Peng An Vietnam
Tan Son Nhat Airport, Ho Chi Minh City |
Tahun 2017 ni encik asben baik hati bawak isteri dia jenjalan sampai ke Vietnam. Planning memang dah lama dari hujung tahun 2016 lagi. Kebetulan staff Pusat Sukan buat trip ke Vietnam...so kami pun tumpang sekaki. Kami diam-diam je malas nak citer kat orang. Sebab paling utama...kita jenis malas nak layan order orang terutamanya yang suka kirim pakai air lior nih. Satu lagi jangan disuruh kita belikan kain cotton atau kain ela vietnam tu. Tak sior teman nak hangkut kain bagai ni. 16/2/2017 kami bertolak ke Vietnam. Flight kami lewat petang dalam jam 6:45 petang depart kat KLIA2. Kami asben and wife dah plan nak bawak beg galas kecik satu sorang je. Sebab dah tau kat sana nanti beg luggage memang murah. Naik heran staff encik asben tengok kami bawak beg galas je. Tapi itu kami laa. Jangan jadi cam 2 orang budak Pusat Sukan si Faezah dan Sue. Belum depart lagi luggage dah overweight. Hahaha. Korang bawak batu ke apa woii. Perjalanan dengan menaiki AirAsia dari Malaysia ke Vietnam mengambil masa lebih kurang 2 jam. Kami suami isteri dah super excited bila flight touch down je kat Lapangan Terbang Tan Sonh Nhat. Rombongan Cik Kiah kami seramai 10 orang disambut oleh tour guide kami yang bernama Tomok. Ku ingatkan dia ni orang melayu...rupanya mamat Vietnam. Patutlah kulit dia peloles semacam. Kalau lelaki melayu jarang nak jumpa kulit camtu. Kebanyakkannya berkerak la sikit. Hekhekhek. Dengan menaiki shuttle bas...kami di bawa ke hotel masing-masing yang berada di sekitar Ben Thanh Market, District 1. Huntong laa Faezah dan Sue. Hotel deme betul-betul kat Malaysian Street (tempat orang Malaysia shopping sakan!!). Julor je kaki keluar hotel terus shopping. Hotel kami iaitu Bali B Hotel memang berada di District 1 tapi rupanya jauh sikit kena berjalan lebih kurang 1km untuk ke Ben Thanh Market. Mujor la kami asben and wife ni jenis yang larat nak berjalan. Anggap je exercise. Disebabkan hari dah malam dan kami tak berani nak amik risiko berjalan kaki sebab tak familiar dengan kawasan sekitar....maka ku paksa Si Tomok hantar kami ke hotel. Kita pun happy la bila Tomok kata boleh hantar. Rupanya...dia paksa kami naik motor kapcai bertiga. Memang Vietnam betul!!. "Kakak jangan takut. Kakak naik je saya hantar ke hotel!!". Itu antara ayat-ayat memujuk si Tomok. Memang le iolls tak takut tapi ate kalau kat KL buat keje camni memang lama dah ko kena kejar dengan Polis weh. Bandar Ho Chi Minh agak besar membangun dan banyak kenderaan di jalanraya terutamanya motorsikal. Pening la jugak kepala tak tahan dengan bunyi bising kenderaan yang tak putus-putus. Berbalik pada cerita kami bertiga naik satu motor ke hotel tuu...alhamdulillah perjalanan yang diselangi dengan jeritan dan hilai ketawa kami suami isteri selamat juga akhirnya. Mana la kita tak jerit kalau Tomok tu boleh sesuka hati buat stunt amik u-turn kat simpang 4 yang besar. Udoh le bas dan kereta laju. Selamba badak dia je langgar lampu isyarat. Adoiii!!
