ROAD TO TOKYO, JAPAN - DAY 4
ISNIN
KAWAGUCHIKO
Misi kami untuk hari ini adalah mencari Fuji San. One day trip ke Kawaguchiko katanya. Memandangkan tempat ini agak jauh dari Tokyo dan memakan masa yang lama untuk sampai ke sana maka kena la bangun pagi2 buta. Sebelum tido macam biasa la me and hubby akan discuss jadual perjalanan kami untuk esok hari. Perancangan tu penting ye tuan puan sekelian untuk memastikan kesejahteraan umat. Hekhekhek. Tapi tu la pepatah ada berbunyi...kita hanya mampu merancang, selebihnya Allah SWT yang menentukan. Kekonon baekkk punya plan. Sekali anak teruna ko buat hal. Eh liat pulak Nael nak bangun pagi ni. Tersasar sikit masa perjalanan gara2 nak pujuk dia bangun tido.
Siap makan....siap pakai baju...moh la kita ukur jalan lagi untuk hari ini. Ikutkan Weather Apps...cuaca agak cloudy dengan suhu sekitar 17°. Sejuk la jugak untuk kita kulit orang Asia nih. Planning asal kami nak ke Kawaguchiko dengan menaiki bas. Menurut Tok Jack RTJ, bas merupakan pengangkutan utama untuk ke sini dan sering menjadi pilihan pengunjung berbanding menaiki keretapi. Tapi bila sis usha tiket bas secara online...tiket awal pagi semuanya penuh. Haa amik kau. Yang tinggal hanya tiket bas untuk jam 11 pagi ke atas. Rugi masa je nanti. Sudahnya...me and husband amik keputusan untuk naik train je walaupun kos agak mahal sikit berbanding bas. Yang penting target kami adalah perlu sampai di Kawaguchiko awal sebelum jam 10 pagi. Seperti biasa perjalanan kami bermula dari Asakusa Subway Station menuju ke Shinjuku Station. Untuk perjalanan kali ini...sis letak 100% kepercayaan kat encik asben untuk navigate perjalanan kami. Silap sis sebab tak catit nota perjalanan setiap station yang kami guna untuk dibuat rujukan. Haihhh camanalah nak mencatit bagai dengan Si Nael yang tak reti dok diam sesaat tu. Penggunaan tiket kami kali ini tidak hanya terhad pada laluan Tokyo Subway Ticket sahaja. Merasa la jugak naik train menggunakan laluan JR Chuo Line. Yang sis ingat...dari Shinjuku Station, kami perlu tukar train sebanyak 2 kali. Satu di JR Chuo Line (Takao) dan satu lagi di JR Chuo Line (Otsuki). Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1jam 45 minit. Sampai je di Otsuki Station, kami perlu tukar dan naik train terakhir iaitu Fujikyu Railway Sight-Seeing yang menggunakan laluan Fujikyu Railway. Perjalanan dijangka mengambil masa selama 57 minit dan Fujikyu Railway Sight Seeing Train akan berhenti di dua tempat iaitu Shimoyoshida Station dan juga Fujikyu Highland Station. Penumpang boleh memilih untuk meneruskan perjalanan sehingga ke Kawaguchiko Station ataupun turun di salah satu laluan yang ada. Sapa2 yang plan nak ke Fuji Q Highland Theme Park boleh la turun di Fujikyu Highland Station. Main la korang kat situ sampai lebam. Tak sior teman!! Setiap kali keretapi berhenti...kami semua dibenarkan untuk keluar dari train dan bergambar puas2 serta menikmati pemandangan sekitar. Pilot dan pramugari keretapi pun sangat membantu serta mesra alam. Siap tolong amikkan gambar kami sekeluarga lagi. Halahhhh profesionalnya korang weh. Kagum sis!!. Kalau dah masuk laluan Fujikyu Railway ni maknanya korang memang dah nak sampai ke Kawaguchiko Station. Yeayyyy lompat bintang sebab berjaya jugak survived walaupun terkial2 turun naik kejar train macam orang giler. Hahaha. Walaupun perjalanan untuk hari ini agak kurang lancar tapi sis rasa berbaloi sangat2 sebab train terakhir yang kami naik ni tersangatlah cantik dan kelihatan oldies macam dalam cerita Harry Potter. Tak pernah lagi sis jumpa train ghope cenggini kat Malaysia. Patut la orang Jepun sangat berbangga dengan rangkaian tren mereka. Korang memang kena pergi melawat negara Jepun sendiri baru korang akan faham apa yang sis maksudkan.
