ROAD TO TOKYO, JAPAN - DAY 3
The Pojies |
3 November 2019
Day 3 di Jepun. Penat tak payah cerita. Seronok dia tak terungkap dengan kata-kata. Setiap hari adalah permulaan hari yang baru bagi kami sekeluarga. Pagi ni kena bangun awal sikit sebab kami akan memulakan eksplorasi melusuri Sumida River, Tokyo Bay dengan menaiki Tokyo Cruise Waterbus Cruise. Waterbus ni memang dah lama masuk dalam bucketlist sis. Awal2 lagi saya dah booked tiket Waterbus melalui Klook menggunakan laluan Asakusa-Odaiba. Harga tiket untuk dewasa dan kanak-kanak adalah sebanyak RM110.00. Hari ini kami akan menghabiskan masa sepanjang hari di Odaiba (The Future Island). Dok pikir hebat sangatkah pulau ni sampaikan diberi gelaran 'Future Island'. Gitu la lebih kurang apa yang sis rasa!!. Odaiba ni memang awal2 lagi dah masuk dalam senarai sebab kat sini ada 2 bende yang tersangat-sangat sis teringin nak pergi iaitu Robot Gundam, Diver City dan Mori Building Digital Art Museum 'Teamlab Borderless'. Rugi kalau tak singgah sini Teamlab Borderless sebab ini adalah muzium seni digital pertama di dunia!!. Seperti biasa perjalanan kami bermula dengan warm-up kaki jalan sekitar kawasan perumahan cuma kali ni kami perlu melencong ke bangunan Tokyo Cruise yang terletak bersebelahan dengan Azuma Bridge untuk redeem tiket Waterbus. Sementara menunggu encik suami redeem tiket...kami bergambar dulu sekeping dua.
Dalam dok seronok bergambor tu tetiba encik hubby datang bagitau yang kami perlu ke station waterbus lain iaitu Tokyo Mizube Cruising Line untuk redeem tiket. Kata encik hubby kena jalan jauh sikit. Haalahhhhh. Lari sikit timing sebab kena jalan jauh. Hari2 memang wajib ada kejadian yang buat pankreas sis rasa nak meletupkan. So menapak la kami anak-beranak ke tempat yang sepatutnya. Akhirnya berjaya jugak redeem tiket. Kebetulan Waterbus pun dah ada menunggu penumpang. Seronok betul bila nampak Waterbus depan mata. Sebelum ni tengok kat screen henpon je sambil membayangkan rupa Waterbus tu. Hikhikhik. Tak ramai pun penumpang dalam Waterbus. Ok la seronok sikit ada privacy. Nael seperti biasa sejenis kanak-kanak ribena mana reti dok diam. Kami lepak kat atas deck bergambar kenang-kenangan sambil melihat pemandangan. Dalam hati terdetik 'Bagus betul negara Jepun ni. Walaupun moden dan membangun...sungainya tetap bersih dan terpelihara". Sepanjang-panjang perjalanan tu ada sesuatu yang menangkap mata sis. Awat la banyak bebenor jambatan sepanjang sungai ni. Ada jambatan kaler merah, kaler hejau la...kaler kuning la...eh macam2 kaler la lagi. Design setiap jambatan pulak memang unik. Kalau rajin buat research memang setiap jambatan ada nama, sejarah dan ceritanya yang tersendiri. Nael memang suka sangat kalau dapat lalu bawah jambatan tu masa dok atas deck. Nanti cepat2 dia angkat tangan kekonon berangan dapat sentuh jambatan tuh. Hahaha.