Pengalaman kami di Vietnam selama 5 hari 4 malam memang best. Apa yang boleh disimpulkan Vietnam adalah syurga membeli belah. Sekiranya anda seorang penggemar kain ela...Ben Thanh Market adalah tempat yang harus dituju. Vietnam Silk, Cotton Vietnam, Vietnam Lace, Pucci Vietnam...(eh banyak lagi la nak menyebutnya!!) sila pastikan luggage anda cukup besar untuk menampung kain yang bakal diborong nanti. Tu belum masuk pelbagai tudung seperti Nealofar, Ariani dan jugak telekung solat yang jauh lebih murah jika dibandingkan dengan harga di Malaysia. Bagi saya dan suami...kami lebih teruja memborong beg galas dan haversack serta beberapa barangan sukan. Orang lain hangkut bawak balik kain...kami laki bini hangkut beg aje dah 6 bijik. Oiii rambang mata tengok design haversack Jack Wolfskin, Deuter, Superdry dan The North Face. Pakej memang kami rembat semua bawak balik Malaysia. Dikesempatan itu, saya jugak sempat memborong tudung Bokkita untuk dijual kat Malaysia nanti. Memang sold out ye. Tak semena-mena saya pun dah teraddicted dengan Bokkita. Anda boleh shopping dengan senang hati di Vietnam sebab urusan masih boleh berlaku dengan menggunakan matawang Ringgit. Diorang lagi suka kot sebab duit kita masih lagi tinggi nilainya berbanding dengan matawang Dong. Kami cuma tukar 1 juta Dong = RM 200 seorang standby untuk duit makan sahaja. Tu pun tak sempat habis!! Untuk habuan shopping pulak, terpulang pada diri masing-masing nak bawak berapa hengget. Hehehe. Makanan halal tak sukar untuk dicari. Malaysia Street tu bersepah dengan restoran masyarakat islam Melayu Champa. Boleh makan tanpa was-was. Antara makanan kegemaran kami adalah Pho (sebutannya adalah Fuhhh) atau sup daging vietnam dan jugak Kebab Vietnam. Kebab Vietnam is the best!!. Kat sana memang bersepah di kaki lima jalan penjaja menjual roti baguette untuk dibuat kebab. Jangan pelik sangat sebab kalau kita kaji balik sejarah Vietnam, negara mereka pernah dijajah oleh pihak Perancis. Jadi tak heran la kalau pengaruh Perancis tu masih kuat dalam kehidupan mereka. Kelas kau makan roti baguette Perancis kat tepi jalan je!!.
be humble...be hungry |
Kopi Vietnam pulak is a must try drink sekiranya anda ke sana. Memang tak tido malam kalau minum kopi tu. Kaw habis!! Selain dari shopping, kami juga berkesempatan membuat lawatan ke Mekong River. Dulu-dulu time belajar sekolah menengah...selalu ingat Sungai Mekong adalah merupakan sungai yang terpanjang di Asia. Geography happened to be my favorite subject. Sebab tu bila dapat tengok dan merasai sendiri pengalaman melusuri sungai Mekong....perasaannya seperti "Wow...dulu aku baca je dalam buku...sekarang Mekong ada depan mata aku weh!!". Gituuu!!. Selain dari itu, kami juga berkesempatan melawat The National Vietnam War Museum yang terletak di District 3. Orang lain tak seteruja kami bila sebut nak ke sana. Mungkin derang suka shopping je kot (memang pun...) berbanding kami yang lebih suka sight-seeing melihat budaya masyarakat setempat. Masuk tempat bersejarah seperti ini memang mengundang perasaan stress. Melihat bukti-bukti gelap peninggalan sejarah perang Vietnam buat saya rasa nak muntah kat situ jugak. Saya dan suami bersependapat...war is a disaster!!. Takde satu kebaikan pun yang kita jumpa melainkan pembunuhan dengan kejam semata-mata. Kerajaan Vietnam memang berani menunjukkan pada dunia betapa kejamnya tentera US pada masa itu. Sepanjang 5 hari di Saigon City...apa yang menarik perhatian saya adalah masyarakat Vietnam suka bersidai di tepi kaki lima jalan berhadapan kedai mahupun rumah mereka. Akan ada kerusi dan meja kecil untuk mereka lepak sambil makan dan minum. Mungkin itu adalah satu cara untuk mereka bersosial. Lama-lama baru saya perasan...rata-rata mereka mempunyai ruang rumah yang kecil dan terhad. Dalam satu rumah cuma ada satu ruang kecil untuk ruang tamu. Kat situ la tido...kat situ jugaklah masak. Mungkin itu antara sebab mereka menggunakan ruang hadapan rumah sebagai tempat makan dan bersosial. Tapi gaya makan derang memang nauzubillah. Kalau kat Malaysia...ko makan sambil duduk mencangkong depan makanan...kompom makan penendang opah kau!!. Majoriti masyarakat Vietnam suka menaiki motor sebagai pengangkutan utama. Penggunaan topi keledar, mask hidung, sarong tangan dan skirt motor adalah satu keperluan yang wajib. Walaupun bandar Ho Chi Minh very the bz dengan kenderaan...tak pernah sekali saya nampak berlakunya accident. Lampu isyarat kat bandar tu hanya perhiasan semata-mata sebab mereka tak pernah ikut pun undang-undang jalanraya. Part ni memang kelakar sampaikan tiap kali nak melintas jalanraya kami jadi fobia. Huhuhu. One good thing...walaupun tak ikut undang-undang...mereka sangat tolerate antara satu sama lain. Senang cerita...kot suka kau la nak langgar lampu insyarat atau apa skali pun janji ko tak langgar aku sudah!!. Sekarang baru saya paham kenapa kadar kemalangan jalanraya di Malaysia tinggi. Masyarakat kita kurang bertoleransi antara satu sama lain dan suka pentingkan diri sendiri bila berada di atas jalanraya. Pegang stering je kita nak tunjuk eksyen kononnya keta aku gah...ko yang naik kapcai je sila ke tepi bagi laluan. Choiii!!
