Kesayangan Ibu
MUHAMMAD FARISH NAEL
Ada yang tanya ibu...mana dapat nama Nael tuu. Ibu jawab inspired by nama anak sulung Rizalman Ibrahim...designer terkenal Malaysia. 9 bulan ibu dok pikir nama yang sesuai untuk anak ibu nih. Berpuluh-puluh list nama berserta maksud ada dalam simpanan. Yang pasti babah dah beri syarat kena ada Huruf F. Ewah ewahhh bapak hang pon kekadang meminta tau!! Nama Farish ni Opah yang bagi suggestion. Kebetulan ibu pun terpikirkan bende yang sama. So when 2 heads agreed on one thing...maka kita shortlist terus nama tuh. Huruf F dah ada. Tinggal nak cari huruf N pulak. Eh mana aci tak letak huruf N kat nama anak ibu. Ibu pun ada share jugak masa buat awak kat lab LPPKN. Hehehe. Mencari nama bermula huruf N ni agak mencabar sebenarnya. Seboleh2nya ibu nak nama yang terdiri dari 4 huruf sahaja. Tak nak panjang2 berjela. Zaman sekarang nama Muhammad tu pun nak kena eja penuh2. Part tu aje dah berjela nama kau. Belum masuk gabungan nama lain lagi. Haa tepuk!! Ntah camana tetiba suatu hari masa ibu tengah bersenang-lenang atas katil sambil scroll fesbuk...tetiba keluar story pasal Rizalman Ibrahim. Ibu takde la minat sangat dengan figura hebat ni tapi mata ni macam terpanggil2 suruh baca artikel pasal keluarga dia. Tiba2 mata ibu tertangkap kat nama salah sorang anak beliau...Umar Nail. Nail!! Why not. Bermula dengan huruf N. Ada 4 huruf sahaja. Ok pantas jari jemari ibu menggugel maksud disebalik nama. Alhamdulillah. NAIL dalam bahasa Arab membawa maksud 'banyak memberi'. Dalam Bahasa Scandanivian bermaksud Awan. Rasa macam Allah SWT dah tunjuk jalan kat ibu. Hati ibu kuat untuk proposed nama Nail kat babah. Akhirnya babah dan ibu sepakat untuk letak nama khalifah kecil kami Muhammad Farish Nael. Farish membawa maksud Yang Alim ataupun Ahli Firasat. Memula dulu ibu plan nak panggil Farish tapi makcik-makcik hang pakat vote nama Nael so terpaksa la ibu ikut. Ibu pun suka sebab nama tu agak rare!! Semoga membesar dengan sihat dan kuat. Jadilah anak yang menyenangkan babah dan ibu. Jadi orang baik2 dan jaga solat 5 waktu. Babah, ibu dan kakak sayang adik tau!!
"Di hadapan titian Siratul Mustaqim itu adalah syurga. Ada yang berjalan selaju angin. Inilah orang yang tidak pernah sakiti hati orang lain. Sentiasa memberi dari menerima" (Lil' Nael ~ 6 bulan) |
Comments
Post a Comment