Merdeka...Merdeka...Merdeka!!!

Jom Kibarkan Jalur Gemilang



31 Ogos 2010...genaplah 53 tahun negara kita Malaysia menyambut kemerdekaan. Mana2 pergi mesti ada je orang gantung bendera tak kira la kat umah ke...kat opis ke...kat pokok ke...kat keta pun ada. Cakap pasal gantung bendera kat keta ni...saya antara orang yang paling tak berkenan nak gantung bendera kat keta. Bukannya takde semangat patriotik dalam diri cuma tak berkenan sikit. Sebabnya dah banyak kali dah terkena...bendera yang dilekatkan kat keta org depan kita atas jalan tetiba terpelanting dan kena cermin keta kita. Adoiii....hangin satu badan. Dah la kena keta kita satu hal...bendera yang jatuh tu kena lenyek2 plak dan terbiar je atas jalan. Lagi la hangin. Sebab tu saya amik keputusan cukup la sekadar gantung di rumah sahaja. Rasa megah apa bila tengok Jalur Gemilang kita berkibar. Bila masuk je bulan kemerdekaan...perkara pertama terlintas lam kepala saya...MAK. Sebabnya, mak Ani lahir pada tahun 1957. Anak merdeka...so semangat patriotik dia memang tak boleh nak kata apa lah. Confirm umah kami kat Tapah dah penuh dengan bendera. Pastu satu lagi yang buat saya ingat kat mak Ani...dia akan layan suma citer2 patriotik kat tv. Contohnya Bukit kepong. Pastu mula la air mata dia berjejer2 keluor. Hahaha.  Bila kena gelak kat anak2, mulalah dia bukak syarahan tentang erti kemerdekaan kat kami. Adoii. Kekadang dengar lagu merdeka pun boleh menitik airmata mak ani. Mak...mak...Walaubagaimanapun saya tetap bangga dapat mak yang dilahirkan pada tahun Malaysia mencapai kemerdekaan. Secara tak langsung semangat patriotik yang mak terapkan kat kami tu masih ada sampai sekarang. Even anak2 buah saya pun walaupun kecik tapi mereka dah tahu kalau bulan merdeka kena pasang bendera. Harapan saya...semoga Malaysia terus maju di mata dunia...semoga rakyatnya terus bersatu dan hidup dengan aman...semoga anak2 yang bakal mewarisi Malaysia jugak akan terus menghayati semangat kemerdekaan.

1Malaysia Menjana Transformasi.


Comments

Popular posts from this blog

Ovum Pick Up (OPU)

Embrio Transfer (ET)

My Journey to Baby Dust