Selain dari rekabentuk keretapi yang menarik...sis rasa sangat teruja sebab sepanjang perjalanan tu kita akan melalui kawasan perkampungan. Masya Allah. Sangat2 berbeza dengan pemandangan bandaraya Tokyo ye. Sapa yang pernah tengok dokumentari Jejak Jihan Jepun kompom boleh imagine apa yang sis bayangkan. Rumah2 kampung yang kemas tersusun...berlatarbelakangkan gunung-ganang yang sesayup mata memandang...ditambah pulak dengan jaringan sungai yang bersih menghijau disebalik rumah2 mereka...memang buat mulut sis tak habis2 sebut "cantiknya....cantiknya!!". Masa ni sis humban Nael kat babah dia sebab nak record video pemandangan yang tak tau la bila lagi sis boleh tengok nih. Hikhikhik. Maafkan ibu ye anak. Ibu hang memang over sikit kalau bab2 nih!! Paling paling paling menarik bila tetiba je kami nampak Fuji San diselaputi snow-cap dari tingkap keretapi. Satu train tu boleh dengar semua orang bertempik keriangan ye termasuklah encik hubby kita. Hamboi excitednya dia!! Perjalanan selama 57 minit dari Otsuki Station ke Kawaguchiko Station memang sangat berbaloi dan tersemat menjadi salah satu dari kenangan terindah buat kami sekeluarga. Sekitar jam 10:30 pagi akhirnya tibalah kami di Kawaguchiko Station. "Fuji San...tunggu kami datang. Please jangan malu2 kambing dengan kami ye. Jauh kami datang dari Malaysia ni semata2 nak tengok kamu!!".
Keluar je dari keretapi...perkara pertama kami buat adalah terjah kaunter tiket bas. Tak berani nak amik risiko beli lambat takut pulak tiket ke Tokyo habis. The only tiket yang ada hanya pada jam 7:30 malam. Ok la onz. At least ada masa jugak nak berjimba lama sikit kat Kawaguchiko. Setel hal tiket bas ke Tokyo...nak kena beratur beli pas bas untuk bersiar-siar sekitar Kawaguchiko pulak. Untuk pas bas ni kita diberi 2 pilihan samada nak amik pas bas secara pakej (2 Day Pass) yang merangkumi Red Line, Green Line dan Blue Line ataupun amik tiket bas secara Hop-On. Memandangkan perjalanan kami untuk hari ni adalah sejenis One Day Trip...so setelah dihitung dicongak sifir matematik oleh encik hubby maka keputusannya...kami amik tiket bas Hop-On menggunakan Red Line Kawaguchiko Sightseeing Bus. Lebih menjimatkan bak kata Pojie. Lagipun kami dah boleh agak memang takkan sempatnya nak cover semua tempat menarik di Kawaguchiko dalam masa satu hari nih. Lesson learned...next time kalau ada rezeki kita amik cuti at least 5 hari dok kat Kawaguchiko sahaja. Tenung la Mt. Fuji tu puas-puas!!. Rasional amik laluan Merah sebab antara ke tiga-tiga laluan yang ada...laluan Merah route dia paling pendek. Bermula dengan Pit Stop No.1 di Kawaguchiko Station...kami terus lompat ke Pit Stop No.9. Target kami nak ke Mt. Kachi Kachi Ropeway. Nak bawak anak2 naik cable car sambil menikmati pemandangan Tasik Kawaguchi dan jugak Mt. Fuji. Berdasarkan research yang sis buat...ramai instafemes suggest supaya ke Mt. Kachi-Kachi Ropeway ni. Dengan ketinggian 400m dari aras laut...kami perlu menaiki cable-car untuk ke Observation Deck yang terletak di Mt. Tenjo. 400m takde la tinggi mana tapi memandangkan tempat ini adalah adalah antara tumpuan maka berejam jugak la kami anak beranak kena Q untuk dapat naik ke atas.
