ROAD TO TOKYO, JAPAN - DAY 5

5 NOVEMBER 2019
SELASA
TOKYO DISNEYLAND

Hello Tokyo Disneyland

Pagi ni semua liat yakmat nak bangun pagi gara-gara malam tadi tidor lewat disebabkan insiden tersangkut dalam kesesakan jalanraya sepanjang perjalanan pulang dari Fuji. Ibu faham semua kepenatan. Tapi memandangkan hari ni kita akan ke Tokyo Disneyland maka ibu terpaksa keringkan hati kejut anak-anak bangun pagi walaupun dalam hati terasa kesian bila tengok muka anak-anak lena tidor. Bertabahlah anak-anak. Trip kita ni semuanya agak costing so ibu terpaksa kejam sikit. Bukan sikit2 duit yang keluar dari poket ibu dan babah tau!! Hehehe.

Posing depan rumah di Asakusa

Lebih kurang jam 7 pagi kami semua dah siap2 nak keluar dan menapak ke Asakusa Station. Menurut Weather (iphone), bacaan suhu adalah lebih kurang 17 - 28 celcius dan cuaca dijangka agak berawan mendung. Ok la sesuai untuk kami yang nak jenjalan sakan nih. Perjalanan menaiki train kali ni agak kurang stress. No more main game kejor2 train seperti semalam. Perjalanan pun lebih kurang 45 minit je dengan pertukaran 1 station sahaja sebelum tiba di Maihama Station yang merupakan station terakhir untuk ke Disneyland. 




Di Maihama, perkara pertama encik suami kena buat adalah menukar baucer pembelian tiket online kepada tiket masuk yang asal. Maka terbangak-bangaklah jugak mencari travel agen tiket TRAVEL RECOMEND yang sedia menunggu dengan sepanduk. Ramai jugak manusia lain yang beratur untuk menebus tiket masuk. Seperti biasa...babah setelkan hal tiket dan ibu pulak tolong tengokkan anak2 sementara urusan tiket setel. As usual, Nael mana reti dok diam. Ke hulu ke hilir berlari. Kejap nak mainan...kejap nak belon...kejap nak cotton candy. Alahai anak...suka hati kau je mintak makanan. Tak halal anak oiii!! Diam tak diam lebih sejam jugak sis mengaruk dengan anak2. Pelik jugak dengan Mohd Pojie nih. Pegi tebus tiket kah. Ke dah bertukor jadi ulat jual tiket. Lama bebenor sis menunggu nih. Sikit lagi boleh hilang kesabaran sis dengan Mohd Farish Nael nih. Sejam lebih menunggu dengan penuh kesabaran...akhirnya muncul jugak kelibat Pojie. Rupanya-rupanya ada masalah dengan sistem penebusan tiket gara2 QR Code. Hekelehhhh. Sis malas nak story kat sini cuma sis nak pesan...lenkali kalau pegi oversea...please baca betul2 instruction yang diberikan dalam emel. Double check 40 juta kali supaya tak timbul masalah bila dah jejak negara yang kita pergi tu. 

Lebih kurang jam 10 pagi, akhirnya kami dapat jugak masuk ke dalam Tokyo, Disneyland. Benda pertama kami buat adalah snap gambar family di entrance BON VOYAGE. Kemon!! Disneyland guys. Bukan semua orang berpeluang bawak anak bini jenjalan ke sini. Ofcoz la kami sangat sangat sangat teruja. Ini merupakan Disneyland ke dua yang kami pergi selepas Hong Kong, Disneyland. Sebelum masuk Disneyland kena menapak lalu WORLD BAZAAR. Kat sini pun dah macam kena sampuk. Belum betul2 masuk lagi. Hahaha. Seperti kebiasaan, benda pertama kita kena buat adalah amik map dan berebutkan Fast Pass. Memandangkan Tokyo Disneyland tersangatlah luas, maka Fast Pass adalah penyelamat untuk pengunjung Disneyland terutamanya untuk permainan yang dikategorikan sebagai Hot. Untuk pengetahuan, World Bazaar ni adalah merupakan laluan keluar dan masuk ke Disneyland. Kat World Bazaar ni ada banyak kedai2 souvenir. Yang kelakornya...masa memula kami masuk...kami tersangat hairan bin ajaib pasaipa la ramai orang Q kat kedai2 yang ada. Tak pepasai sis paksa Pojie Q jugak sebab ingatkan kat situ la tempat amik Fast Pass. Rupanya...derang Q sebab berebut nak beli Head Gear Disney karakter ye!!. Hanat betul. Memang tabiat orang Jepun rupanya. Korang akan kagum ye tengok orang Jepun sanggup hadap Q panjang dan berejam semata2 nak main. Kami ni sebab pikir ada anak je maka terpaksalah let go beberapa game yang best. Huhuhu. Ok la kita raikan je la perbezaan tabiat tu. Kami orang Malaysia memang tak hadap so kita buat tak tau. Hahaha. 

Keluar je dari kawasan World Bazaar kami terus menuju ke FANTASYLAND. Kat sini la terletaknya mercutanda Disneyland iaitu Disney Castle. Malang buat kami sebab Disney Castle under renovation sempena Olympic 2020 ye. Frust menonggeng we'olls!! Takpe la...let it be. Jom kita masuk. Banyak lagi bende duniawi yang melalaikan ada dalam Disneyland tuh sedang menanti. Hehehe. Nama pun Fantasyland kan so segala cerita dongeng kat dalam tu memang tersangat melalaikan. Camana seronok korang tengok cerita Snow White, Cinderella, Pinocchio, Alice in Wonderland dan macam2 kat TV...camtu jugak la pengalaman yang kita akan dapat di Fantasyland. Nael agak takut sikit memulanya. Game pertama yang kami rasmi adalah Castle Carrousel. Senang cerita naik kuda pusing. Kemain seronok lagi dia siap melalak tak nak turun ye. Hahaha. 

