Love Shack

Housewarming
7 Jun 2014
Puncak Perdana, Shah Alam


Penat woiiii!!
Penat mengalahkan nak buat kenduri kawen anak teruna sendiri plak rasanya. Dah nama pun tuan tanah nak buat housewarming...adat le bila 3 hari 3 malam tak lalu makan. Walaupun dah ada kata sepakat dengan suami nak guna khidmat catering aje untuk makan tengahari, tapi tetap dahku gedik nak buat lauk tambah khonon-khononnn risau tak cukup lauk. Jenuh la pulun buat laksa seperiuk besar siap import daun kesum, bungan kantan, daun selom ulam bagai dari Tapahville. Tak cukup dengan laksa...nak jugak tambah lauk ayam goreng sebab risau lauk yang ada tak cukup. Padahal kari daging, paru goreng sambal, ikan masin goreng, sambal belacan dan ulaman yang dah dicater tu memang lebih daripada cukup pun. Itu belum masuk lagi encik asben request mintak buatkan aiskrim malaysia perisa asam boi dan  agar-agar gula merah untuk dessert. Hambek kau!!. Gigih kul 1 pagi bukak buku 365 resipi pulun nak buat agar-agar gula merah. Hasilnya...siap agar-agar gula merah dan agar-agar pic. Mak Zainah puji agar-agar pic sedap. Hehehe. Siap mintak resipi lagi. (Ala Mak Zainah ni bikin ai malu je...pejam sebelah mata pun boleh buat sedap2 kot!!). Aturcara majlis kami bukan setakat housewarming aje...tapi turut mengambil kesempatan buat majlis doa selamat, sambutan harijadi Farzana dan asben dan jugak BBQ malam harinya pulak. Alhamdulillah...majlis kami dimeriahkan dengan kehadiran kesemua ipar duai dan ibubapa kedua belah pihak. Penat kemahin pun kami sebagai taun tanah rasa sangat besar hati dan sangat gembira. 

Keluarga besar mertua
Pak Din yang sporting
Maceh Mak Zainah susah payah
tolong menantu yang sorang nih!!
Takde Mak Ani & Pak Nozmi...
tak berseri la majlis kami
Ipar duai
Besday Gurl
Koleksi cucu Pak Din
BBQ time
party anak beranak

SNEAK PEAK!!


Chandeliar pilihan encik asben
Design plaster syiling by cik puan
Dapur impian cik puan
Material acrylic & glass
wallpaper dan tinted cermin tak pasang lagi
Yuna rasmi bilik ibu yea...


Comments

Popular posts from this blog

Embrio Transfer (ET)

Ovum Pick Up (OPU)

My Journey to Baby Dust