Hampir setengah jam jugak perjalanan kami dari Jeti Asakusa ke Odaiba City. Perghh!! Sampai je di Odaiba...kami tak buang masa. ONZkan aplikasi Google Maps untuk ke Teamlab Boarderless yang terletak di Palette Town, Odaiba. Sebelum tu kami perlu melalui taman-taman kecil yang dipenuhi dengan pokok2 yang meredupkan. MasyaAllah cantik betul pemandangan. Rasa nak lepak lama2 kat sini. Adoiii. Masalah jiwa betul datang ke Jepun ni tau. Mana2 pun cantik. Sampaikan lori sampah deme pun cantik. Hahaha. Macam biasa...kena menapak sikit. Lepastu naik train sikit. Then sambung balik menapak dan akhirnya sampai jugak kami ke Teamlab Borderless yang terletak di Mori Building Digital Art Museum. Nak beli entrance pass senang saja. Semuanya sis beli online melalui Klook. Harga untuk 2 dewasa dan seorang kanak2 adalah RM287.00. Sis nasihatkan beli je awal2 masa kat Malaysia. Senang dan mudah urusan. Nak beli walk-in pun boleh tapi korang kena Q panjang yang amat. Buat apa nak buang masa sedangkan anda ada pilihan!!. Ok nak masuk Teamlab Borderless ni pun Q dia sampai naik semput kami sekeluarga. Stroller tidak dibenarkan bawa masuk. Tak perlu risau kerana staff TLB sangat2 membantu. Setiap stroller yang disimpan akan dipadlockkan so takde la kita risau tetiba stroller anak aku hilang nanti. Hehehe. Selain dari itu, locker juga turut disediakan untuk kemudahan menyimpan beg atau barang2 peribadi. Mesti korang pelikkan dah kenapa nama tempat ni Teamlab Borderless. Senang citer kita describe je tempat ni as "Dunia Tanpa Sempadan'. Kat sini kita boleh merasai pengalaman berada dalam bangunan sebesar 10,000 kaki persegi yang dipenuhi dengan pelbagai hasil seni digital yang tak terjangkau dek akal kita. Ikutkan ada lebih kurang 50 hasil seni yang kreatif dan jugak interaktif untuk kita terokai tapi tak tau kenapa...4 jam kami spend masa dalam tu...rasanya hanya beberapa kerat je yang sempat kami teroka. Tempat pertama kami masuk Forest of Flowers. Kat sini kita boleh rasai pengalaman berada dalam bilik yang dipenuhi dengan bunga digital yang penuh bertebaran baik di atas lantai mahupun dinding. Memula pening jugak kepala tapi lama2 kami dah boleh addapt. Jenuh jugak nak bergambor sebab kaler bunga tu sentiasa berubah tapi sebab kami ni penyabar orangnya maka berjaya la jugak dapat seketul dua gambor as kenangan.
Dah boring dengan bunga kami ke ruangan seterusnya iaitu Athletics Forest. Tempat ini sesuai untuk anak kecik macam Nael dan Farzana. Walaupun suasana dalam tu cahayanya samar2...tapi Nael nampak teruja bila nampak pancaran objek haiwan laut bergerak2 di dalam ruang tersebut. Satu hal pulak dia dok mengejar binatang tu. Kat dalam Athletics Forest ni ada banyak bahagian. Antaranya ruang Graffiti Nature. Agak bahaya kalau ada anak kecik macam Nael sebab permukaan lantainya agak bumpy. Tak pepasal sis kena tegur dengan staff TLB. Bukan marah tapi dia mengingatkan kita agar berhati2 takut Nael terjatuh. Ok fine anak aku memang tak reti takut. Herghhh dah jom main tempat lain pulak!!. Tapi paling dia seronok bila dapat masuk kat ruangan Weightless Forest of Resonating Life. Panjang bebenor namanya pong. Sah2lah Nael teruja sebab dia nampak banyak belon tergantung yang sentiasa berubah warna bila kita sentuh. Paling dia seronok dapat pegang belon yang dok kat lantai. Pakej siap menjerit lepastu saja2 dia jatuhkan badan sebab lantai kat situ beralas. Kat sini pun sis kena tegur ye!! Pengunjung tidak dibenarkan memegang belon tersebut secara kasar. Ate mana anak teman paham pon. Yang dia tau dia nampak belon je. Budak kalau dengan belon tau2 je la. Adoiii!!
