...akhirnya dimiliki abang Bomba (1)





SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT ADIK TERSAYANG...
AZRIN & IZWAN

Alhamdulillah. 25 May 2012 yang lepas, adik perempuan saya, Nor Azrin Nozmi selamat diijabkabulkan dengan pasangan hatinya, Mohd Izwan Arief. Dengan sekali lafaz dan dinikahkan sendiri oleh Pak Nozmi, maka termeterailah ijab dan kabul antara mereka berdua. Syukur sangat-sangat kepada Allah SWT. Kami semua mendoakan yang terbaik buat ke-dua mempelai. Yong pasti sekarang ni mesti Arin rasa agak pelik dengan status baru sejak bergelar seorang isteri. Mungkin bermacam-macam perasaan bercampur-baur bermain dalam hati. Bagi pasangan pengantin baru…perasaan seperti ini adalah perkara biasa. Ye la….sebelum ini, kita bergelar anak dara sunti, student pun panggil Cik Puan. Kalau berkumpul ramai-ramai dengan mak-mak sedara pun…semua orang sibuk tanya dah ada boypren ke belum. Tetiba hari ini, saat terlafaznya akad dan nikah…akhirnya kita bergelar seorang ISTERI. Nasihat yong…hargailah status yang baru Arin kecapi ini. Sentiasa menjaga maruah dan kehormatan diri untuk kebaikan suami dan masa hadapan. Insyaallah. Sebagai seorang kakak sulung, semestinya Yong berasa sangat terharu dengan pernikahan ini kerana adik perempuan yang sedari kecil membesar bersama-sama sehinggalah menjadi seorang anak dara akhirnya kini beralih status memegang gelaran seorang isteri. Seperti kebiasaan...keluarga Pak Nozmi kali ini memilih warna Gold sebagai warna tema. Jenuhlah kami semua mencari baju yang bersesuaian. Malah saya sendiri pun sempat mencari baju kurung untuk diri sendiri dan Farzana sebelum majlis akad nikah yang berlangsung pada malam Jumaat sebelumnya. Hehehe. alhamdulillah majlis persandingan di Dewan Komuniti Tapah berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada hubby dan semua yang bersusah-payah memastikan majlis berlangsung dengan baik. Insyaallah, tahun depan Pak Nozmi dan Mak Ani nak berkenduri besar lagi. Hihihi. 2 Jun 2012 ni kami semua akan bertandang ke kampung halaman Ewan di Temerloh, Pahang pulak. Bertandang ke Temerloh ibarat seperti balik ke kampung halaman sendiri sebab adik-beradik dan sedara-mara kami ramai yang menetap di sana. Perghh!!. Tetiba teringat tempoyak ikan patin Temerloh kegemaran saya. Merasa jugak la hubby ke Temerloh berjumpa saudara-mara saya disebelah Temerloh dan Kuantan. Jom jenjalan lagi...


mood kawen-kawen

Majlis Qhatam Al-Quran


Batal Air Sembahyang


Bling-Bling


kek keta bomba...nenoneno
Pak Din ngan Mak Zainah pun datang support...
Woot...Woot
anak sapo la muka selekeh nih!!
feeling2 pengantin tak berapa baru...

Comments

Popular posts from this blog

Ovum Pick Up (OPU)

Embrio Transfer (ET)

My Journey to Baby Dust