For The One I Love

Hubby Luvvy


16 Mei 2012.
SELAMAT HARI LAHIR buat suami tercinta...Mohd Fauzi Zainuddin.
Percaya atau tidak, ini merupakan kali pertama saya meraikan hari ulang tahun kelahirannya semenjak pertama kali saya mengenali hubby. Alhamdulillah. Ternyata perancangan Allah melebihi ilmu pengetahuan kita...kini saya berpeluang meraikannya bersama-sama.  Sepertimana doa yang sentiasa saya lafazkan...saya memohon agar Allah SWT memberikan keberkatan usia kepada suami semoga sentiasa sihat hendakNya. Semoga dengan kesihatan yang diberikan...hubby dapat mencari rezeki yang halal buat kesenangan kami sekeluarga. Saya juga mendoakan agar Allah SWT mengampuni dosa-dosa suami dan memberikan nur hidayah agar hubby dapat terus menjadi seorang pemimpin keluarga yang baik kepada kami sekeluarga. Doa saya juga agar Allah SWT senantiasa memelihara hati dan perasaan suami dari segala kejahatan baik dari manusia, jin mahupun syaitan kerana sebagai seorang manusia biasa, tahap kesabaran dan keimanan kita tersangatlah nipis terutama sekali apabila ujian mendatang. Moga-moga Allah SWT, memakbulkan permintaan hubby untuk dikurniakan dengan anak-anak yang sempurna, soleh dan solehah buat penyeri rumahtangga kita. Andai dipanjang umur dan jodoh ...semoga Allah merestui perhubungan kita berdua dan disuburkan benih-benih kasih sayang hingga ke akhir nafas kami. Sejujurnya, saya percaya bahawa setiap wanita yang bergelar seorang isteri sentiasa ingin menjadi bidadari syurga buat penenang hati suaminya di dunia dan akhirat. InsyaAllah.






On your birthday
I want you to know that you're my closest friend
and you're more important to me than i could ever say...
After all this time
I want you to know that you're still the one
enjoy being with...
...to make plans
...to talk things over
...to share thoughts
You're still the one that i think about all day
the one i want to be with every day
and on your birthday
I want you to know that you're still the one
who is everything i could ever want
and will always be the one i love
with all my heart and soul
~InsyaAllah~

Comments

Popular posts from this blog

Ovum Pick Up (OPU)

Embrio Transfer (ET)

My Journey to Baby Dust