9 Januari 2018
Subhanallah...
Alhamdulillah...
Allahuakbar...
9 Januari 2018. Selasa. Jam 10:39 pagi. 3.1kg. HKL.
Tarikh keramat lahirnya permata hati yang kami nantikan selama ini.
Mengenang kembali saat-saat nak melahirkan baby boleh membuatkan ibu tersenyum. Ibu perlu check in hospital sehari awal memandangkan doktor telah pun membuat keputusan untuk melakukan pembedahan secara czer buat kami berdua. Anak ibu seronok sangat dok kat dalam tu tak nak keluar-keluar ye. Dah masuk minggu ke 39 pun baby relax je tak bagi tanda-tanda kontraksi. So pada 8 Jan 2018 (Isnin), lebih kurang dalam jam 10 pagi babah dan ibu dah sampai HKL. Segala persediaan telah kami buat. Macam-macam beg ibu bawak tau. Macam nak pegi berperang pulak rasa!!. Ibu tengok babah relax je masa nak buat pendaftaran. Bab pendaftaran pun ada cerita yang sebenarnya. Kalau ikutkan kelayakan babah Pegawai Gred 44, ibu boleh masuk bilik kelas 2 dan 1. Memandangkan HKL ni hospital gomen...maka kena la ibu masuk wad kelas 3 dulu sementara nak tunggu kekosongan kelas 2 dan 1. Dari tengahari sampai ke petang membawa ke malam...ibu terpaksa duduk di wad kelas 3. Selesai urusan pendaftaran...maka bermula la drama yang dinanti-nantikan oleh para ibu. Saat ibu sarung je uniform warna merah jambu tu...baru ibu sedar yang ibu ni dah nak deliver baby. Haa hambek kau. Mula la rasa cuak...teruja...takut...bagai tu datang. Kalau tanya best tak Wad Kelas 3. Errr ibu akan jawab tak. Hahaha. Mak aiii...panas giler kot sebab wad ni ala-ala dorm. Kipas yang ada tak mampu nak menampung jumlah pesakit yang ada. Pelawat pulak ramai. Campur plak kaum2 bapak yang tengah menunggu isteri nak bersalin. Takde privacy. Kesian kat ibu-ibu yang menitikberatkan penjagaan aurat. Nak bukak tudung...orang laki bukan muhrim dok ada sebelah kiri kanan katil kita. Tak tahan sangat...ibu tutup guna tuala aje. Bila dah makin malam ingatkan boleh la nak lelap mata. Rupanya tak!! Panas siang tu membawa ke malam ye. Ibu dah mula meresah sebab tak boleh tidur. Dah la babah takde. Jawabnya 40 kali la ibu call babah merengek2 mengadu. Marah pun ye. Hahaha. Babah tak habis2 suruh ibu bersabar. Disebabkan mata tak boleh lelap...ibu amik kesempatan baca al-quran dan surah memudahkan bersalin. Sempat jugak ibu jeling orang katil sebelah kanan. Dalam hati amboiii nyenyaknya dia tidur dengan baby sekali hanyut. Hehehe. Pastu nampak plak satu couple ni. Sejam tadi baru je suami dia tolak isteri dia pegi labour room. Tup2 eh kali ni suami dia sorong isteri dengan baby. Alaaaaa....kita nak baby jugak. Gedik tak mak hang!!