Apapun kat sini hakak rasa terpanggil nak share beberapa tips sepanjang berada di Ho Chi Minh, Vietnam :
- Kenalpasti tujuan anda ke Vietnam. Shopping atau sight-seeing. Kalau shopping pastikan anda menyediakan RM yang banyak. Berdasarkan pada pengalaman sis, RM1K tak cukup ye untuk shopping. Kalau setakat nak berjalan-jalan melihat negara orang...memadailah dengan menukar kepada Dong sahaja.
- Kalau tujuan ke Vietnam adalah untuk shopping, adalah lebih baik anda membawa sebijik luggage kosong yang besar untuk membawa pulang semua hasil tangkapan. Kalau tak cukup jugak luggage tersebut, sila la ke Ben Thanh Market untuk mendapatkan luggage baru. Hishhh tak mahei pun rege beg!!
- Kalau tak cukup cash, jangan risau sebab depan Ben Thanh Market ada ATM machine. Anda boleh membuat pengeluaran duit pada bila-bila masa TAPI dengan syarat. Sebelum anda masuk ke dalam perut kapal terbang...silalah update debit kad anda untuk transaksi antarabangsa. Kalau tak memang nganga je la ye bila tak cukup cash kat sana. Jangan risau...caj yang bank kenakan untuk setiap transaksi antarabangsa lebih kurang dalam RM10++ je.
- Sila la book hotel yang paling dekat dengan Ben Thanh Market. Antaranya seperti An Thamh Hotel. Bukan apa...kalau jauh takut anda penat berjalan. Maklum la nak shopping perlukan tenaga yang banyak. Hehehe. Pagi sampai ke petang melontar peluru kat Ben Thanh Market. Malam sambung lagi shopping kat Night Market depan Ben Thanh. Senang citer memang siang membawa ke malam memang aktiviti korang adalah shopping dan shopping.
- Paling enjoy shopping kat Ben Thanh Market adalah adegan tawar menawar antara buyer dan seller. Trick nak shopping kat sini adalah jiwa kena KENTAL. Jangan gatal2 mulut nak bertanya harga barang kalau anda tak berhajat nak membeli. Silap haribulan kena baling dengan culculator!! (Hahaha. Iolls tak paham camana la si Sue boleh kena baling dengan culculator kat Pasar Ben Thanh). Sekiranya anda memang berhajatkan sesuatu bende tu...terus tanya harga. Sebaik sahaja seller bagitau harga...masa ni la anda kena mula buat muka kental. Jangan teragak-agak mintak separuh dari harga yang diletakkan. Lagi kental kalau anda mintak rendah dari separuh harga. Otomatik seller akan buat lakonan sinetron kekonon dia tak agree dengan harga tu. Masa ni anda jangan pikir 2x. Terus paling muka dan blah. Tetapkan dalam hati 'Ko tak bagi aku herga yang aku nak takpe...banyak lagi kedai lain aku boleh try!!'. Percayalah cakap saya, baru 5 tapak kaki anda melangkah...berkejor macam anak ayam hilang mak seller tu tarik anda masuk balik kedai dia!!. Ingat. The power of money is in your hand. Selagi tak dapat harga yang anda inginkan...jangan beli. Walaubagaimanapun, jangan sesekali kurang hajar dengan mereka. Mulut kena sentiasa manis bila hendak bargain. Kalau derang pandai memujuk...kita kena 20x lagi pandai memujuk dari mereka. Semua ini hanya aktiviti biasa dalam proses tawar menawar. Alhamdulillah, semua bende yang saya idamkan berjaya saya dapat dengan harga yang sangat murah.
- Harga barang di Night Market adalah jauh lebih murah berbanding di Ben Thanh Market. Mereka adalah peniaga yang sama kerana Ben Thanh market tutup pada jam 630 petang. Sebaik sahaja ditutup, peniaga ini akan terus set-up gerai di Night Market. Semakin dekat tengah malam...semakin rancak orang bershopping sebab masa nii peniaga akan buat jualan lelong!!.
- Omputih cakap "early birds cathes the healthy worm". Kalau nak dapatkan harga yang murah untuk barang yang diidamkan...seeloknya anda shopping seawal pagi. Masa tuu...peniaga akan menganggap customer terawal sebagai laluan pembuka rezeki bagi mereka. Kalau anda mintak murah giler pun derang akan pastikan anda membeli. Sebab kalau anda tak beli...ia akan dianggap suwei!!. Elakkan membeli lewat petang semasa derang nak tutup kedai. Masa tu memang kompom derang takkan layan anda!! #kamidahterkenasekali
Comments
Post a Comment