My Journey to Baby Dust

"ALL IT TAKES IS FAITH, TRUST AND A LITTLE BIT OF PIXIE DUST"


Saya memulakan rawatan di LPPKN sejak dari Mei 2016 lagi. Gagal 2 kali cycle IUI tidak sama sekali mematahkan semangat saya untuk terus mendapatkan cahayamata. Asben pulak sangat supportive baik dari segi fizikal dan mental. Sejak membuat keputusan untuk melakukan rawatan kesuburan di LPPKN, saya telah membuat keputusan untuk menukar diet makan. Setiap hari saya amalkan pengambilan madu, lemon suam, buah delima segar, telur rebus ayam kampung (putih sahaja), ikan salmon grill, susu kambing, kurma dan juga supplement tambahan Surbex Multivitamins. Minuman kafein seperti kopi terpaksa saya tolak tepi. Kalau teringin sangat-sangat baru mintak izin asben nak minum. Hehehe. Kekadang tekak ni boleh tahan jahatnya!!. Selepas 2 kali cycle iui gagal...Doktor Komathy buat keputusan untuk saya mencuba rawatan IVF atas faktor usia yang semakin meningkat. (Huhuhu mak dah tua nokk walaupun nampak muda remaja!!). Walaupun kos untuk melakukan IVF sangat mahal antara 8 - 10K...kami suami isteri sepakat to go for it. Duit boleh cari, yang penting usaha dan jangan putus asa. Suami jugak sempat seloroh. Katanya kalau jadi anak ni memang kompom anak emas la sebab banyak duit keluar semata-mata nak dapatkan dia. (iolls tercries in tears and joy sebab touching!!).

21 Mac 2017 (Selasa) - SESSI KAUNSELING
Sessi kaunseling dengan doktor adalah pada day 13 (d13) untuk cycle period saya bagi bulan Mac. Suami dan isteri diwajibkan hadir untuk mendengar penerangan doktor mengenai rawatan IVF. Kali ini panjang lebar doktor bercerita. Ada yang saya paham. Ada yang buat-buat paham. Ada yang memang teman tak paham langsung. Apapun sessi ini memang amat saya nantikan. Bukan apa...senang saya nak plan cuti dan explain kat bos sebab sebaik saja saya on treatment IVF...saya memerlukan jasabaik bos untuk mereleasekan saya dari terlibat dengan mana-mana kerja production. Stress keje is not good ye!!. Usai sessi kaunseling, Doktor terus melakukan TVS (Transvaginal Scan) untuk melihat laluan rahim saya bagi memudahkan prosedur IVF dilakukan nanti. Alhamdulillah...menurut Doktor, rahim saya dalam keadaan baik dan sihat serta bebas dari fibroid. Cuma prosedur kali ni agak menyakitkan. Cramp dan sedikit bleeding sampai menggigil keluar airmata punya la tahan sakit. Selesai TVS...buat bayaran di kaunter dan amik ubat. Kos untuk rawatan dan ubat Busereline adalah RM 584.20. Maka lepas ni standby la encik suami untuk jadi doktor tak bertauliah saya tolong cucuk ubat Busereline kat area pusat untuk 15 hari berturut-turut. Hambik kau!!

4 April 2017 (Selasa) - SST/STD (BLOOD TEST)
Kali ini encik asben kena serah diri kat PLLKN pulak untuk buat screening darah, check HIV dan sperm count (SST dan STD). Melayang lagi duit RM 228.00. Nak jadi cerita...malam sebelum tu encik asben tereksiden jatuh motor semasa balik dari kerja. Nasib baik tak cedera teruk mana tapi sakit jugak la kepala lutut tu bengkak sebab terhentak jalan. Sian dia...

29 Mac - 12 April 2017 - HORMON INJECTION STIMULATION (BUSERELINE)
Rawatan IVF saya bermula dengan pengambilan suntikan Busereline selama 15 hari berturut-turut dari 29/3 - 12/4/2017. Tujuan suntikan hormon ini adalah bagi merangsang pengeluaran ovum. Kebiasaannya Busereline datang dalam bentuk botol. Kita kena belajar untuk mengeluarkan cecair tersebut dengan menggunakan syringe yang telah diberikan. Pernah jugak la tersilap handle jarum suntikan sampai tercocok jari sendiri. Adehhh pedih weh!!. Hari pertama suntikan dibuat adalah pada CD21 selepas period pertama dalam bulan tersebut. Setiap malam tepat jam 1015 saya perlu mengambil suntikan hormon ini. Jangan risau sebab nurse akan ajar kita camana nak jadi doktor tak bertauliah pasal cocok-mencocok nih. Mula-mula memang neves encik asben nak cocok. Dia pulak yang terlebih menjerit dari kita. Kelakar je Mohd Pojie nih!!.  Tapi lama-lama dia seronok pulak mencocok kita. Hamboiii!!. Nasihat saya lepas selesai cocok Busereline...seeloknya kita terus baring dan berehat. Jangan banyak bergerak. Kalau dah hari-hari kena cocok keliling pusat...memang kompom lebam la kawasan sekitar perut saya tu. Kekadang sedih je bila mengenangkan susah payah yang kami perlu tempuhi semata-mata untuk memiliki zuriat. Semasa sessi cocok-mencocok ini berlangsung...saya telah meminta pelepasan kerja dari bos supaya tidak terlibat dengan mana-mana job siaran langsung atau rakaman hingga lewat malam. Ye la kalau dah keje sapa nak cocokkan saya. Takkan nak suruh Prachuap yang tolong cocok kot. Aje giler dua-dua penakut!!. Nasib baik bos paham dengan keadaan saya so nama saya telah digugurkan dari terlibat dengan program Rentak Juara 2017 serta dikeluarkan terus dari senarai tugas rasmi. Kawan2 pun sangat memahami dengan situasi saya. Alhamdulillah...terima kasih geng. Dapat la saya fokus pada treatment IVF tanpa stress.