Castle Carrousal


Janji korang seronok

Kemudian kami bawak anak2 main kat Peter Pan's Flight. Naik train kecik kekonon explore Never Land. Memula Nael ok tapi bila lalu kat tempat gelap dia dah mula gelabah ayam. Keluar pulak karakter ahli sihir yang jahat...kat situ jugak dia bantai melalak siap tutup muka peluk babah kuat2. Hahaha ibu gelakkan aje. 

Nael cry cry...ibu laugh laugh

Sempat jugak bawak anak2 tengok persembahan LIVE Disney Parade di waktu siang hari. Mak bapak lagi teruja mengalahkan anak2 dapat tengok Mickey Mouse dan kawan2nya. Sambil layan permainan sambil layan makan popcorn yang berbagai perisa tu. Bengkok bapak hang bila anak2 claim bekas popcorn sorang satu. Sebijik pun dah dekat seratus hengget. Mujor anak 2 orang je. Hahaha. Kalau nak cerita setiap game yang kami main memang tak habis 4 hari 4 malam. Memandangkan kami dah ada pengalaman sebelum nih masuk Hong Kong Disneyland so this time kami berjaya check in ke semua taman tema yang ada iaitu Adventureland, Westernland, Critter Country, Fantasyland, Toontown dan Tomorrowland. Satu je tak best kat dalam ni tak disediakan makanan halal untuk pengunjung muslim. Gigih la kami bawak pek Brahim dan mintak tolong pekerja cafe panaskan makanan. Makan pun main telan je. Sedap tak sedap belakang kira. Janji kenyang. Antara sebab jugak kenapa berat ibu banyak turun lepas balik dari Jepun. Ngehngehngeh!!. 

40 kali repeat naik kuda

pandai amik hati ibu ye dik!!

seronok naik sampan pusing
'It's A Small World"

Kami menghabiskan masa sehingga la Disneyland tutup. Baru berbaloi babah keluarkan duitkan. Jam 7.30 malam, kami bawa anak2 tengok Tokyo Disneyland Electrical Parade Dreamlights. Show waktu malam lagi syok sebab bukan sahaja taman tema tu akan dipenuhi dengan jutaan pesona cahaya, malah irama music Disney yang penuh keajaiban akan membuatkan anak2 melompat teruja. Satu je sis respect dengan parents Jepun ni. Mereka sangat disiplin dan tak selfish. Rata2 parents yang datang akan membawa bersama tikar kecik untuk dijadikan alas buat ahli keluarga duduk. Bila dia tengok kami takde tikar...gigih la pakat bagi kertas map derang kat kami untuk duduk. Mula la sis dengan Pojie terhangguk2 tunduk kepala sambil sebut 'Thank You'...'Arigato'. Mereka juga sangat bertimbangrasa dengan para pengunjung lain. Ko takkan jumpa spesis hat tetiba je bangun blok pemandangan kita masa parade tu sedang berlangsung. Elok je masing-masing duduk bersimpuh atas tikar. Dan korang takkan dengar sorang pun antara mereka yang bertempik gumbira bersorakan. Sopan je masing2 senyum sambil tepuk tangan slow2. Mujor sis sempat kawal perasaan dan mulut. Hahaha. Kalau kat Hong Kong Disneyland lain plak ceritanya. Boleh buat gaduh ye dengan orang sana sebab perangai macam sakai. Selesai parade kami tunggu show bunga api pulak. Memang tak pernah mengecewakan. Nael macam biasa la cukup takut benda2 letup ni. Dia bantai tutup mata dengan tangan masa pertunjukan bunga api tu. Yang kelakornya sambil tutup mata sambil intai celah lubang jari. Adik oh adik...

masa untuk pulang...

Niat di hati...keluar je dari Tokyo Disneyland, kami nak la dinner di Restoran Red Lobster (Halal) yang terletak di luar Disneyland. Berdasarkan research yang telah sis buat...restoran tu tutup jam 11.00 malam. Sepantas kilat kami anak-beranak menapak ke sana dan kami tiba jam 10.10 malam. Malang sekali lagi. Rupanya kedai dah tutup dan tak amik order selepas jam 10 malam. Ini boleh mendatangkan kemarahan. Lapor2 ni jangan buat main tau. Nak tak nak terpaksa la patah balik ke Stesen Maihama untuk pulang ke rumah. Mujor ada Kombini Store so boleh la beli Onigiri salmon dan tuna buat alas perut. Mujor jugak anak2 jenis yang tak banyak karenah bila time makan. Derang telan je apa yang babah dan ibu bagi asalkan halal. Sampai di Stesen Asakusa, seperti biasa kami tapau makanan Turki untuk late dinner. Kaya Pokcik Turki tu sebab kami tau!! Seperti biasa rutin kami bila sampai je bilik...siapkan anak2 mandi dan makan, bagi derang tidur sementara babah setelkan laundry baju. Selesai semua baru la babah dan ibu ada masa nak berlunjur kaki dan tidur. Esok kena bangun awal lagi nak terjah Disneysea pulak. Sis is tazzabar walaupun kaki ku dah macam nak patah 10!!

p/s: terima kasih my other half. You make me happy in way no one else can...

Comments

Popular posts from this blog

Ovum Pick Up (OPU)

Embrio Transfer (ET)

My Journey to Baby Dust