Stress

Rasanya dah agak lama saya tak mengemaskini blog. Kebelakangan ini pun saya agak sibuk dengan urusan kerja di pejabat yang tak pernah habis. Tapi bila difikir-fikirkan ada bagusnya jugak saya kurang mengupdate blog...Talk about work, Festival Filem Malaysia ke 23 pun akan berlangsung tak lama je lagi. Tinggal lagi beberapa hari sahaja untuk saya selesaikan semua perkara. Masih ada beberapa orang artis yang perlu di hubungi untuk confirmation gara-gara last minute cancellation...tiba-tiba pula ada masalah timbul tentang tajaan pakaian compare...bahan-bahan footages dari pihak FINAS pun masih dalam proses pembikinan...bila dah makin dekat dengan date line ni...makin tak cukup la kaki tangan saya ni nak buat kerje. Masa 24 jam yang ada pun rasa macam sekejap je berlalu. Nasib baik la kerje dalam line production ni melibatkan kerjasama satu pasukan...so bila dah saya agih-agihkan kerje tu pada production team...dapat la bernafas sikit. Dalam dok sibuk dengan Festival Filem Malaysia...pada masa yang sama kena jugak buat dan pikir keje lain. Kebetulan pulak interview untuk saya further study pun terkena pada minggu ni.. Mana nak letak otak ni. Stress betul tapi nasib baik la dah nama pun minat nak keje broadcasting...semua tu tak jadi masalah. Kekadang kita kena jadikan stress tu sebagai satu medium positif untuk mendorong kita terus maju ke hadapan terutamanya dalam menyiapkan tugasan. Satu lagi, bila dah sibuk dengan kerja ni...secara tak langsung kita akan lupa sekejap dengan masalah-masalah peribadi yang kita hadapi. Sebab itu, tekanan ini ada pro dan kontranya. Jadi, pandai-pandailah menentukan yang terbaik untuk diri kita. Bak kata someone special to me..."buatlah apa yang dirasakan terbaik dalam hidup". 


Jom kita kongsi cara2 untuk menangani stress kerana tak kiralah kita seorang profesional ke... pekerja kilang ke...housewife ke...semestinya kita sendiri mungkin mengalami stress dengan sesuatu atau seseorang....

1. SENYUM - Mungkin orang tak tau apa yang tersirat dan tersurat di dalam hati kita tapi rasanya dengan senyum sekurang-kurangnya dapat mengurangkan rasa duka lara kita tuu. Tak perlu kot kita tunjuk muka sedih kita sepanjang hari kat opis dengan harapan kawan-kawan akan bersimpati dengan diri kita. Lagipun senyum membuatkan muka kita awet muda!!!.

2. BERSENDIRIAN - Ada sesetengah orang suka bersendirian bila dilanda stress....kononnya ingin mencari ketenangan. Personally, saya sendiri perlu ruang untuk bersendirian bila dilanda stress kerana banyak perkara yang perlu kita fikirkan dan renungkan samada dari sudut positif mahupun negatif. Jadi, bersendirian adalah HAK kita untuk mendapatkannya. Kalau tak dapat pergi jauh pun...dapat bersendirian dalam bilik pun jadi la!!!

3. BERTENANG - Janganlah serabutkan lagi keadaan yang dah sedia tertekan. Tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan. Paling tak pun...tekup muka dengan bantal...dan jerit kuat-kuat. Elakkan diri dari membuat sebarang keputusan dalam keadaan tertekan kerana selalunya perempuan suka mengambil keputusan bersandarkan emosi semata-mata. Bukan apa...takut nanti mendatangkan kemudaratan. 

4. WANGIAN - Bau-bauan seperti lavender, olive oil, citrus, cengkih dan apa saja kesukaan anda adalah terapi yang berguna untuk menangani stress. Tak percaya...bila anda stress dengan kerja di pejabat, balik rumah...cuba mandi dengan Bodywash berbau Olive Oil atau Pomegranate dari BODYSHOP (my favorite bodywash dari dulu lagi). Hmmm...baunya sangat menyegarkan badan!!!.

5. CERIA - Jangan bebankan fikiran kita dengan segala masalah yang melanda diri kita. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Hidup ini hanya sekali, jadi nikmatilah hidup ini dengan ceria.

6. KASIH SAYANG - Sekiranya stress dengan kerja...pergi bercuti. Sekiranya stress dengan isteri...mungkin motor atau kereta kesayangan anda mampu menceriakan anda buat seketika. Sekiranya stress dengan suami...mungkin kawan2 ada untuk mendengar keluhan anda. Sekiranya stress dengan ibubapa...adik2 ada untuk berkongsi cerita. Kita bukannya bersendirian di dunia ni...wake up!!

7. ALLAH - Walau sejauh mana kita tersasar dari jalanNya...walau seberat mana tekanan yang kita hadapi...hanya sujud kita kepadaNYA sahaja...yang mampu memberi ketenangan yang abadi.


Salam Ceria!!!

Comments

Popular posts from this blog

Ovum Pick Up (OPU)

Embrio Transfer (ET)

My Journey to Baby Dust