Cik Puan Coach

SEDIM (Sirkit Arus Deras Nasional 2012)

Mohd Fauzi Zainuddin dan kayak boleh saya ibaratkan seperti sudu dengan garfu ataupun kutu dengan rambut mahupun air Tasik Shah Alam dengan bangunan PKNS Shah Alam. (Hehehe...anak Pak Din sorang ni memang suka sangat main dengan air). Teringat cerita zaman 'ehem-ehem' dulu kala, saya merupakan tukang sorak dia yang paling setia. Boleh dikatakan hari-hari saya menjadi penunggu setia di Tasik Shah Alam menemani hubby menjalani latihan walaupun hakikatnya saya sendiri tak gemarkan aktiviti berkayak. Khamis yang lepas, secara 'paksa-rela'...hubby membawa saya ke Sungai Sedim, Kulim Kedah gara-gara ingin menyertai Sirkit Perlumbaan Arus Deras Kebangsaan 2012 atau dalam bahasa omputihnyer dipanggil White Water River Challenge. Walaupun malam Khamis tuu saya perlu menduduki peperiksaan mid-term untuk paper International Communication...encik hubby tak kesah dan sanggup tunggu!!. (Kesian. Penat makan angin di Singapore pun tak habis lagi...dah nak kena drive ke Kulim pulak). Kebetulan, hubby ke sana atas urusan kerja kerana perlu mengiringi team KRESMA UiTM yang turut sama menyertai pertandingan kayak dan rafting...jadi dah alang-alang ke sana, hubby pun turut sama menyertai pertandingan tersebut. (Kiranya, ala-ala lepaskan gian yang dah lama terpendam la nii). Melihatkan kepada kegigihan dan keterujaan hubby saya menyertai pertandingan kayak arus deras ni tetiba membuatkan saya teringat aktiviti-aktiviti lasak yang dah lama saya tinggalkan suatu ketika dulu akibat tuntutan kerja dan juga ruang masa dan keadaan yang tidak mengizinkan. Kiranya antara aktiviti yang gemar saya lakukan adalah seperti mendaki gunung dan berekreasi. Semasa di UiTM, saya bersama hubby merupakan salah seorang ahli kelab KRESMA (Kelab Rekreasi Mara) yang tegar. Banyak memori-memori sepanjang kami bersama dengan Kresma. Bangga jugaklah apabila junior-junior Kresma dapat tahu yang kami berdua ini adalah Super Dupper Senior Kresma. Hehehe. Bila melihatkan betapa akrab dan ukhwahnya persahabatan yang terjalin antara ahli Kresma Junior membuatkan saya tersenyum sendiri. Terasa juga betapa lamanya sudah masa berlalu dan kami (saya dan hubby) bukannya lagi semakin muda (sesekali kena ingat mati jugak!!). Hubby saya nampaknya semakin teruja untuk membuat come-back dalam aktiviti kayak arus deras dan berharap lebih ramai bakal pelapis pasukan kayak arus deras dapat dilahirkan menerusi pendedahan kepada aktiviti-aktiviti seperti ini. Semoga harapannya tercapai. InsyaAllah. 


Down River

Slalom White Water
Starting point

KRESMAnia

us...

Comments

Popular posts from this blog

Ovum Pick Up (OPU)

Embrio Transfer (ET)

My Journey to Baby Dust