this is a story about her...
'Me with Mak Ani' |
MAK ANI. What can i say about her...suprisingly...too many things!!!.
Nama penuhnya NORLIAN BT NORDIN tapi nama glamornya Kak Ani sebabnya masa kecik2 dulu dengor citer nama tu macam tak serasi ngan mak. Takpe yang pasti jarang2 nak jumpa orang dengan nama seunik nama mak saya nih. Mak Ani ni merupakan kakak besar kepada 11 orang adik beradik. (Perghhh...patut la Mak Ani ni sangat tegas orangnya). Kebetulan pulak arwah Tokwan Din tu Polis pencen. Disebabkan dah terbiasa dengan suasana berek polis dan diterapkan dengan nilai kepolisian sejak kecik...no wonder la Mak Ani ni terlebih sifat Polis berbanding Pak Nozmi yang dah sah-sah berjawatan Polis tuh. Kalau masuk bab investigate kegiatan anak-anak...Pak Nozmi pun kalah. Huhuhu. Teringat masa kecik-kecik duduk kat quaters polis dulu...sapa tak kenal Kak Ani yang garang giler tuh. Sekali dia mengamuk marahkan anak...satu balai boleh dengor. Hahaha. Selalunya yang jadik mangsa marah Mak Ani...sapa lagi kalau bukan saya. Dulu masa belum faham erti hidup atau dengan erti kata lain, masih di alam remaja...saya selalu rasa yang Mak tak sayangkan saya berbanding adik-adik yang lain. Adik-adik buat salah...saya yang kena bambu. Alasan Mak, sebab saya sebagai kakak sulong memang kena belajar pegang tanggungjawab. Adik-adik dapat result ala-ala cukup makan...saya jugak yang dipersalahkan. Alasan Mak...aku sebagai kakak adalah contoh terbaik untuk adik-adik. Pandai kakak....pandai la adik-adiknya. Masa tu saya rasa yang dunia ni tak adil. Rasa macam nak call je talian tele-dera nak mengadu nasib. Hahaha. Nasib baik tak call!!!. Disebabkan dah lali kena marah, saya jadik tak heran dengan semua bebelan mak. Kalau kena pukul sebab buat salah pun....saya cuma diam macam batang kayu. Yang peliknya...Mak plak yang merambu air mata. Masa tu saya ingat Mak menangis sebab dia kecewa atau puashati, tapi bila dah besar baru saya tahu makna disebalik airmata seorang ibu. Mak menangis sebab dia terlalu sayangkan saya. Airmata tu mengalir sebab dia terlalu sedih terpaksa mengajar saya dengan cara yang kasar supaya saya sedar dengan setiap perbuatan yang salah. Maafkan Yong mak sebab Yong masih mentah lagi masa tu. Biasa la budak remaja, baru nak kenal hidup...selalu merasakan orang tua ni menyusahkan dan berfikiran kolot. Tapi sekarang ni, alhamdulillah saya bersyukur dapat pengalaman macam tu. Kalau tak disebabkan didikan dari Mak, entah macamana la personaliti saya skang ni. Ntah-ntah saya ni jadik seorang yang pasif kot...tak berkeyakinan dan hidup bergantung kepada orang lain. Masa berganti masa, rupa-rupanya, garang Mak Ani ni cuma masa saya dan adik2 masih dibawah bumbung rumah dia sahaja. Bila kami dah mula tinggalkan umah sebab sambung belajar ke universiti...mak berubah menjadik seorang yang sporting dan lebih memahami kehendak anak-anak dia yang semakin dewasa. Dah jarang kami dengar mak marah-marah atau nak sebat kami...kalau membebel pun ala-ala kategori light2 je. Hehehe. Kalau dulu masa sekolah...perkataan 'BOYFREN' adalah diharamkan sama sekali...tapi bila dah masuk 'U'...mak plak yang sebok tanya kami dah ada boypren ke tak. Hahaha. Macam citer P. Ramlee daa. Saya masih lagi ingat betapa bersungguhnya mak berusaha mencari duit agar kami adik-beradik dapat menyambungkan pelajaran ke universiti. Sanggup bergolok bergadai asalkan anak-anak mendapat pelajaran seperti yang diimpikannya. Terima kasih Mak. Jasa Mak memang tak termampu kami balas walau dengan segunung emas sekalipun. Kekadang sedih jugak bila mengenangkan yang Yong sendiri tak mampu nak berikan mak duit bulanan secara tetap setiap bulan sebab terikat dengan komitmen peribadi. Apapun Mak tetap kena bersyukur sebab Yong dah bagi Mak kereta kancil secara percuma. Hehehe. itu je yang termampu Yong buat untuk kemudahan Mak. Betul la kata pepatah, 10 orang anak belum tentu dapat nak jaga seorang mak. Sedangkan dah terbukti di dunia ni, seorang Mak mampu membesarkan 10 orang anak hingga berjaya. Chaiyok to all Mommy in the world!!!.
