Posts

Showing posts from March, 2018

Diari Berpantang Mak Nael

Image
Baby Nael one months old Dilema mak pak bekerjaya dan menetap di kota metropolitan adalah apabila isteri selamat melahirkan anak...pastu amik keputusan hantar isteri berpantang kat kampong sebab suami terkejar2 nak uruskan hal kerja dan juga hal sekolah anak. Dah sampai masa Kerajaan ubah polisi untuk menambah cuti bersalin selama seminggu buat para suami kepada cuti sebulan bergaji. Setakat seminggu apa la sangat boleh dibuat. Ikutkan hati nak je amik pakej berpantang kat Shah Alam tapi bila mengenangkan hege pakej yang mencecah ribu riban tu...sis hanya mampu menangis di bucu katil sahaja. Dah la buat IVF habis puluh ribu...lepas beranak takkan nak berabis lagi. Adehhhh memang anak emas betul si Farish Nael nih. Seminggu selepas selamat melahirkan Nael...ibu amik keputusan untuk pulang berpantang di Tapah. Seronok sebab ada Opah tolong jagakan nael nanti. Sedih sebab ayah takde. Hmm...sedih sangat sebab dok terbayang2 kelibat ayah kat rumah Tapah!! Mak Ani dah siapkan segalanya