Seperti biasa...aksi ligan-meligan anak dah jadi rutin sis dan suami. Abaikan suara nyaring mak hang terpekik terlolong eiitohhh. Alahai Nael!! Cost menaiki Cable car RM25.20 @ 700Y seorang. Akhirnya setelah berejam Q berjaya jugak kami jejak observation deck tersebut. Kebetulan manusia tak ramai mana lagi so kami buat keputusan cari port kerusi untuk lepak bagi anak2 makan. Dah tengahari memang patut derang lapor pun. Makan la korang bekal tuna sandwich dan Onigiri yang ibu dah buatkan tu. Sambil makan sambil melayan Nael yang suka sangat berlari ke sana ke mari. Herghh penat!! Lama jugak kami lepak kat atas tu sambil melayan Mt. Fuji. Masya Allah cantiknya. Berebut2 manusia nak capture gambar Mt. Fuji tu dari atas sana. Menurut cerita dongeng...nama Kachi-Kachi datangnya dari kisah sang arnab dan raccoon. Patutlah sis nampak ad banyak patung arnab masa kat atas sana. Tu pasal Nael menggeletis sangat bila nampak patung rabbit. Selain dari tu...korang akan nampak ada Loceng besar berbentuk LOVE kat tebing kaki bukit tu. Menurut kepercayaan orang Jepun...sapa2 yang ketuk loceng tu akan dapat blessing dan kebaikan dalam hidup mereka. Dapat kat Nael dia buat macam loceng anney jual roti paun keliling taman time petang2 tuh. Ketung ketang tak berhenti. Lagi kuat bunyi lagi dia seronok. Malunya mak hang adik weii!! Dah agak puas kami amik keputusan untuk turun dan lepak di Tasik Kawaguchiko pulak. Tenangnya perasaan bila dapat lihat gunung-ganang, tasik dan dedaunan pokok Maple yang telah bertukar kemerahan walaupun jenuh nak mengepong Nael yang sebok nak terjun dalam ayor tasek tuh. Hahahaha alahai anak Pojie nih. Dari tebing tasik tu dapat jugak kami lihat Kawaguchiko Ohashi Bridge, salah satu mercu tanda di Kawaguchiko.
Mr & Mrs Pojie |
Punya la siksa nak suruh Nael dok diam dalam stroller |
Memandangkan hari dah semakin petang...Pojie mintak kami pilih last pitstop sebelum pulang ke Tokyo. Alaaaa...dah nak kena balik ke. Begitu la gaya kami bila babah cakap nak kena balik dah. Akhirnya kata sepakat dibuat. Kami memilih Pitstop 20 : Kawaguchiko Natural Living Center. Best jugak lepak kat sini. Gunung Fuji lagi jelas kelihatan dari spot nih. Sempat la jugak beli sedikit cenderahati buat kenangan sebelum kami pulang ke Tokyo.
Memandangkan suasana malam di Kawaguchiko sangat cantik...sis amik kesempatan video call Mak Ani di Malaysia. Seronoknya dapat share live view dengan mak tunjuk suasana Jepun waktu malam. Jam 7.30 malam...bas kami pun muncul. Sharp on time ye orang Jepun ni. Dalam kepala hotak dok berkira-kira nak sampai cepat ke Tokyo. Anak-anak dah mula penat wei. Malang sekali halfway perjalanan tetiba bas kami sangkut dalam kesesakan jalan raya. Jem merangkak-rangkak macam kat Highway PLUS Malaysia. Perjalanan yang sepatutnya hanya 2 jam dah jadi 4 jam lebih. Kami dah mula cuak. Risau takut tak sempat nak kejar train balik ke Asakusa. Teksi kat Jepun mahal wei...jangan buat pasal!! Nasib kami baik sebab sempat jugak kejar train. Akhirnya, jam 12 malam sampai jugak kami di apartment. Sempat jugak tapau Kebab Rice Turki. Huhuhu...
Sampai je bilik...semua leboh ZZZZZ!!
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
"THE BEST THING ABOUT MEMORIES IS MAKING THEM"
Comments
Post a Comment