KENALI TAHAP BAHAYA DALAM PERKAHWINAN
Tetiba artikel ni berjaya menarik perhatian saya untuk terus membaca. Seseorang pernah berkata...tak semestinya perkahwinan yang dibina atas dasar cinta boleh menjamin kebahagiaan selamanya. Sebabnya, kehancuran sesebuah perkahwinan tidak terjadi dalam masa satu hari sahaja tetapi perlu melalui beberapa fasa sebelum sampai ke tahap perpisahan.
TAHAP 1 : TIMBUL RASA TAK PUASHATI
Suami atau isteri memendam rasa tidak puas hati atau kecewa semata-mata untuk menghindari konflik. Contohnya seperti tindakan suami yang lebih mengutamakan kerja berbanding anak-anak dan isteri. Semestinya si isteri akan menjeruk rasa dengan perbuatan suami dan merasakan suami mereka mengambil mudah segala urusan keluarga. Contohnya : Anda mula rasa sensitif dengan sikap dan kata-kata pasangan anda. Anda enggan mengungkap rasa kesal atau tidak puashati kepada pasangan anda. Anda mula berkata dalam hati..."isu kecik pun nak diperbesarkan!!!"
TAHAP 2 : WUJUD RASA MARAH
Kebiasaannya, wujud rasa marah dalam diri pasangan kita ini apabila perkara-perkara di atas diabaikan. Kecewa dengan perasaan yang dibiarkan boleh menyebabkan anda marah. Secara tak langsung perasaan terpendam ini akan menyebabkan kita mengekang emosi sendiri. Akhirnya, perasaan benci akan muncul apabila amarah kita semakin membuak-buak. Tambahan pula apabila kita sendiri sudah tiada nafsu untuk bersama dengan pasangan. Contohnya : Tiada lagi nafsu untuk bersama dengan pasangan. Merasa tidak dicintai, dihargai dan difahami. Mula timbul jurang dengan pasangan.
TAHAP 3 : MENJAUHKAN DIRI
Selalunya pada tahap ini pasangan akan mula mengambil jalan sendiri dan membuat hal masing-masing. Luaran... masyarakat akan melihat mereka seperti pasangan normal yang lain....hakikatnya mereka sudah tiada hubungan emosi lagi. Jangan terkejut andainya ada pasangan yang pandai berlakon di hadapan mertua walhal hati masing-masing semakin menjauh. Contohnya : Tidak lagi bergantung kepada pasangan. Kehadiran pasangan dianggap mengganggu. Hubungan emosi dengan pasangan semakin pudar.
TAHAP 4 : TIDAK LAGI PEDULI @ ADA AKU KESAH!!
Selalunya pada tahap ini pasangan akan mula mengambil jalan sendiri dan membuat hal masing-masing. Luaran... masyarakat akan melihat mereka seperti pasangan normal yang lain....hakikatnya mereka sudah tiada hubungan emosi lagi. Jangan terkejut andainya ada pasangan yang pandai berlakon di hadapan mertua walhal hati masing-masing semakin menjauh. Contohnya : Tidak lagi bergantung kepada pasangan. Kehadiran pasangan dianggap mengganggu. Hubungan emosi dengan pasangan semakin pudar.
TAHAP 4 : TIDAK LAGI PEDULI @ ADA AKU KESAH!!
Rasanya bila dah sampai tahap ini...maknanya hubungan kita boleh diibarat retak menanti belah. Kebiasaannya, pasangan tidak lagi merasakan perlunya ada komunikasi antara mereka. Percaya atau tidak, ada pasangan yang hebat sekali lakonan mereka mengalahkan pelakon filem sehingga mampu membuatkan masyarakat sekeliling cemburu dengan hubungan mesra mereka. Punya la hebat sehinggakan mampu menyorok situasi ini dari diketahui oleh keluaraga dan juga kenalan.Sebaik tamat je lakonan...mereka akan terus mendiamkan diri dan membawa haluan masing. Kemungkinan besar tidur pun dah berasingan kerana di hati mereka sudah tiada perasaan sayang antara satu sama lain. Tidak mustahil pada tahap ini baik suami mahupun isteri merasakan tiada apa lagi yang perlu untuk dipertahankan dalam perkahwinan mereka. Perkara utama di fikiran...PERPISAHAN @ PENCERAIAN. Contohnya : Tiada lagi komunikasi. Tiada lagi pertengkaran kerana bosan.
Comments
Post a Comment