Kemudian kami ke Sketch Aquarium. Budak2 suka la sebab kat sini mereka berpeluang melukis dan mewarna. Elehhh apa sangat la setakat mewarna dan melukiskan. Haa menariknya kat sini lukisan anda akan discan. Tak sampai berapa saat je...lukisan anda akan diprojekkan menjadi hidup di segenap ruang Athletics Forests nih. Giler tak seronok tengok hasil contengan kita menjadi hidup!!. Next kami cuba meluncur di Fruit Field pulak. Sis tukang amik video je bagi can kat encik suami main dengan anak2. Main la korang papan luncur tu sambil slash buah-buahan digital yang keluar kat screen di lantai. Macam main game buah Ninja tu. Hahaha. Nael cukup suka. 2-3 kali jugak dia paksa babah dia main. Haa layan. Hahaha. Dah puas meronggeng kat Athletics Forests...kami amik keputusan untuk explore ruang lain pulak. Disebabkan kawasan ini lampu ala2 samar dan gelap....so kami pun main agak2 je nak tuju ke mana...janji jumpa pintu. Salah satu pintu yang kami masuk tu membawa kami ke Universe of Water Particles on a Rock. Ramainya manusia...huru-hara hidup ni kalau Nael terlepas. Di ruangan ini terdapat 'projection' air terjun yang tinggi seolah2 mengalir jatuh ke atas timbunan batu sungai. Kena panjat sikit permukaan batuan yang tak rata tu kalau nak dapatkan shot yang cantik. Paling menarik bila kita bersandar pada dinding air terjun tu...akan berlaku interaksi antara projection air terjun dan diri kita sendiri. Sis tak kuasa nak memanjat sebab Nael tengah excited berlari ke hulu ke hilir. Seronok tangkap lampu atas lantai katanya. Adoii pening kepala mak hang!! Satu lagi ruang yang sempat kami pergi adalah Memory of Topography. Syok jugak lepak kat sini. Memula masuk je kita akan nampak tiang2 tinggi yang melebihi kepala. Di sekeliling bilik tu penuh dengan cermin. rasa macam ruang tu besar dan lebar padahal kecik je. Kami lepak lama sikit kat sini sebab nak snap gambar daun maple yang menggambarkan perubahan musim autumn. Dah puas bergambar kami ke bilik sebelah. MasyaAllah cantiknya selautan pokok kiambang memenuhi ruang. Apalagi...sakan la kami bergambar. Nael pulak sibuk main nyorok2 bawak rimbunan pokok kiambang tu. Adik...hang nak kena karan ke!! Lama jugak kami amik masa lepak dalam TLB tu. Nasib baik encik suami suruh keluar. Banyak lagi tempat menarik kat Odaiba ni nak pegi tapi...seharian rupanya tak cukup ye. Adoiii!! Apapun sis terasa nak share sikit tips buat uolls yang nak ke TLB.
TIPS :
Lepas tu lepak kat tangga LED yang cantik amat tu. Seronok betul Nael main turun naik tangga. Dia tak tau ke mak dia dok ketap bibir takut dia jatuh. Adoii la anak. Sempat jugak kami beli mug Gundam dan robot Gundam miniature as a souvenir. Harga memang agak yahudi tapi kita buat2 pejam mata je la. Sebelum balik kami sempat dinner di Restoran Sojibo, Divercity Tokyo Plaza yang terletak bersebelahan dengan Robot Gundam. Restoran halal yang menyajikan makanan authentic Jepun seperti soba. Alhamdulillah sedap nikmat tak terkata dapat hirup makanan yang panas. Okeh semua dah kenyang. Masa untuk pulang ke sarang.
Overall...satu hari tak cukup nak cover tempat2 menarik di Odaiba. Herghhh sis stress yang amat.!! Sepatutnya amik cuti 2 minggu baru puas berjimba. Tak sempat nak naik Ferris Wheel dan masuk Tokyo Trick Art Museum.
