Embrio Transfer (ET)
30 APRIL 2017 (AHAD) - ET Hari yang ditungggu-tungu akhirnya tiba. Pagi ini saya akan melalui prosedur ET atau lebih dikenali dengan nama Embrio Transfer. Segala usaha telah kami lakukan. Sekarang kami letakkan sepenuh pengharapan kepada Allah yang Maha Satu kerana tiada yang lebih berhak ke atas sebarang kejadian melainkan Hak Mencipta ‘Kun Fa Ya Kun’. Tipu la kalau tak rasa berdebarkan. Saya buang perasaan takut itu dengan senantiasa mengingati Allah dan berfikiran positif. Pagi ini cuma saya je patient yang akan menjalani ET di LPPKN. Lega rasanya ada privacy sikit. Untuk memastikan prosedur ini berjaya, saya perlu menahan kencing selama lebih kurang satu jam sebelum prosedur. Haa ambik kau menggelinjang gelinjut rasanya terpaksa menahan kencing. Seawal pagi saya dah cek-in di Bilik Bedah Klinik Fertiliti LPPKN. Saya diminta menukarkan pakaian pesakit dan perlu berehat di wad sementara nurse, embriologist dan doctor melakukan persediaan. Sepanjang tempoh menunggu,
Comments
Post a Comment