Opening Year of 2013 = Our 1st Anniversary
Alhamdulillah.
Syukur kepada Allah SWT kerana masih dipanjangkan usia ini untuk meniti hari-hari yang mendatang. Secara peribadi, tanggal 1 Januari 2013 adalah satu tarikh yang amat saya nantikan kerana pada tarikh yang sama tahun 2012...saya selamat diijabkabulkan dengan suami tersayang, Mohd Fauzi Zainuddin. Alhamdulillah...perkahwinan kami telah pun menginjak usia setahun. Masih baru...dan masih banyak yang perlu diperbaiki dalam hubungan kami sebagai suami isteri. Memang menjadi adat dalam sesebuah perkahwinan...ada pasang dan surutnya. Bak kata P. Ramlee...sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami dan isteri. Suka duka, tawa gurau senda dan gaduh bertekak adalah perkara biasa. Prinsip suami senang sahaja. Jangan dibiarkan pergaduhan itu berlanjutan lama dan yang paling penting, sebelum tidur kena saling memaafi. Tak rugi menjadi seorang suami yang pemaaf kerana syurga isteri itu di bawah tapak kaki suami dan redha Allah ada pada redha suami. InsyaAllah...semoga rumahtangga kami terus bahagia hendakNya. Satu pendekatan yang paling saya puji tentang suami adalah sifatnya yang suka mendidik saya dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah dan berhemah atau dalam bahas mudahnya...lemah lembut dalam memberi nasihat dan tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Secara tidak langsung mendidik saya untuk menjadi seorang yang lebih senang mendengar kata (hehehe...nampak sangat dahku ni ketegaq!!). Almaklumlah, kekadang saya juga tidak lepas dari rasa SENTAP hingga merajuk diri apabila ditegur oleh suami. Merajuk bukan kerana ditegur secara kasar tetapi kerana confius, hiba dan memberontak (hehehe...ketegaq lagiiii!!!). Almaklumlah, kekadang majoriti teguran suami bertujuan untuk membaiki diri kita...kekadang minoritinya lebih kepada sifat cemburu yang positif. (Eh!!. Nak jugak letak ayat positif kat sini kan...). Oleh sebab itu, tidak menjadi satu kesalahan sekiranya suami menyuruh saya menutup aurat dengan sempurna atau dengan tegasnya dia sering berpesan kepada saya - 'No one to one discusion between man and women!!(haa...hambek kau!!). Malah, dalam islam pun memang dituntut supaya suami menunjukkan sifat cemburu yang positif yang membawa maksud sayang, endah dan kasih. Saya pasti setiap isteri akan terasa diri dihargai sekiranya suami ada sifat cemburu yang positif. Walaubagaimanapun, suami saya bukanlah seorang yang sempurna. Begitu juga dengan saya. Tetapi kami cuba sedaya upaya untuk menyempurnakan ketidaksempurnaan kami dengan sebaik mungkin. InsyaAllah. Apapun, syukur kerana mempunyai suami yang sentiasa menjadi imam dan model terbaik untuk kami sekeluarga.
Saya mendoakan semoga perkahwinan kami ini sentiasa diberkati oleh Allah SWT...disuburkan benih kasih sayang dihati-hati kami hingga ke akhir nafas dan dipanjangkan jodoh hingga ke syurga. InsyaAllah.
"Berubah bukan mudah namun istiqamah lebih payah.
Mengaku beriman itu semua mampu, benar-benar beriman itu hanya Allah yang tahu.
Berubahlah kerana Allah bukan berubah kerana manusia.
Istiqamah itu mujahadah. Mujahadah menuju mahmudah"
Once Upon A Time :
1.1.2012 - Gunung Lang, Ipoh |
Forever |
wajah kesayangan hamba... |
my soul |
the groom |
the bride |
behind the scene |
us |
semoga sampai syurga |
P/S :
Semoga tahun baru ini juga rezeki kami sekeluarga semakin bertambah dan saya masih lagi memasang impian untuk memiliki anak sendiri. Walaupun cuma sekejap merasai nikmat mengandung...sesekali rasa rindu tu pasti datang bertamu. (haishhh...mode sedih la plak!!). InsyaAllah berkat usaha dan doa yang tak pernah putus...semoga Allah SWT memakbulkan doa kami. Harapan kami sekeluarga juga semoga tahun ini dapat masuk rumah baru kami di Puncak Perdana, Shah Alam. Setiap sebulan sekali kami pasti akan melawat kawasan untuk melihat progress pembinaan. Boleh dikatakan 90% hampir siap. Cuma tunggu masa untuk dibuat jalan, penyelenggaraan elektrik dan juga air. (Oh sangat tidak sabar!!!!).
Comments
Post a Comment