa macam lama kan tapi memandangkan hawa Jepun ni sejuk...so berjalan kaki pun takde hal. Ketiak pun tak sempat ketibas. Pakai pulak shades hitam perghhh terus fefeeling tourist mak kau!! Hari ni kami suami isteri memang dah plan nak praktice penggunaan subway di Tokyo. Bagi familiar betul2 sebab lama lagi nak duduk kat Tokyo ni. So ke Shinjuku Gyoen National Garden la kami anak beranak hunting for Maple Leaf sempena musim luruh di Tokyo. Shinjuku Gyoen National Garden ni pada asalnya adalah tapak kediaman Edo untuk Maharaja Naito. Memang cantik dan seluas 145 ekar. Kami tak sempat melawat setiap satu taman so jadi la setakat pusing2 sekejap cuci mata. Nak masuk taman ni kena bayar fees. Tak mahal pun. Kebetulan kat sana masa bulan Nov ada Tokyo Chrysanthemum Flowers Exhibition so dapat la tengok banyak bunga Chrysanthemum sepanjang tepi jalan taman. Masuk je taman ni rasa tenang je sebab ada banyak pokok-pokok besar. Selain padang yang luas dan banyak untuk kita pilih...padang di taman ni tersangatlah bersih. Tak hairan la kalau ramai keluarga Jepun lepak2 santai bersama anak2 di bawah pokok Maple. Rasanya kalau musim bunga sakura kompom lagi lawa nih. Kami pun tak lepaskan peluang bagi anak2 merasa lepak kat taman masa musim autumn. Seronok tengok Nael dan kakak dia main kejar2. Masalahnya anak Jepun lain elok je main dekat dengan mak deme. Sopan beradab je. Anak jantan sis berlari ke hulu ke hilir macam ayam terlepas kandang sambil menjerit sebab seronok sangat. Sampai ketakutan anak2 Jepun tu tengok Nael. Herghh migrain mak hang tau. Dah puas lepak dalam taman tu kami amik keputusan untuk bergerak ke destinasi seterusnya. 
Pintu Utama Shinjuku Gyoen National Garden

Tengok sendiri la muka sapa paling seronok!!
Kali ni sis hunting for NISHI SHINJUKU LOVE STATUE. Menurut kata pakcik Gugel...perjalanan dari Shinjuku Gyoen National Garden ke Love Statue hanya mengambil masa 13 minit perjalanan dengan menaiki subway menggunakan Marunouchi Line. Ok la tak jauh tu tapi ntah kenapa terasa macam jauh pulak menapak. Nael pulak menangis meragam nak nenen. Adoii mana nak cari nursing room nih. Kat subway station pun tak jumpa. Nak lepak kat tepi jalan susukan anak pun masalah sebab kat Jepun ni langsung tak nampak kerusi taman untuk orang awam beristirehat. Sudahnya memang mak kau hejau!!. Kesian Nael menangis sampai tertidur. Sebaik sahaja keluar dari subway...baru perasan kat sini banyak bangunan pencakar langit. Melangut jugak tengkok sis tengok bangunan sekeliling.  Satu lagi sis perasan kat area Shinjuku ni banyak betul replika arca yang pelik2. Hati meronta2 nak bergambar tapi Nael pulak tak bagi kerjasama.  Akhirnya setelah puas berdrama dengan Nael...kami sampai juga ke Nishi Shinjuku Love Statue. Sis ingatkan tempat ni gempak sangat. Rupa-rupanya yang ada hanya seketul replika berbentuk LOVE sampaikan encik hubby pun naik heran dengan sis. Hahaha tampor nak. Alang2 dah sampai so kena la check-in dan bergambar as kenang-kenangan walaupun masa tu Nael dah tido dalam stroller. Sian anak ibu. 
Nishi Shinjuku 'LOVE STATUE'
Next kami punya sasaran adalah SHINJUKU SHOPPING CENTRE (BicQlo, Takashiyama, Don Quijito & Odakyu). List macam banyak tapi kita tengok la mana yang sempat nak masuk. Buat penggemar gadget dan jam G-Shock boleh la survey apa yang patut di kawasan ni. Kami masuk Big Camera Mall. Harga untuk G-Shock not bad. Murah la berbanding dengan harga di Malaysia cuma please bare in mind kalau anda mencari jam tangan G-Shock berstatus Made In Japan...harganya agak keras sikit berbanding model biasa keluaran China, Indonesia atau Thailand. Satu lagi...kalau anda shopping di Jepun...jangan ragu2 akan ketulenan barang tersebut. Jepun tak jual barang tiruan ye. Malah barang2 keluaran Jepun semuanya berkualiti walaupun korang beli kat kedai tepi jalan. Hari pertama jenjalan kami tak shopping sangat pun lagi. Kita survey2 dulu apa yang patut. Hehehe. Selesai cuci mata kami meneruskan perjalanan ke sekitar kawasan Shinjuku & Kabuchiko. Memandangkan Shinjuku terkenal sebagai kawasan yang penuh dengan lampu-lampu neon jadi tak heranlah kalau bandar ini mula hidup bila tiba waktu malam. Lebih kurang Bukit Bintang gitu tapi to me...bandar ini lagi happening dan penuh dengan perkara giler. Antara yang menarik perhatian kami adalah ROBOT RESTAURANT. Pada mulanya kami cuma passby je bangunan Robot Restaurant tu. Tetiba Nael menjerit Omes...nak Omesss. Rupanya dia ternampak replika kepala robot Transformers yang besar kat depan kedai tu. Kebetulan pulak ada couple yang tengah bergambar dengan Transformers tu jadi kami ambil keputusan untuk bergambar sama. Mula2 ingat kena bayar. Rupa-rupanya free. Apalagi kami pun tak lepas peluang snap gambar. Dah nak balik baru perasan tempat tu adalah Robot Restaurant yang femes di Tokyo. Rata-rata pengunjung Mat Salleh suka masuk restaurant ni sebab menurut mereka tempat ini memberikan satu pengalaman yang berbeza berbanding restaurant lain. Sis tak kuasa nak masuk sebab ada anak kecik. Kalau tak teringin jugak. Hehehe. 
Robot Restaurant yang gempak habis!!

