AKON...not lonely anymore!!!




Pernah dengar nama Musang Pandan tak atau dalam bahasa omputihnyer...Palm Civet. 


Selama ini saya sendiri pun tak pernah kesah dengan kewujudan binatang eksotik ni until Selasa lepas semasa aku tengah shooting untuk Diari Bintang P. Ramlee di Galeri Finas, Jalan Pahang Kecil. Semasa saya dan kru sedang tekun bershooting, tetiba kami diganggu oleh bunyi yang agak pelik dari dalam aircond. Bunyinya seakan-akan anak burung tapi makin lama makin kuat seperti anak kucing plak. Tak pasal-pasal saya suruh kru alih tempat shooting coz bunyi yang semakin kuat itu mengganggu kerja dahku. Bila dah beralih tempat ingatkan diam le bunyi tu...alih-alih makin kuat plak jadinya. So salah sorang kru saya pun panggil la pak guard kat galeri tu untuk maklumkan tentang bunyi tuh. Bila je pak guard tu bukak aircond...rupanya ada sekor anak musang pandan tersepit kat dalam tuh. Kesiannya dok melalak sebab takut agaknya. Saya ni plak jenis yang memang pencinta haiwan..apalagi terus amik dan dokong anak musang pandan tu. Bila saya peluk anak musang tu dan pampered...terus diam. Kesiannya...Terus saya pesan kat pak guard tu suh simpan dalam kotak coz aku nak bela. Hahaha. Kru saya suma geleng kepala!!!!. Terpaksa la saya angkut anak musang tu balik opis. Sempat lagi pesan kat Oja supaya belikan fresh milk dan botol susu kecik untuk 'four paws'. Kat opis anak musang saya jadik tumpuan. Sampaikan bos aku pun berhenti buat kerje sebab nak main dengan dia. Saya namakan dia...AKON sebab terjumpa dalam aircond!!!. Si Akon ni walaupun baru je bela tapi dah jinak dengan saya. Siap dok atas bahu tu. Dalam kereta pun dia tak pergi main jauh-jauh...dok bertenggek je atas bahu sampai terlentok-lentok tidor. Malam tu disebabkan tak sempat belik sangkar...terpaksa la saya biarkan Akon tidor dengan saya atas katil. Suka bebenor saya tengok. Tido pun nak dekat ngan tengkok saya. Sib baik la saya ni memang jenis yang sangat sukakan haiwan...so saya biorkan je. Esoknya pergi keje saya terpaksa angkut Akon jugak coz ingatnya nak pegi cari sangkar dan jugak carrier. Melayang jugak la dalam seratus duit saya belikan barang dia. Ramai jugak kengkawan saya yang mintak nak bela dan beli si anak musang ni tapi disebabkan saya dah mula sayangkan dia...so dahku cakap TAK BOLEH!!!. Dengar citer nak bela musang pandan ni nak kena ada lesen. Adeh. Malehnya nak apply. So saya amik keputusan untuk bela dia secara haram..kira illegal la. Nak bela musang pandan ni bukannya susah. Makanan favourite dia...betik. Najis dan kencing dia pun tak seteruk bau kencing atau najis kucing. Saya rasa musang pandan ni lagi cerdik dari kucing kot. Ikut pengalaman saya yang suka membela kucing ni...kucing mempunyai karekter yang agak mengada-ngada sikit tapi anak musang saya ni sangat indipendant. Bila saya tinnggalkan dia dalam keta kejap...si Akon ni boleh duduk diam je atas seat kereta sampai la saya balik. Kekadang bila saya tak nampak dia coz kecik sangat...jerit je AKON...terus dia munculkan diri. Paham plak dengan bahasa kita ye. Kehkehkeh. Satu je yang saya tak tahan dengan si Akon ni...dia suka ajak saya main kejor-kejor. Bila saya tak layan mula la dia gigit jari dan telinga. Geli hati pun ada dengan perangai binatang peliharaan saya ni. Apapun...semenjak ada Akon ni...saya dah mula lupa dengan masalah-masalah disekeliling saya. Secara tak langsung, saya dah divertkan sumanya kat Akon.

p/s : Kalau Paris Hilton bawak anak anjing dia pegi jalan-jalan...ai ada anak musang pandan yang bernama AKON dok  dalam handbeg COUCH ku!!!


Comments

  1. Nak tanya sikit. Best tak bela musang tu.. Jinak tak?

    ReplyDelete
  2. Best je sbb sy sukakan haiwan. Musang ni jinak ngan sy je sbb dia dah kenal agaknya. Kalau dgn org yg dia tak kenal...agak garang la cuma kita jgn takut nak pegang coz dia boleh tahu. It can smell the FEAR!!!. hehehe.

    ReplyDelete
  3. yeah, musang yang kak tasha bela ni jinak.. saya ingt lagi mase dekat blakang stage, akon hanya minat kat saya.. hee.. by the way kak tasha.. i cant find ur Fb, inbox me, danie hasbullah razi.. akk dengan akon da ade dekat page google.. world wide yaww

    ReplyDelete
  4. la...thomas kuszczak ni kamu ke danie...tergeliat lidah akak nak menyebutnya. Akon masih lagi dgn akak...dah makin besor pun. Nanti akak add awk kat fb. tak pun awak cari je akak Nitasha Nozmi kat fb tuh...tatatata!!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ovum Pick Up (OPU)

Embrio Transfer (ET)

My Journey to Baby Dust