A Million Moments

Happy 4th Birthday dear Nur Farzana
Alhamdulillah. Hasrat hubby untuk bawak Nur Farzana menyambut hari jadinya yang ke-4 tahun ke Singapura akhirnya dimakbulkan Allah SWT. Perancangan untuk makan angin ke Universal Studio Singapore tercapai jugak dan saya pun tumpang sekaki seronok sebab kebetulan masa ni saya sedang bercuti mid-term. Syukur alhamdulillah kerana hubby dah plan segalanya dengan sebaik mungkin. Baik dari segi masa, perjalanan, transport, hotel, pasport dan macam-macam lagi yang berkaitan...semuanya tip-top. Kami sepakat untuk membawa kenderaan sendiri memasuki Singapore kerana mengambilkira faktor keselesaan Farzana walaupun ada kawan-kawan yang mengingatkan agar be extra carefull sebab Singapore memang terkenal sebagai FINE Country!!. Bimbang jugak kalau-kalau Farzana cepat penat akibat masa yang terbuang sekiranya kami menggunakan MRT atau public transport. Masa ini la penggunaan GPS dan smartphone (Iphone) sangat-sangat membantu bila kita berada di negara luar (jangan pulak lupa nak roaming ye!!). Sebelum memulakan perjalanan...pastikan kita google dan tahu alamat tempat yang hendak dituju. Perjalanan dari Shah Alam ke Johor dan terus ke Singapore amat memenatkan terutamanya buat hubby saya. Nasib baik laa ada si penggesek biola (Farzana) walaupun kekadang penat jugak nak melayan keletah dia. Kejap layan dia menyanyi...kejap layan soalan yang ntahapaapa merapu...kejap layan dia baca doa...kejap dia nak balik Putrajaya sebab lama sangat dalam kereta...kejap dia suruh babah dia tengok hasil lukisan dia while hubby driving...Farzana Oh Farzana!!. Di Singapore, kami menginap di RELC International Hotel yang terletak di Orange Groove Road. Lokasinya agak strategik dan memudahkan kami untuk berjalan-jalan di sekitar Kota Singa. Sempat jugak kami bawa Farzana melihat keunikan bangunan seperti Sand Tower dan Esplanade. Jakun la sekejap...walaupun saya dah banyak kali pergi Singapore atas urusan kerja. Hihihi. Tak sah kalau ke Singapore dan kita tak bershopping di Lucky Plaza ataupun ke Mustapha Centre. Walaupun seronok membeli-belah tak ingat dunia tapi kami masih lagi hemah dalam berbelanja (huhuhu...ayat tak boleh blah!!). Yang paling seronoknya, saya dapat jugak rembat jam Casio Classic yang dah lama saya idamkan. Kalau ikutkan mampu je nak beli kat Malaysia tapi jangan tak tahu harga di Singapore adalah jauh lebih murah walaupun nilai matawang mereka lebih tinggi. Yang pasti...hubby pun seronok shopping mengalahkan saya. Untuk Farzana...kami belikan sandal, kasut sports Nike, baju dan mainan sebagai hadiah untuk hari jadinya. Paling penting, agenda kami ke sana adalah untuk memasuki Universal Studio Singapore. Nasihat saya, beli tiket secara online melalui Maybank2u kalau nak lebih jimat. Teruja betul kami bila dapat masuk USS. Antara zon yang sesuai untuk kanak-kanak seperti Farzana adalah Madagascar, Far Far Away dan Jurassic Park. Farzana paling suka bila dapat bergambar dengan Woddy Wood Pecker. Ibu pulak hampir kena sawan bila dapat bergambar dengan Optimus Prime. Hehehe. Kami berlibur di USS hingga lewat petang dan sebelum keluar kami capai apa yang patut sebagai cenderahati. Mencari makanan halal di sana jugak tak la sesusah mana sebab rakyat Singapore juga terdiri daripada masyarakat muslim dan alhamdulilah, ibadah wajib masih dapat ditunaikan dengan baik. Yang penting, rancang percutian dengan sebaik mungkin. InsyaAllah...Allah SWT permudahkan urusan dunia kita. Pulang dari Singapore, kami sempat bermalam di Johor Bharu gara-gara nak sambung shopping di Johor Premium Outlet (JPO). Kebetulan hari jadi farzana jatuh pada hari Isnin (30 April 20120), jadi kami belikan icecream cake Baskin Robin untuk si kecik tu. Seronok la Farzana bila dapat tiup lilin tapi rasanya babah lagi seronok dapat celebrate birthday Farzana sama-sama.


p/s : Babah sempat bisik...nanti kita pergi USS berdua pulak ye!!!
       Hehehe...(^__*)

Chicky!!
Marina Bay

ice cream fever time
Chewahh!!... Gadis dan Bunga

Esplanade

Si Kenit suka posing...
taken by Farzana

Seafood Fest
Universal Studio Singapore
Keterujaan
Madagascar
Time for adventure

Anak babah...

Merlion Park

Happy Face
Far Far Away Land
wee...
Jurassic Park
Happy Hour
Ancient Egypt
Bumblebee

Optimus Prime

Transformers
Walk of Fame
Hollywood
Till we meet again...

souvenirs

Shop Till You Drop!!



Comments

Popular posts from this blog

Embrio Transfer (ET)

Ovum Pick Up (OPU)

My Journey to Baby Dust