Mana nak dapat view macam ni kat KL
Dalam dok seronok berjalan tetiba kami perasan yang hari mulai gelap. Tengok jam baru pukul 430 petang kot. Rupanya Jepun ni cepat malam. So kami amik keputusan untuk sambung lagi sight seeing kawasan sekitar. Saja nak lihat sisi gelap Bandaraya Tokyo di waktu malam. Kat sini jugak depan mata kami dapat lihat lelaki Jepun yang merokok secara terbuka di kawasan awam. Perbuatan merokok secara terbuka di kawasan awam adalah salah dan anda boleh dikenakan denda sekiranya tertangkap. Merokok tu satu hal...eh dia boleh selamba badak je buang puntung rokok tu atas jalan. Mangkuk ayun betul. Selang beberapa blok bangunan, di depan kami tetiba sorang lelaki Jepun membuang tin minuman arak di atas jalan. Teanjat gegel. Encik asben apalagi...terus ajak keluar dari kawasan ni. Tak bagus untuk anak2 tengok katanya. Kami meneruskan lagi perjalanan ke SHIBUYA district. Target sis nak check-in Starbucks yang terletak di hadapan Shibuya Crossing. Dari jauh sis dah teruja sebaik sahaja nampak zebra cross Shibuya. Terus terbayang cerita Tokyo Drift Japan. Perghhh. Kami terus masuk dalam Starbucks. Sis sempat beli tumbler Starbucks Tokyo sebagai souvenir sementara encik hubby Q beli kopi. Selesai beli kopi dan souvenir...kami terus menuju ke tingkat 2 mencari spot yang paling strategik untuk shoot timelapse menggunakan Dji Osmo Pocket yang sis sanggup beli semata2 nak simpan gambar dan video kenangan dengan anak2. Ramainya manusia tapi kami tetap sabar menunggu turn. Sambil2 ibu menembak dan mengopi tu Nael sibuk main mata dengan awek Jepun. Kemahin suka dia hirup Babychinno Starbucks. Hamboi kau dik. Mengikut perangai sapa la tu ek!!. Setel shoot timelapse Shibuya Crossing kami teruskan perjalanan pulang. Ikutkan hati sis nak camhore solo kat tengah2 Shibuya Crossing tapi apakan daya Nael buat perangai. Dia dah penat gamaknya. Dalam dok sibuk mencari station subway...sekali terperasan ada patung Hachiko...anjing setia yang pemes tu. Hati meronta2 nak bergambor tapi bila tengok selautan manusia kat keliling patung tu sis lupakan hasrat hati. Sempat lagi pesan kat encik asben nanti sebelum balik kita repeat datang sini ye. Cerita Hachiko ni sis mampu tengok sekali je kat TV. Sebabnya baru je start tengok sis dah merambu air mata touching dengan kesetiaan anjing pada tuannya hingga ke akhir hayat.


Geram pulak ibu tengok korang berdua nih!!
Enjoying his Babycinno
Alhamdulillah perjalanan kami untuk hari pertama lancar seperti dirancang. Penat pun takpe la dah nama pun travelkan. Bangga ibu sebab anak2 berjaya follow pace mak ayah derang walaupun masih kecik. Leganya bila dapat masuk bilik. Siapkan anak dahulu bagi derang makan, bermain dan tidur. 2 beradik ni bila masuk bilik kemahin seronok bergurau. Kukik kukik suara tu. Kena marah banyak kali suruh tidur pun tak jalan. Kita ni risau jap lagi jiran datang ketuk bilik suruh diam. Tak ke naya. Ni Jepun weh bukan Malaysia. Kalau kat Malaysia memang mak hang dah jadi tarzan terpekik terlolong marahkan korang suruh dok diam. Adoi la anak!! 

Ganbatte Kudasai for tomorrow The Pojies!!











Comments

Popular posts from this blog

Ovum Pick Up (OPU)

Embrio Transfer (ET)

My Journey to Baby Dust