Malaysia Berduka




22 Ogos 2014.
Mereka bukannya ahli keluarga terdekat mahupun kenalan saya tapi hati ini sayu dan bergetar mengenangkan mereka. Isteri kehilangan suami tercinta. Ibu dan bapa kehilangan anak dan cucu dalam sekelip mata. Suami pula kehilangan peneman sehidup semati. Kami rakyat Malaysia turut menangisi kehilangan mereka. Peristiwa tragis ini akan kekal terpahat dalam lipatan sejarah Malaysia mahupun dalam diri saya sendiri. Sempena dengan hari Jumaat, penghulu bagi segala hari...saya berdoa semoga roh jenazah MH17 yang beragama islam ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan disayangi Allah SWT. InsyaAllah.

'KUN FA YAA KUN'

Comments

Popular posts from this blog

Ovum Pick Up (OPU)

Embrio Transfer (ET)

My Journey to Baby Dust