Tokyo Cruise Building |
Belakang kami tu adalah 'Iconic Asahi Breweries' |
Tokyo Cruise sepanjang Sumida River |
Dua-dua comel |
Dengan jambatan pun dia boleh excited |
Forest of Flowers |
Kemudian kami ke Sketch Aquarium. Budak2 suka la sebab kat sini mereka berpeluang melukis dan mewarna. Elehhh apa sangat la setakat mewarna dan melukiskan. Haa menariknya kat sini lukisan anda akan discan. Tak sampai berapa saat je...lukisan anda akan diprojekkan menjadi hidup di segenap ruang Athletics Forests nih. Giler tak seronok tengok hasil contengan kita menjadi hidup!!. Next kami cuba meluncur di Fruit Field pulak. Sis tukang amik video je bagi can kat encik suami main dengan anak2. Main la korang papan luncur tu sambil slash buah-buahan digital yang keluar kat screen di lantai. Macam main game buah Ninja tu. Hahaha. Nael cukup suka. 2-3 kali jugak dia paksa babah dia main. Haa layan. Hahaha. Dah puas meronggeng kat Athletics Forests...kami amik keputusan untuk explore ruang lain pulak. Disebabkan kawasan ini lampu ala2 samar dan gelap....so kami pun main agak2 je nak tuju ke mana...janji jumpa pintu. Salah satu pintu yang kami masuk tu membawa kami ke Universe of Water Particles on a Rock. Ramainya manusia...huru-hara hidup ni kalau Nael terlepas. Di ruangan ini terdapat 'projection' air terjun yang tinggi seolah2 mengalir jatuh ke atas timbunan batu sungai. Kena panjat sikit permukaan batuan yang tak rata tu kalau nak dapatkan shot yang cantik. Paling menarik bila kita bersandar pada dinding air terjun tu...akan berlaku interaksi antara projection air terjun dan diri kita sendiri. Sis tak kuasa nak memanjat sebab Nael tengah excited berlari ke hulu ke hilir. Seronok tangkap lampu atas lantai katanya. Adoii pening kepala mak hang!! Satu lagi ruang yang sempat kami pergi adalah Memory of Topography. Syok jugak lepak kat sini. Memula masuk je kita akan nampak tiang2 tinggi yang melebihi kepala. Di sekeliling bilik tu penuh dengan cermin. rasa macam ruang tu besar dan lebar padahal kecik je. Kami lepak lama sikit kat sini sebab nak snap gambar daun maple yang menggambarkan perubahan musim autumn. Dah puas bergambar kami ke bilik sebelah. MasyaAllah cantiknya selautan pokok kiambang memenuhi ruang. Apalagi...sakan la kami bergambar. Nael pulak sibuk main nyorok2 bawak rimbunan pokok kiambang tu. Adik...hang nak kena karan ke!! Lama jugak kami amik masa lepak dalam TLB tu. Nasib baik encik suami suruh keluar. Banyak lagi tempat menarik kat Odaiba ni nak pegi tapi...seharian rupanya tak cukup ye. Adoiii!! Apapun sis terasa nak share sikit tips buat uolls yang nak ke TLB.
TIPS :
- Datang awal. Plan perjalanan sekiranya anda tinggal di luar kawasan Odaiba. TLB buka jam 10 pagi. Jangan terkejut berok pulak kalau tengok Q manusia punya la panjang.
- Beli tiket secara online di Malaysia. Selain mudah...anda tak perlu buang masa.
- Bawak jajan/makanan. Jangan berangan dalam TLB tu ada kiosk atau food truck jual makanan ye. Untuk yang ada anak macam kami...disarankan tapau Onigiri 5 -6 bijik. Senang nak makan dan tak sepah. Dah habis makan sila simpan plastik pembungkus. Jangan buang merata pulak. Bila masuk je dalam TLB tu anda ibarat kena pukau. Tak sedar rupa-rupanya dekat 5 jam dah dok kat dalam tu. Yang tua berlapor takpe. Yang kecik tu kalau dah lapor memang dia melalak mintak makanan je karang!!
- Sila bawak beg galas yang kecil. Staff TLB memang tak benarkan pengunjung membawa stroller ataupun beg galas yang besar masuk. Locker ada disediakan so bolehlah guna locker tersebut dengan baik. Sediakan duit kecil je untuk fees. Dalam tu agak panas so tak perlu nak pakai coat atau baju sejuk. Tinggalkan aje dalam locker. Buat penat je bawak nanti!!
- Pakai kasut yang sesuai sebab ada sebahagian ruang TLB mempunyai permukaan yang tidak rata dan bumpy. Pilihan terbaik adalah sneakers. Tak payah la berangan nak pakai heels ke platforms ke. Kang terpeleot naya je!!
- Sila pakai pakaian berwarna putih. Part ni sis a bit ralat sikit. Lupa langsung yang TLB ada bagi peringatan melalui emel supaya memakai pakaian berwarna putih. Pakaian putih akan membuatkan 'projection digital' nampak lebih cantik bila kita snap photo. Herghh!!
- Sila bersabar bila nak bergambar. Yee memang kat dalam tu nanti akan ada selautan manusia. Tapi kalau anda bersabar sikittttt aje...InsyaAllah anda akan dapat amik gambar bajet2 Instafamous gitu. Hehehe.
Robot Gundam |
Mug Gundam |
Soba |
IBU & NAEL |
Comments
Post a Comment