Diam tak diam...pejam celik pejak celik bijik mata yang tak nak tido tu...tau2 dah hampir jam 5 pagi. Ibu mandi cepat2 sebab doktor cakap lebih kurang jam 10 pagi ibu dah kena ready untuk ke OT sebab ibu pesakit ke 3 dalam list. Jujur ibu cakap masa tu ibu relax lagi. Takde rasa takut langsung. Yang ibu tau...ibu tak sabar nak tengok muka anak ibu. So ibu pun relax2 la atas katil sementara nak tunggu babah sampai. Tiba2...nurse datang ala2 gelabah ayam. "Puan...boleh standby ye. Kejap lagi kita nak tolak masuk OT!!" Weh...ibu tengok jam belum kul 9 kot. Korang buat lawak ke apa. (Ini ayat ibu dalam hati ye!!). "Nurse...kenapa awal sangat. Kata turn saya kul 10!!". Haa nampak tak kat situ dah muncul nada2 cuak. Kehkehkeh. Dengan muka serius nurse tu explain kat ibu yang Bilik OT tak boleh tunggu patient. Kalau pesakit yang sebelum ni dah setel...bilik OT kena isi dengan pesakit seterusnya sebab doctor2 kat OT tu punya la maha sibuk nak bedah orang. Huarghhhh ibu is cuak. Terus capai tepon. Call opah, andak, uteh bagai mintak ampun mintak maaf. Cakap pun mana dan je sebab nurse dah angkat ibu naik katil sorong. Last skali baru tepon babah. Ralat jugak sebab tak sempat nak cium tangan babah sebelum masuk OT. Babah cuma mampu bagi kata2 semangat je kat ibu dan suruh ingat Allah sepanjang masa. Ok fine...ibu nak pergi berjuang sorang2 nih. Seawal jam 9 pagi lagi ibu telah ditolak masuk ke OT. Masa tu la baru datang perasaan aku ni betul2 nak beranak dah nih. Ohemgee!!. Ingatkan bila dah kena sorong tu terus masuk bilik bedah. Rupanya tidak ye. Kena transit kejap kat waiting room. Rupanya pesakit no 2 tak setel lagi. So ibu pun apalagi. Membawang la kejap dengan nurse yang tolak ibu tadi. Hahaha saja je buat2 ramah sebab tak nak otak tu pikir sangat kejap lagi nak kena belah perut. Lebih kurang dalam 15 minit baru derang release ibu masuk OT. Mak aiiii...aku ni kat bilik bedah citer Korea ke apa nih!!. Tau tak kenapa. Sebab bilik OT HKL tersangat cantik dan canggih. Jauh beza keadaannya dengan wad kat luar tu. Ramai betul doktor pakar tu ye. Macam satu team bola sepak pulak!!. Ada sorang doktor pakar nii keje dia interview ibu macam2. Ada lagi sorang ala2 doktor psikologi sebab keje dia menenangkan ibu sambil monitor jantung ibu. Lagi sorang doktor ni tak banyak cakap...keje dia kena fokus sebab nak cocok spinal. Ini orang panggil Doktor Pakar Bius. Ibu nampak ramai nurse berlari ke hulu ke hilir. Bz bebenor deme nih ye!!
Jam dah dekat pukul 10. Ibu hang memang relax habis sampai la tetiba sorang Doktor Pakar ni keluar soklan cepuput kat ibu "Puan tak neves ke". Mak hang yang berlagak cool ni boleh jawab dengan penuh kompiden "Mmm biasa2 je Doctor!!". Skali Doktor Pakar ni lontar ayat yang buat ibu rasa cepucemas "...tapi bacaan CTG Puan ni tinggi tau. Jantung puan laju nih. Hehehe!!". Hahahaha ibu rasa nak pengsan dan-dan tu jugak!!. Hantu punya Doktor. Tepat jam 10 pagi baru prosedur czer ibu bermula. Kat sini ibu nak share sikit petua supaya kita tak alami rasa sakit semasa cucuk spinal. Petuanya adalah dengan menarik nafas panjang dan dalam semasa doctor mula cocok jarum kat tulang belakang kita. Petua nii doktor pakar tu yang ajar ibu. Alhamdulillah memang menjadi. Tak rasa sakit langsung. Cepat betul efek Spinal Anaesthesia tu menjalar dari pusat ke bawah kaki. Boleh rasa kesan bius tu serta merta bila ibu tak mampu nak gerakkan ibu jari kaki sepertimana yang diarahkan oleh Doktor. Sebaik sahaja ubat bius tu memberi kesan...maka bermula la prosedur czer. Kain hijau mula direntangkan depan muka ibu. Bilik OT dah riuh sekampung. Nurse mula berlari ke hulu ke hilir. Ibu mula dengar ketung-ketang peralatan bedah melantun (part nii scary ye!!). Perut ibu rasa macam kena gosok. Kekadang terasa perut tu bergegar macam kapal kena pukul ombak. Doktor pakar mula ajak ibu bersembang. Dia macam tau je muka aku dah cuak kot!! Ibu eksaited ye dengan situasi dalam bilik bedah tu. Hati meronta-ronta mana anak aku weh...cepat aku nak tengok anak aku!! Tiba2. Tepat jam 1039 pagi...khalifah kecil ibu melontarkan vokal dia dengan kuat sekali sampaikan Doktor pun terkejut. Bak kata doktor "Wow so loud. See...fullterm baby punya suara sikit punya kuat!!". Ibu tergelak kecil nak!!. Lepastu ibu nampak kelibat anak ibu sebelah sisi kanan. Ibu gagahkan diri cuba jengok jugak. Dari jauh ibu nampak anak ibu sangat besar...semangat...putih melepak dan kulit bersih. Saat yang paling ibu terharu bila Doctor letak baby atas dada ibu. Pertama kali kulit kita bersentuhan. Ibu nangis sebab terlalu gembira. Rasa tak percaya yang ibu dah ada anak. Anak yang ibu tunggu-tunggu sekian lama. Alhamdulillah.

Comments
Post a Comment