You can't live with them...You can't live without them
'Men vs Women' |
'THE BREAK-UP'. Selalunya jarang-jarang saya nak layan cerita cintan-cintun ni kerana kebiasaannya saya jenis yang suka layan cerita berunsurkan sains fiksyen moden ataupun cerita fantasi tapi tajuk movie ni berjaya mencuri perhatian untuk menontonnya. PERHATIAN!!!. Cerita ini memang sesuai untuk pasangan yang serius dalam perhubungan dan boleh dijadikan iktibar agar kita lebih menghargai pasangan masing-masing. Seandainya perpisahan adalah yang terbaik untuk diri masing-masing...terimalah dengan hati yang terbuka. We never know what we will gain in the future...
Cerita ini mengisahkan tentang Grobowski Gary (Vince Vaughn) dan Brooke Meyers (Jennifer Anniston) yang bertemu di Wrigley Field semasa pertandingan bisbol Chicago Cubs berlangsung. Setelah menjalinkan hubungan serius, akhirnya mereka membeli sebuah kondominium bersama-sama. Gary merupakan seorang pemandu pelancong manakala Brooke berkerja di sebuah galeri seni. Perhubungan mereka berjalan dengan lancar sehinggalah suatu ketika Brooke mulai merasakan dirinya tidak lagi dihargai dan mula mengkritik sikap ketidak-dewasaan Gary dan juga keengganan Gary untuk sama-sama memperbaiki hubungan mereka. Manakala Gary, di sisi lain, kecewa dengan sikap Brooke yang dianggapnya sebagai seorang perfectionist. Malah, Gary juga turut menyuarakan rasa ketidakpuasan hatinya untuk memiliki lebih banyak ruang di dalam rumahnya sendiri, terutama setelah pulang dari kerja. Kemuncak kepada konflik perhubungan mereka terjadi apabila Brooke menjadi marah kerana Gary gagal menawarkan diri untuk membantunya membersihkan rumah setelah mereka mengadakan pesta makan malam bersama keluarga Brooke. Gary bertindak melampaui batas apabila membiarkan Brooke terus hanyut dengan kekecewaannya. Kecewa dengan pertelingkahan yang berlaku, akhirnya mereka mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing buat sementara waktu. Walaubagaimanapun, Brooke masih berharap yang Gary akan berubah demi menyelamatkan perhubungan mereka dan sering meminta pandangan dari teman baiknya iaitu Addie (Joey Lauren Adams). Gary pula sering meluahkan perasaannya kepada teman baiknya iaitu Johnny Ostrofski (Jon Favreau). Walaupun telah mengambil keputusan untuk berpisah buat sementara waktu, mereka bersetuju untuk hidup sebagai teman serumah sahaja kerana masing-masing tidak bersedia untuk berpindah keluar dari kondominium mereka. Masih berdendam dan ingin memuaskan perasaan marah, kedua-duanya mulai bertindak di luar batasan dengan cara memprovokasi antara satu sama lain. Gary membeli meja biliard, membiarkan kondominium itu bersepah dengan makanan dan sampah, bahkan membawa masuk beberapa orang 'penari strippers' untuk membuatkan Brooke marah. Sementara itu, Brooke telah membuang Gary pasukan bowling berpasangan dan mulai berkenalan dengan lelaki-lelaki lain untuk membuatkan Gary cemburu. Akhirnya, kawan baik mereka iaitu Riggleman Mark (Jason Bateman) berjaya menjual kondominium tersebut, dan Gary dan Brooke diberikan notis pemberitahuan dua minggu untuk berpindah keluar. Setelah banyak kali berperang dan bertengkar, akhirnya Brooke menyedari bahawa dia tidak lagi mencintai Gary dan berhenti berharap bahawa Gary akan berubah untuk kebaikan perhubungan mereka. Sehinggalah pada suatu malam, Brooke yang baru pulang dari kerja terkejut mendapati kondominium dalam keadaan bersih dan Gary sedang menyiapkan makan malam. Rupa-rupanya Gary telah sedar akan kesilapannya selama ini apabila kawan baiknya Johnny memberitahu bahawa Gary merupakan seorang yang sangat mementingkan diri sendiri dan egois sehingga sanggup membiarkan Brooke keseorangan dalam perhubungan mereka. Malang sekali bagi Gary kerana Brooke mengakui bahawa dia tidak lagi merasakan apa-apa untuk Gary. Brooke benar-benar kecewa dan dia tidak lagi meletakkan sebarang harapan untuk disandarkan kepada Gary. Akhirnya pada malam itu, mereka berdua bersetuju untuk berpisah. Mereka berpindah dan membawa haluan masing-masing. Gary mulai mengambil peranan lebih aktif dalam bisnes pemandu pelancong dan berubah menjadi seorang lelaki yang lebih bertanggungjawab sementara Brooke meneruskan cita-citanya untuk mengelilingi dunia. Takdir menemukan mereka secara tiba-tiba apabila secara kebetulan mereka berselisih jalan di hadapan sebuah kedai. Saling bertanyakan khabar berita akhirnya mereka berpisah juga tetapi masing-masing sempat melirik dan bertukar senyuman mengharapkan kebahagiaan dalam kehidupan masing-masing.
Moral of the story...MEN ARE FROM MARS AND WOMEN ARE FROM VENUS. Thou we speak the same language and had the same words but the truth is the way they were used...it gave different meanings. You cannot, nor should you ever try to change your partner. That is his or her job. Your job is to change the way you communicate, react and respond to your partner. Thus, with love and good communication most problems, even the 'big problems' can be solved and resolved...before it's too late!!!
Comments
Post a Comment