Posts

Showing posts from June, 2014

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Image
Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan kepada kami sekeluarga.  InsyaAllah.

Love Shack

Image
Housewarming 7 Jun 2014 Puncak Perdana, Shah Alam Penat woiiii!! Penat mengalahkan nak buat kenduri kawen anak teruna sendiri plak rasanya. Dah nama pun tuan tanah nak buat housewarming...adat le bila 3 hari 3 malam tak lalu makan. Walaupun dah ada kata sepakat dengan suami nak guna khidmat catering aje untuk makan tengahari, tapi tetap dahku gedik nak buat lauk tambah khonon-khononnn risau tak cukup lauk. Jenuh la pulun buat laksa seperiuk besar siap import daun kesum, bungan kantan, daun selom ulam bagai dari Tapahville. Tak cukup dengan laksa...nak jugak tambah lauk ayam goreng sebab risau lauk yang ada tak cukup. Padahal kari daging, paru goreng sambal, ikan masin goreng, sambal belacan dan ulaman yang dah dicater tu memang lebih daripada cukup pun. Itu belum masuk lagi encik asben request mintak buatkan aiskrim malaysia perisa asam boi dan  agar-agar gula merah untuk dessert. Hambek kau!!. Gigih kul 1 pagi bukak buku 365 resipi pulun nak buat agar-agar gula merah. Hasilnya

Xania in the making

Image
Selain memiliki cahayamata, sememangnya menjadi dambaan setiap keluarga untuk memiliki rumah sendiri. Alhamdulillah. Hasrat kami dimakbulkan Allah SWT. Akhirnya rumah teres 2 tingkat (Xania) di Puncak Perdana, Shah Alam bakal menjadi tempat berteduh kami sekeluarga. Kami tekad untuk membeli rumah teres tersebut dengan mengambilkira keperluan dan keselesaan keluarga pada masa akan datang. Biarlah bersusah dahulu asalkan kami anak-beranak senang dikemudian hari. Bukaan keluasan rumah yang besar, 4 bilik tidur, 3 bilik air, autogate dan kemudahan solar water-heater untuk keseluruhan rumah sememangnya berbaloi. Akibat terujaan yang melampau...boleh dikatakan hampir setiap minggu kami melawat site untuk melihat perkembangan pembinaan rumah. Alhamdulillah kami sangat berpuashati dengan hasil kerja pemaju kerana yang paling kami takutkan kalau-kalau berlaku kelewatan pemaju dalam menyiapkan rumah.  FASA PEMBINAAN Tuan Tanah belum siap sepenuhnya bilik utama bahagian hadapa

Pencarian Ikon Siarawan berakhir sudah!!

Image
Walaupun diserapmasuk ke dalam program realiti ini separuh jalan tapi tetap meninggalkan kesan dihati. Bermula sebagai penyelaras bahagian penjurian sehinggalah diberikan tanggungjawab untuk membantu 2 orang finalis IS yang berjaya ke peringkat akhir melakukan setiap tugasan yang diberikan...maka perasaan touching tu tetap ada apabila Ikon Siarawan melabuhkan tirainya pada 14 Jun 2014. Tahniah Ain Saby sebab berjaya membuktikan bahawa kita yang sentiasa huru hara dengan program berbentuk hiburan juga mampu membuat rancangan realiti berbentuk serius. Terbuka juga mata-mata mereka yang selama ini tak paham dengan cara kerja kita. <Kau hengat senang nak buat program realiti!!>. Bukan setakat IS sahaja yang berjaya mengutip sebanyak mungkin ilmu dalam bidang penyiaran malah kami kru dibelakang tabir juga gigih belajar tanpa segan silu menghasilkan Laporan Khas yang kebiasaannya dilakukan oleh team Berita. Bila budak Hiburan kena buat Berita memang gigil satu