Peribadi Mak Ani dari kaca mata saya:
- Peramah la sangat-sangat. Kalau pergi mana-mana tempat yang ramai orang, habis semua orang dia interview. Sebab tu mak sangat popular di kalangan kengkawan saya...adik-adik saya dan juga anak buah saya. Sampaikan kat sekolah Fahmie (anak buah) pun, cikgu lantik Mak jadi wakil PIBG. Adoiii...
- Bertelur sebijik riuh sekampung!!!. Ini resmi Mak Ani yang saya sendiri tak berapa nak berkenan. Agaknya ini la personaliti orang yang lahir Tahun Ayam. Sama je perangainya. Saya dapat masuk 'U'...dia punya la bangga sebab pecah tradisi cucu pertama dalam famili dapat masuk 'U'. Itu belum adik-adik lagi ikut jejak langkah. Kehkehkeh. Saya nak kawin pun pun dia punya la seronok nak buat macam-macam. Fuhhh...berpeluh dibuatnya.
- Kalau ada masalah...tak reti nak cover line. Suka buat muka sedih la...termenung la...tak lalu makan la...kalau boleh nak suruh satu dunia tahu yang dia ada masalah. Ini pun salah satu perangai orang lahir Tahun Ayam agaknya. Kekadang kami pun pening tapi bak kata FaFau...layannnn!!!
- Apa saja aktiviti tak kira PERKEP ke...kenduri kahwin ke...masak-memasak ke...mesti orang lantik mak jadik ketua sebab Mak mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi. Mak tak suka buat kerje cincai dan dia akan beri 100% komitmen. Sebab tu orang percayakan dia kot. Kalau buat kerje rumah atau dapur...mak memang tiptop. Laju macam lipas kudung. Pung pang pung pang...SIAP!!!. The best part...seorang pun tak mengikut perangai lipas kudung dia ni. Hahaha!!!.
- Sangat over-protective terhadap anak-anak dan jugak cucu dia. Jangan la korang berani jentik anak dia...nanti ada yang kena silat gayung. Apapun, mak bukan seorang yang defensive sebab kalau kami buat salah...kami tetap kena belasah. Macam pantun 2 kerat plak. Hehehe. Ampun Mak!!!.
- Suka gelak berdekah-dekah kalau tengok tv. Tak caya...tunggu time mak tengok citer 'White Chicks'. Perangai tu dah turun kat kami adik-beradik sampaikan berjangkit pada cucu. One day, i'm gonna miss her laugh!!!
Ya Allah Ya Tuhan ku.
Kau ampunilah dosa ibuku yang telah melahirkan dan membesarkan aku.
Kau kasihanilah ibuku sebagaimana dia mengasihaniku sedari aku sebesar tapak tangannya.
Sesungguhnya aku tak layak untuk syurgamu tapi demi kasih ibuku yang setulus hati untuk anak-anaknya...kau tempatkanlah dia disyurgamu Ya Allah.
Harga segunung emas dan selautan madu belum tentu dapat ku balas jasa ibuku...
tapi kau berikanlah ketenangan di dunia ini dan keberkatan hidup kepadanya Ya Allah.
Amin.
Yong mungkin tak reti nak tunjukkan rasa sayang Yong pada mak...tapi deep down;
'Yong Sayang Mak'.
'Selamat Hari Ibu...Mak' |
Comments
Post a Comment