TAK BANYAK YANG SAYA MINTA DARI SUAMI CUMA....

Sebagai seorang isteri, tiada yang lebih membahagiakan dirinya selain dari memiliki seorang suami. Malah tidak salah sekiranya isteri mengidamkan seorang suami yang mempunyai ciri-ciri "Suami Idaman". Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tidak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan. Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberi kepada seseorang yang bergelar suami, yang perlu ada dalam dirinya....
  • Kuat agamanya- Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara kerana sembahyang itu tiang agama. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Bersyukurnya si isteri sekiranya memiliki suami yang jujur membimbing dan memelihara iman anda.
  • Baik akhlaknya - Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara. Mudah di bawa berbincang. Tidak terlalu berahsia.
  • Tegas mempertahankan maruah- Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam? Adakah dia jujur sebagai pelindung maruah seorang perempuan?
  • Amanah - Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.
  • Pemurah tetapi tidak boros - Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan harta dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.
  • Tidak liar matanya - Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia seorang suami yang nakal.
  • Terbatas pergaulan - Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidak mengamalkan cara hidup bebas.
  • Rakan pergaulannya - Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. 
  • Bertanggungjawab - Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia suami yang tidak bertanggungjawab.
  • Tenang wajah - Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Dan senyumannya sentiasa membahagiakan kita.
Bahagianya saya memiliki sang suami yang demikian sifatnya.

Comments

Popular posts from this blog

Ovum Pick Up (OPU)

Embrio Transfer (ET)

My Journey to Baby Dust