Busereline Injection Set



13 April 2017 (Khamis) - HORMON INJECTION STIMULATION (GONAL F)
Setelah selesai 15 hari sessi cucuk dengan Busereline saya perlu ke LPPKN untuk melihat sejauh mana hormon saya telah bertindakbalas dengan ubat. Tujuan pengambilan Gonal F ini adalah untuk meransang hormon folikel  (FSH) menghasilkan telur. Hormon inilah yang bertanggungjawab untuk meransang perkembangan folikel yang mengandungi telur pada wanita. Senang citer...tujuan ambil ubat ini adalah untuk menghasilkan sejumlah ovum yang banyak sebelum prosedur IVF boleh diteruskan. Doktor memberikan saya dos suntikan Gonal F sebanyak 225iu selama 7 hari berturut-turut mulai 14 -20 April pada setiap jam 10 malam. Agak tinggi jugak dos yang doktor berikan untuk saya. Kenapa dos tinggi saya sendiri pun tak pasti. Lupa nak tanya doktor. Senang je nak handle suntikan Gonal F ni sebab kita diberikan jarum suntikan dalam bentuk pen. Set aje siap-siap tetapan dos di pen tersebut. Pastu dah boleh inject kat area pusat. Seriau jangan cerita la sebab dah nama pun jarumkan. Mujor asben dah expert so selamba badak je la dia inject kita. Total duit yang kena keluar untuk Gonal F ni saja adalah sebanyak RM 3723.20. Mahal Ya Ampun harga ubat-ubat untuk stimulate hormon nih ye. Menggigil kepala lutut nak membayar!!. Pada 21 April saya perlu ke LPPKN sebab doktor nak buat ultrasound untuk melihat respon ubat terhadap telor saya. Okeh part ni i is very the nervous!!


Gonal F Injection
25 April 2017 (Selasa) - TVS 

Lawatan ke klinik LPPKN kali ini adalah untuk melihat samada telur-telur saya berjaya membesar mengikut saiz yang diperlukan atau tidak melalui imbasan ultrabunyi vagina (TVS). Melalui imbasan ini Doktor akan merekod bilangan dan saiz folikel telur, ketebalan lapisan rahim dan mencari sebarang abnormality di dalam rahim seperti fibroid atau cyst sekiranya ada. Seriously memang saya nervous giler. Tak lena tido nak malam. Tak putus-putus berdoa semoga folikel telur saya membesar dengan jayanya. Doktor Komathy dah cakap if telur saya tak membesar mengikut saiz yang diperlukan...prosedur IVF terpaksa dihentikan dan saya perlu berehat untuk memulakan balik rawatan. Oh no itu yang paling kita tak nak ye. Mana nak cekau duit lagi woii!!. Sebaik sahaja probe dimasukkan...jelas terpampang dekat screen bergugus-gugus folikel telur saya. Masa ni dah cakap dalam hati please please please la telur saya membesar dengan jaya!!. Bila tengok nurse dan doktor senyum...saya pasti ada berita gembira buat kami. Alhamdulillah. Doktor K bagitau ada beberapa folikel yang telah berjaya mencapai saiz matang antara 18 - 30 mm. Kalau tak silap masa tu Doktor K cakap dalam 13 bijik. Lega tak tau nak cakap apa!!. Setelah selesai sesi perbincangan mengenai step seterusnya...Doktor memberikan saya satu lagi injection iaitu Pregnyl sebelum prosedur Ovum Pick Up (OPU) boleh dilakukan pada 27 April ini. Entry berkenaan OPU kena tunggu ye sebab panjang lebar sikit nak citer pasal experience OPU nih. Hehehe. Nampaknya perjalanan IVF saya semakin sampai ke penghujung. Tak sabar betul rasanya. Please keep positif mind sepanjang masa ye Tasha. You can do it!!. Total bayaran untuk servis hari ni ialah sebanyak RM 84.10. Fuhhh sib baik sikit je pakai duit kali nii!!


my presious follicles


Comments

Popular posts from this blog

Ovum Pick Up (OPU)

Embrio Transfer (ET)