Kita Hanya Manusia Biasa
Saya selalu percaya bahawa hidup ini tidak ubah seperti putaran roda...ada kala kita di atas...ada kalanya kita di bawah. Kejap kita tinggi di awan...kejap kita jatuh tersungkur di tanah. Tiada seorang pun yang terlepas dari rasa duka lara biarpun hanya seketika. Setiap yang dinamakan makhluk pasti akan merasa perasaan ini dalam sepanjang laluan kehidupannya. Sekejap atau lama, hanya itu yang membezakan antara kita. Apapun, semua perkara yang terjadi dalam hidup kita ada hikmahnya. Sebagai manusia biasa kita kena belajar untuk memahami semua yang telah terjadi dan bersyukur dengan setiap pengalaman yang telah kita kutip sepanjang hidup ini. Ibarat kata pepatah...pengalaman mendewasakan kita!!!. Tak kira samada pengalaman itu manis mahupun pahit. Sedar atau tidak...pengalaman yang berlaku ke atas diri kita juga, secara tidak langsung, tempiasnya turut terkena pada orang lain di sekeliling kita juga kerana apabila kita duduk di roda kehidupan yang terendah...ramai yang mungkin merasa kasihan melihat keadaan kita. Mungkin juga tidak keterlaluan andainya suatu hari nanti...orang di sekeliling kita juga akan turut mengalami nasib yang sama seperti kita. Bukannya satu perkara yang mustahil kan!!!. Wallahualam...hanya Tuhan yang tahu. Memang betul ujian yang Allah berikan kepada hambaNya adalah mengikut kemampuan kita untuk menerimanya. Bila kita diuji...kita disuruh redha. Jauh di sudut hati...redhakah kita???. Mampu pula bukan bererti kita perlu menyerah bulat-bulat tanpa sebarang ikhtiar walaupun akan ada jalan penyelesaiannya bagi setiap ujian yang Allah berikan. Walau apapun yang terjadi, saya seorang yang realistik dan optimis dalam kehidupan. Saya percaya setiap perkara buruk yang telah terjadi dalam kehidupan kita...akan datang perkara baik kemudiannya. Saya juga percaya setiap perbuatan baik dan buruk kita akan mendapat balasan Allah SWT yang setimpalnya. Yang membezakan manusia itu baik atau sebaliknya adalah keikhlasannya untuk mengaku kesalahannya sendiri. Yang pasti...kita kena belajar menerima hakikat.
Bak kata Laksamana Sunan..."sebagai manusia saya sayang kamu...."
Comments
Post a Comment