Xania in the making

Selain memiliki cahayamata, sememangnya menjadi dambaan setiap keluarga untuk memiliki rumah sendiri. Alhamdulillah. Hasrat kami dimakbulkan Allah SWT. Akhirnya rumah teres 2 tingkat (Xania) di Puncak Perdana, Shah Alam bakal menjadi tempat berteduh kami sekeluarga. Kami tekad untuk membeli rumah teres tersebut dengan mengambilkira keperluan dan keselesaan keluarga pada masa akan datang. Biarlah bersusah dahulu asalkan kami anak-beranak senang dikemudian hari. Bukaan keluasan rumah yang besar, 4 bilik tidur, 3 bilik air, autogate dan kemudahan solar water-heater untuk keseluruhan rumah sememangnya berbaloi. Akibat terujaan yang melampau...boleh dikatakan hampir setiap minggu kami melawat site untuk melihat perkembangan pembinaan rumah. Alhamdulillah kami sangat berpuashati dengan hasil kerja pemaju kerana yang paling kami takutkan kalau-kalau berlaku kelewatan pemaju dalam menyiapkan rumah. 

FASA PEMBINAAN
Tuan Tanah
belum siap sepenuhnya
bilik utama
bahagian hadapan
Bilik air tetamu 
Bilik air tetamu 

FASA SERAH KUNCI

Seronoknya kemahin lagi bila dapat tahu pemaju dah ready untuk serah kunci. Suami adalah orang yang paling tak sabar nak pindah masuk rumah baru. Masuk rumah baru memang mengujakan tapi nak packing barang lama tu yang buat lemau. Adoiii penat nak memunggah. Terpaksalah buat 5S. So far tak banyak sangat masalah defect yang ada untuk rumah baru ini. Apapun kami rasa sangat bersyukur. Alhamdulillah. 


finally dapat kunci
binaan asal
family hall
muka excited

FASA UBAHSUAI


Sebaik sahaja pemaju menyerahkan kunci rumah kepada kami, perkara pertama di kepala adalah proses pengubahsuaian. Kami bersetuju untuk melakukan 50% pengubahsuaian sahaja dahulu setelah mengambilkira faktor kewangan. InsyaAllah, ada rezeki lain kami berangan nak tambah lagi pengubahsuaian rumah. Orang perempuan nii paling bahagia kalau dapat ruangan dapur yang cantik mengikut citarasanya tersendiri. Pada mulanya saya berangan mahukan ruangan dapur berkonsepkan vintage klasik menggunakan kayu. Belek punya belek majalah Dapur Impiana dan Ikea...akhirnya saya mengambil keputusan memilih konsep moden sassy dan praktikal untuk ruangan dapur. Terima kasih Megatech Kitchen Kabinet kerana berjaya merealisasikan dapur impian saya. Sanggup ambil cuti semata-mata nak tunggu kontraktor buat kerja pengubahsuaian dapur. (Hehehe udoh ghope Mak Ani gaya teman nih!!)

Lundry area
tambahan table top untuk ruangan dapur
pasang skirting

plaster syiling untuk ruang tamu

tukar mood kaler dinding 
kabinet dapur

backsplash
konsep katanya!!


Comments

Popular posts from this blog

Embrio Transfer (ET)

Ovum Pick Up (OPU)

My Journey to Baby Dust